Pages

HENSHIN!! 2010

"Kau ada azam baru?" tanya Kamal sambil mengunyah kuaci. Kulit kuaci tak buang tetapi dimakan Kamal kemudiannya. Selepas itu, dia ambil lagi satu kuaci, kopekkan isi dia dan beri kepada hamster kesayangan, Perdo. Kulit Kuaci, Kamal makan.

"Kau ada azam baru, Perdo?" tanya Kamal. Lagi.

Perdo diam. Dia tak jawab soklan Kamal. Lepas dapat satu kuaci, dia lari-lari dalam gelung dekat sangkar dia. Lepas penat, dia minum dekat tiub air warna merah dalam sangkar dia. Ikutkan hati Perdo, Perdo mahu menjawab pertanyaan Kamal itu. Dia mahu beritahu Kamal yang dia ada azam dan azamnya adalah membeli sebuah kamera DSLR. Nanti buleh la dia menangkap gambar hamster betina yang paling cun di kawasan Balok, merangkap makwe Perdo, Comot. Tapi malangnya, Perdo hanya lah seekor hamster.

Sebelum Buka Mata

Pagi tadi, aku ada mimpi pergi kelas naik kapal terbang. Dalam mimpi tu, aku ingat aku tengah pegang tiket kapal terbang dan kemudiannya tengok notice board yang kapal terbang yang aku bakal naik baru je boarding. Destinasi kapal terbang tu ada lah ke ROME.

Apa jadah aku kena naik kapal terbang pergi kelas sampai ke Rome. Naik motor tak sampai 15 minit. Dah la naik kapal terbang sakit telinga, berdegung weh.

Mungkin flight aku macam ni kot;

Ayer Keroh > KLIA > Rome > Durian Tunggal.

Ada sapa-sapa pakar tafsir mimpi? Buleh tafsirkan mimpi ni dok?

Reviu Cincai: Sherlock Holmes

Menonton Filem Detektif Klasik, Tersohor tak lah sesukar mana pun difahami. Seronok. Tak susah nak faham jalan cerita. Oh. Jalan cerita, tipikal. Evil VS Good.

Tapi Aksi berbeza. CGI tak cacat sangat. Nicely done, bak kata orang Beseroh.

Dalam aku menonton Holmes, aku terbayangkan watak Dr House dari Siri TV House M.D. Tapi Holmes tak lah sekeji House. Mereka berdua ada satu sifat atau sikap. iaitu pemerhati yang baik dan ada intuisi sendiri. Mungkin watak House ini diilhamkan dari watak Holmes yang sememangnya wujud sejak berzaman lagi. Siapa tahu.

Kes siasatannya, mudah saja. Ilmu hitam dalam Pembunuhan. Logik lawan Spiritual. Kelakar tetap ada sikit-sikit, memandangkan jalan cerita yang boleh diagak haruslah diserikan dengan dialog atau adegan-adegan yang mencuit hati. Contohnya, bergaduh di kilang kapal.

Teruk sangat ke cerita ni? Jawapannya, tak. Tapi tak kesah kalau tak mahu tengok pun. Tengok pun, takpa. Tapi lebih baik tengok cerita ini dulu dari menonton Avatar. Sebab takut nanti korang akan jerit, "Mana CGI power macam Avatar beb? MANA?"

Jadi, Reviu Cincai kali ini akan memberikan 3.9/5 bintang untuk Sherlock Holmes.

P.S: Wow. Aku tak boleh tengok wayang pukul 10 ke atas sekarang. Masuk panggung je, misti rasa nak tidur. Waktu afdal aku tengok wayang adalah pukul 11 hingga 8 malam.



Santa Claus II

[Sambungan dari entri Santa Claus]

Malam itu, Krimas amat suram sekali. Ramai sedang memperkatakan Santa Claus mati dibunuh. Ya.Misteri. Sungguh misteri. Bagaimana Santa Claus boleh mati dibunuh. Fikir Frank. Bagaimana?

Hal itu buat Frank jadi bingung. Frank fikir dalam-dalam dan pandang semula kepada televisyen itu. Di skrin, terdapat seorang wartawan wanita sedang giat melaporkan kes pembunuhan Santa Claus dari tempat kejadian, di rumah Santa Claus itu sendiri. North Pole.

Wartawan itu melaporkan bahawa Santa Claus mati mengejut di tempat kejadian. Mayatnya hampir hancur dan tersekat di dalam mesin pembancuh plastik untuk membuat mainan. Pihak Polis North Pole mengesyaki bahawa kerja pembunuhan didalangi oleh 3 elf pembantu lelaki dan 2 elf pembantu perempuan. Ternyata, pihak Polis North sangat efisyen dalam tugas mereka, kecuali..mereka terlepas seorang suspek.

"Bangsat!" jerit Frank sambil menumbuk skrin televisyen. Pecah berderai.

+++++++++++

Mike. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Santa Claus telah pun mati. Santa Claus yang selalu dia tunggu sepanjang tahun. Telah. Pun. Mati.

Mula-mula Mike rasa mahu pitam dengar berita itu. Tapi, lepas mendengar lagu kegemarannya. Sedihnya mula berkurang. Mencair bak salju di hujung musim. Hilang di arus masa.

Tapi. Dia masih mengenangkan nasib malang Santa Claus itu. Apa salah Santa Claus sampai dia mati dibunuh. Seingat Mike, Santa Claus baik. Mike selalu dapat hadiah dari Santa Claus bila tiba hari Krimas. Tiap-tiap tahun. Sejak Mike hidup sampai sekarang. Mike selalu dapat hadiah. Cuma tahun ini saja, Mike tak dapat hadiah dari Santa Claus. Kerana..Santa Claus sudah pun mati.

Telah pun mati.

Video Berentri: Orang Amerika Tidaklah Bodoh

Aku baru saja tengok video ini. Video ini, dah lama tahun 2007. Dah cecah 21 Juta penonton pun.

Tapi aku nak kongsi jugak.

Buleh buat aku pecah perut lah. Ketawa sampai terbatuk-batuk. Dah la aku memang tengah batuk teruk. Memang terasa seksa lah. Haha.



"Nama satu negara yang bermula dengan huruf U"

Saya Kalau Buleh Taknak Lepaskan Peluang Mengucapkan Salam Maal Hijrah

Itu lah. Lambat pulak buat pengucapan. Bukan apa. Masih teruja tengok Avatar.

Sampai Malaysia menang emas pun saya tak tahu. Dengar-dengar dan baca-baca gitu je. 1-0. Not bad. Own goal. Not bad. Tapi saya harapkan, jangan lah terpaksa kena tunggu 20 tahun lagi nak tunggu dapat emas sukan SEA lagi sekali. Itu baru sukan SEA, ASEAN? KOMENWEL? OLYMPIC? WORLD CUP?

Kita tunggu lah ya? Orang kata, Pelan-pelan kayuh. Harap-harap tak pah ceroh la.

Sultan Bola tak nak perkenankan cuti ke untuk satu minggu celebrate kat Pahang? Hehe.

Maal Hijrah. Yeah. Hari ni Maal Hijrah. Cuti. Tak rasa cuti. Pasal memang tengah cuti pun. Jadi pasang lah azam baru, semua baru, langsir baru, sofa baru, kerete baru, bini..erm dan ...

Ha-ha. Okeh lah. Saya nak keluar pergi makan Mee Calong. Hanya terdapat di Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur. YO!

Reviu Cincai: Avatar

Akhirnya, berbaloi penantian aku.

Filem Epik.

Jalan cerita. Peh. Mendalam.

Kapitalis konker planet lain. Dan terpaksa menggunakan teknologi yang tersendiri untuk mendalami budaya dan adat makhluk pra-bumi itu sendiri dengan menyamar menjadi makluk pra-bumi itu.

Aku anggap storiline dia briliant. Sebab James Cameron, mampu membina satu dunia yang betul-betul mengasyikkan. Binatang-binatang yang dia cipta, tumbuhan-tumbuhan dan juga pergerakan makluk pra-bumi itu sendiri. Buat aku terkesima.

Tak lupa. Mecha-nya. (Baca: Robot) juga buat aku terpesona. Teknologi robot tu, tak lama. Mesti direalitikan semua itu suatu hari, nanti.

Dan kalau kau perhatikan, pegerakan bibir dengan suara, memang sync (selari). Sangat sempurna.

Serius. Memang cantik.

Flow cerita, oh. Seperti biasa dibuat. Tetapi dalam konteks universe yang berlainan. Maksudnya, pembalakan haram di planet asing. Rama-rama digantikan dengan obor-obor riang. Bersatu dengan binatang yang lain melalui, erm. ekor (??).

CGI yang buat engkau pecah kepala tengok. (Kalau kau big fan of CGI) lah. Sebab setiap milisecond untuk buat CGI tu, makan masa bukan sekejap. Lama.

Dan aku ketawa kekaguman.

Itu belum masuk perang terakhir. Oh tuhan. Kali terakhir aku tengok perang secara besar-besaran yang aku rasa hebat dalam movie adalah, dalam Lord Of The Ring dan kini, Avatar menjadi yang kedua dan juga terhebat.

James Cameron terlibat dalam kedua-dua; Storiline dan 3D effect. Jadi, jalan cerita tak nampak bangang seperti Transformer. dan juga 2012. Good Effort, James. Kau tak scam duit orang untuk cerita kononnya bagus kalu efek bagus. Dan kau buat filem memang bagus. Satu par dengan StarWars, Lord of the Rings. Syabas.

Wiki: James Cameron

Kalau korang mahu tonton, aku rekemen tonton lah 3D.

Sebab aku dah up Avatar, the best movie of the 2009.

Tolong ya? Avatar dan tonton 3D.

EPIK!

Rating: 4.6/5 bintang.

Feel Dulu, Feel Sekarang

Menulis di tempat baru. Seronok. Seronok dia, macam baru bukak blog.

Feel dia, kita tulis macam untuk kita sendiri baca.

Idea pulak, bersepah. Macam sampah. Sebab tempat baru. Orang tak kenal. Boleh sumpah menyumpah.

Tapi.

Sekarang tulis kat sini pun, seronok jugak.

Walaupun yang masuk tak sampai 1-7 orang sehari. Dan tulisan tak sekualiti orang ternama.

Sebab, ada sudi baca.

Thanks.

:)

Gambar Randum: Kucing Hantu


Credit to this site.

Ekosistem dunia semakin lama semakin berubah. Sampai kan kucing pun jadi burung hantu.

Bahaya!

Saya adalah Saya

Seorang yang tak pandai meluahkan perasaan di blog. Saya pernah cuba mahu menulis tentang perasaan kecewa marah gembira hepi. Tapi saya tak dapat lakukan itu. Saya hanya pandai menyampaikan perasaan itu dengan membuat aksi-aksi seperti contoh tidur, baring-baring, main gama dan juga mencarut sekali-sekali.

Pernah sekali saya tanya rakan saya, "Gua reti marah?". "Lu reti. Tapi lu salurkan di tempat yang salah" kata rakan saya sambil mencucuh palam pencucuh di tempat yang salah semasa membaiki kereta customer.

"Gua salur kat mana?" tanya saya. Tak berpuas hati.

"Alah. Lu selalu sangat marah. Sampai lu tanya gua pun, macam nak marah" kata dia. Di samping itu, dia mengiau memanggil awek yang lalu lalang. Dengan muka hitam, tangan berminyak masih punya hati untuk mengorat. Tapi takpalah. Kita bukan tahu jodoh datang dari mana.

Blearrggghhh

Satu Hari, Di Kelas Tadika.

Fonbolan datang menulis. Dia menulis di papar hitam. Guna Kapur tulis. Dia tulis satu set abjad besar. Abjad itu adalah;

A

B

C

D

E

F

G

K

L

M

O

P

Q

Sampai Z.

Ada 26 Abjad besar, kesemuanya. Fobalan tilik kemudiannya. Dia tilik apa yang dia tulis. Dia padam apa yang dia tulis. Tapi tak kesemuanya. Dia padam apa yang tak keluar dalam tilikannya dan tinggallah abjad-abjad yang tertentu yang membentuk satu perkataan.

Fabolan terpaku selepas mengeja perkataan itu. Wajahnya pucat. Gigi berlaga-laga. Dia mengeletar, ketakutan. Dan kemudian dia lari, meninggalkan perkataan itu di papan hitam. Tak dipadam.

Di papan hitam. terdapat satu perkataan yang membentuk nama. iaitu. nama.

Joe Jambul.

Gambar Randum: Iklan Firefly

Firefly's advertistment. All orange.


Read the punchline.

"Explore the backyard of Malaysia"


Well. I am exploring. How about you guys?

Hehe.

Repair Kotak Komen

Masalah susah nak komen di blog saya semakin menular semakin teruk nya. Sampai saya nak balas komen Macha dengan maki-maki pun tak buleh. Ini betul-betul memunah ranah kan hati saya berkobar-kobar mahu memaki beliau.

Jadi, saya cuba mengubah apa yang patut, mencari masalah yang terpencil. Tetapi tidak berjaya jugak. Akhirnya, atas nasihat pakar penulis blog bosan tetapi mempunyai fanatik yang berkoyan-koyan, iaitu siggplus mencadangkan saya meletakkan widget menarik menyelesaikan masalah ini.

Widget itu bernama Intense Debate. Harap selesai masalah saya selepas ini. Dan saya lagi rajin mereply komen-komen anda, harap-harapnya.

Kalau malas nak letak login id dan lain-lain, dekat situ. Cuba masuk ikut Open ID. Kotak oren. Letak url blog dan tekan enter. Dan kemudian dia bawak korang ke satu page site yang mintak emel dan password yang anda gunakan untuk blog anda. Dan setel.

Apa-apa pun selamat mengomen dan berpoya-poya di ruangan "Anda bagaimana?"

Aku ada Cinta-Cinta

Aku ada cita-cita untuk versi blog. Ye lah. Untuk blog. Kalau buleh, aku nak balas komen-komen korang yang tulis setiap entri aku. Dan kalau buleh, aku nak pergi komen setiap blog blog yang aku lawati dengan komen yang betul-betul mantap. Yang buleh buat orang pecah kepala bila membacanya. Dan betul-betul kalau buleh, aku mahu link balik sapa-sapa yang datang komen kat blog aku macam dulu.


Tapi



Aku malas.

Luangkan Masa Menonton Video Ini. Ya Hari Ini Entri Bervideo



Tak sangka, kita ada pandangan yang sama.

AL-FATIHAH.

Fall In Love

"Tiba-tiba jantung rasa berdegup dengan kecang. Rasa macam nak pecah dada. Apa ini kah cinta?Apa ini kasih?.."

"Ah. Bukan."

"Baru lepas berlari rupanya. Kena kejar anjing. Atau..."

"Aku sudah jatuh cinta dengan anjing yang mengejar aku?

"Ah. Aku keliru"

Monolog Amat sendiri setibanya dia di kedai Mamak itu. Mukanya cemas. Dada berombak. Dan nafasnya pantas. Dengan ketiak yang basah dengan peluh, Amat menangkat tangan. Memanggil Mamak berhampiran.

"Mamak" tanya Amat. "You tahu tak berapa banyak anjing yang buleh buat you fall in love?"

Mamak itu terpinga dengan soklan Amat. Tetapi memandangkan Amat menanyakan soklan itu dengan serius, Mamak itu menekan butang 108 di alat kawalan jauh Astro. Dia duduk di sebelah Amat. Seterusnya, menepuk bahu Amat, dan lalu berkata;

"Apa oda?"

Komen Anda Buat Saya Ketawa

Kihkih. Saya kelakar bila baca komen kat entri semalam.

Merajuk? Mana ada merajuk. Kamu orang kot yang baca dengan nada merajuk. Itu pasal ada komen yang kata saya merajuk. Nak-nak Macha. Dia kaki merajuk no 1.

Jangan harap nak suruh saya private. Pasal kalau private, malas pulak saya nak invite.

Cerita pasal merajuk. Dah lama saya tak merajuk. Kali terakhir saya merajuk seingat saya, tahun 2006 kot. Ke 2007. Dengan makwe. Cerita lama.

Apa bestnya merajuk pun saya tak tahu. Apa rasa merajuk sekarang ni ya? Rasa macam aiskrem betik ke? Ke rasa kacang soya dikisar halus dengan keju mozarella?

Entah. Kenapa perlu merajuk? Bincang kan.

Penat Mahu Rehat

Kalau selalu sangat menulis. Otak buleh jadi kering idea.

Saya baru sedar. Saya menulis entri hampir setiap hari. Sejak 2 minggu lepas.

Saya pun rasa macam tak ramai dah nak baca apa yang saya tulis. Tapi takpa lah. Saya tulis pun untuk kepuasan saya. Walau bagaimana pun, dalam menulis. saya harap dapat memberi mesej kepada orang lain. Bukan sekadar omong kosong, walaupun kadang-kadang saya tulis cerita macam mengarut.

Oleh itu, sampai di sini sahaja lah update saya untuk hari ini. Sampai ketemu esok lagi.

Tulis Molek-Molek La

Sejak saya menulis blog, saya dapati saya ada masalah untuk membaca trengkas. Apatah lagi logrhat trengkas. Susah nak baca weh. Banyak bende saya fikir untuk huraikan sesuatu trengkas/singkatan itu.

Contoh mudah; org

Sepatutnya maksud orang kan lah? Tapi saya fikir itu organization. kadang-kadang saya fikir itu nama website yang ber'dot' kan org. Apa jadah saya fikir tulis dalam sms pun nak kasi nama website.

Entah la. Saya pun tak paham kenapa ada orang suka tulis shortform sangat. Pemalas mungkin. Pemalas lah. Nak kira laju tulis. Konon nya kiut tulis macam tu. Oh. Bagi saya, saya tak malas macam tu. Apa bende la korang belajar kat sekolah dulu tak amal. Ilmu tanpa amal. Sia-sia.

Tapi orang kata, jimat huruf bila nak hantar sms. Tapi kalau sms tu tak paham dek orang. Tak guna jugak lah kan. Saya rela hantar SMS huruf lengkap siap berimbuhan lagi. Supaya orang tak susah nak baca SMS kita. Mesej tercapai. Gitu lah.

Kalau blog pun sama, tulis blog, biar ayat penuh kasi jelas. Senang orang lain nak baca. Tambahan, google pun senang nak index blog korang masuk dalam enjin pencarian. Mana ada orang nak google, "org-org gile". Saya pasti semua pencari tulis "Orang-Orang Gila" Jadi, bila korang tulis penuh. Senang la orang masuk blog korang ikut google. Kalau saya termasuk blog tulisan trengkas, butang pangkah la pertama saya cari.

Malas pulak nak sembang banyak-banyak pasal ni. Pasal masalah ni dah lama orang maki-maki. Saya tak moh la maki-maki jugak. Saya tukang jadi peringat sahaja.

p/s: Saya nak tambah pasal satu lagi. Tulisan Huruf Besar, Kecik, Besar, Kecik. Peh. Itu super annoying dari trengkas. Apa jadah la nak tulis macam tu. Bukan lawa pun. Nak-nak kalau lelaki yang tulis. Kalau perempuan takpa lagi.

Soklan Paling Menusuk Kalbu

"Bila rambut kau nak panjang, Darkk?"

- Kaxx, UKM, 5 Disember 2009.

Berita lain:

Pergi PC Fair sebagai blogger. Siap dapat tag lagi tu. Hehe.


Reviu Cincai: Pikom PC Fair KLCC Disember 2009

Dah lama saya tak menulis reviu cincai mengenai event. Okeh. Padahal tak pernah.

Saya kali ini ke Pikom PC Fair yang bertempat di KLCC. Padahal, pada hari yang sama. Turut berlangsung di tempat tinggal sementara saya iaitu, Melaka.

Macam takda kerja jalan jauh ya? Hah. Salah. Kata orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Contohnya, baru saya tahu, kita buleh minum air Coke dengan mencampurkan krimer untuk menjadikan nya, menyerupai float. Apa kejadah rasanya. Saya tak tahu. Itu kena tanya Kaxx. Dia ikut Kawan dia ajar. Saya tak buat. Saya naif.

Seperti yang kita sedia maklum. KLCC tempat glemer. Jadi komuter, lrt, monorel ke sana, pasti penuh. Nak-nak tambah cuti sekolah. Pasti ramai berpusu ke sana. Maka, padat dan sardin lah komuter, lrt, monorel itu sampai buleh buat orang bergaduh.

PC Fair biasanya menawarkan harga-harga yang murah dari biasa. Tapi satu benda pun saya tak mampu nak beli. Saya lebih tertarik dengan promosi wireless broadband syarikat tempatan. Promoter mereka akan duduk mengelilingi booth mereka. Dan apabila penunjung bergerak melalui booth mereka, mereka seperti mahu menelan anda, bertukus lumus mahu menarik minat anda.

Usah khuathir. Saya ada tips untuk menggelakkan dari di telan dan di mamah mereka semua.

Celcom Broadband; Biasanya mereka akan menawarkan modem wireless Free. Hanya ucapkan perkataan, "Saya tak suka barang Free" pasti mereka menjauhkan diri dari anda.

Maxis Broadband; Mereka lebih suka memberi beg goodies untuk anda. Jadi, ambil beg goodies itu kalau dihulurkan mereka. Kalau tak dihulurkan, mintak sendiri. Sebab bila anda ambil beg goodies, secara automatik anda dianggap telah menyokong mereka. Berpura-pura menyokong amat perlu untuk keadaan sebegini rupa.

P1Wimax Broadband: Syarikat Wireless yang mencetuskan kontroversi di Parlimen mengenai iklan "Sudah Potong" mereka. Hanya gunakan tagline itu dan tambah lagi sedikit ayat untuk mengelak dari mereka, "Saya sudah potong. Potong P1Wimax"

Digi Broadband: Tak berbahaya langsung.

Okeh? Usah rasa bimbang lagi ya?

Makwe-makwe yang jaga booth, hampir semuanya Cina. Jadi mereka akan keterlaluan seksi berpakaian. Cantik-cantik pula. Sejuk hati memandang. Tapi saya tak tergoda untuk membeli satu hapa pun dari mereka. Hanya berminat bergambar dengan mereka. Buat kenang-kenangan.

Banyak booth berulang kali banyak. Seperti contoh. Acer, HP, Dell dan Canon. Booth tak berulang pula, booth Apple, Alienware (Brand bagus untuk Gamer) dan Sony. Saya melepak lama jugak di booth Sony. Main PSP Go. Tak best sangat. Pasal control dia dah macam menyusahkan. Leceh. Keselesaan bermain kurang. Harapkan design je best (Slide) dan memori dalaman je besar (16GB..betul tak?)

Apa-apa pun PC Fair KLCC, menarik jugak. Banyak jugak barang yang murah-murah sikit dari harga asal. Dapat bodek amoi, dapat lah murah. Tak dapat, mahal lah. Sekarang saya rasa ini dah bukan macam reviu pulak. Lebih kepada pengalaman. Haha.

Kepada yang teringat nak pergi, pergi je lah. Tak rugi, tak untung. Sebab banyak bende baru buleh tahu, kalau kita bertanya. Tak nak pergi pun takpa. Duduk rumah pun okay jugak. Cuaca sekejap hujan, sekejap panas ni. Elok lah duduk rumah. Apa bende aku merepek ni.

Akhir kata, Saya kasi 7.6/10 bintang untuk event ini.

Hidup Itu Randum

1. Bersiaran langsung dari UKM. Yo! Lagi tepat dari bilik Kaxx.

2. Sekarang saya sedang duduk secara haram di UKM demi esok saya nak pegi KLCC.

3. Exicited nak pegi KLCC sebab tak pernah pergi sana. Rasa macam jakun pulak.

5. Persatuan Pemblog Bersatu sedang mencari bakat-bakat baru untuk menerbitkan zine sulong mereka. Hantar lah karya yang berkualiti anda ke zine meraka yang diberi judul PungPang. Maklumat lanjut buleh di dapati di blog PBB itu sendiri.

6. Perhatian kepada minah Afrika dalam komuter tadi: Jangan memekak buleh? Orang nak tidur dalam Komuter pun tak buleh la. Nasib baek saya letih tadi. Kalau tak, saya dah campak kamu keluar dari situ.

7. Sudah lah. Saya mengatuk. Sampai no 4 pun tak tulis.

8. Selamat menyambut hari Sabtu semua.

Tangkap Saya Jika Anda Boleh

Sebetulnya, aku dah lama tak tengok movie.

Oleh itu, semalam aku telah menonton sebuah cerita lama. Movie lama yang bertajuk "Catch Me If You Can". Ya, memang sebuah cerita lama. Aku tak ingat tahun bila ianya ditayangkan, rasanya dalam tahun 90-an. Ianya berdasarkan kisah benar.

Kisah seorang penipu yang berjaya menipu bank-bank di Amerika Syarikat. Dengan berbekalkan cek palsu, dia berjaya menyakinkan pihak bank untuk menunaikan (cash out) cek palsu yang dia sendiri buat. Untuk menyakinkan pihak bank, dia haruslah menyamar menjadi orang yang berjaya, seorang yang nampak berduit. Contoh, dia menyamar seorang pilot, doktor dan James Bond.

Tapi ini bukan lah review cincai.

Aku lebih tertarik kepada punca mengapa dia jadi macam tu. Kenapa dia jadi penipu. Satu punca sahaja; Mak Bapak bercerai. Bila mak pak dia bercerai, dia dalam dilema. Tak tahu nak beri sapa hak penjagaan. Sama ada mak, atau pun bapak. Jadi, dari dia buat keputusan. Dia lari dari buat keputusan. Dia lari dari rumah.

Hal ini buat aku terfikir. Kalau di Malaysia, bila remaja lari dari rumah rata-rata akan menjadi kutu-kutu rayap, mat-mat rempit, mat pit dan lain-lain lagi benda yang selalu kita dengar. Cuba jadi lain sikit. Cam contoh mamat di atas.

Bukan la galakkan lari dari rumah. Tapi bila lari dari rumah tu, jadi lah orang berguna. Bukan jadi penyusah masyarakat. Yang paksa Zakiah Anas 999, Mazidul 360 turun buat liputan dari semasa ke semasa. Bagi kesedaran, kononnya. Lepas tu ada orang datang buat filem sampah pasal masalah sosial ni. Bosan tahu. Buat filem, kononnya buat orang sedar. Tapi aku tengok, bukan makin sedar. Makin menjadi-jadi ada lah. Heh.

Sekali sekala nak tengok juga ada yang masuk rancangan ekonomi, debat dan wawancara siswa. Paling koman pun, jadi artis. Lepas tu, kata "Saya seorang yang lari dari rumah" dengan muka bangga.

Okeh lah. Sampai sini saja. Esok kita berborak lagi. Eh, Esok PCFair kan? Moh la Turun ke PCFair.

P/S: Aku sibuk cari lirik lagu langgar lari dari monoloQue. Sapa-sapa ada, bagi tahu ya?

Pagi yang Cerah Di Melaka Betul-Betul Menggangu Waktu Biologikal Tidur Aku

Oh. Nampaknya, aku sudah kehilangan idea untuk mengupdate belog setelah aku terlebih fokus menulis beberapa bahan untuk projek penulisan yang baru.

Takpa lah.

Aku taip saja dulu. Mana tahu nanti datang idea.

********

Menulis belog bukan kerja sebarang main tulis aja. Walaupun randum-post, idea kena tetap ada. Kalau terbabas tulis dan kemudiannya, terpost. Ianya mungkin akan...












Jadi macam entri yang ini.

p/s: Aku baru menang hosting percuma untuk setahun. Domain je belum ada. Kalau dah ada, mungkin aku beralih kepada Avakadabra.com pulak. Okeh tak?

Buat Belog Trend Masakini YO!

Sejak saya balik dari kampung, baru lah saya tahu yang scene blogging memblog ni, jugak hip di kalangan cikgu-cikgu sekolah rupanya. Mana taknya, saya tengok mak sedara saya merupakan cikgu bahasa melayu, sedang menelek blog kawannya, yang merupakan cikgu juga. Peh. Dah teruk menular dalam masyarakat kita rupanya. Saya hanya mampu berdoa supaya cikgu-cikgu sekolah agar tidak terlampau fokus dalam blogging ni sampai menggangu pengajaran mereka. Ni tak, sikit-sikit refresh blog. Nak tengok sapa komen.

Jadi, lepas ini. Saya tak hairan lah kalau budak 1bulan sudah ada blog, nenek 100 tahun ada blog, pakcik Pemen ada blog, Lau Keoa Lse ada blog, K. Kusidaram ada blog, kucing ada blog, labi-labi ada blog, lalat ada blog dan lain-lain ada blog.

Sebab buat blog adalah trend paling hip masakini.

Silap-silap nanti, nak mengorat pun kena mintak url blog. Contoh situasi;

"Hai awak!" tegur si lelaki.
"Hai!" balas si gadis.
"Buleh kenal?" tanya si lelaki.
"Buleh. Apa url blog awak?" tanya si gadis kembali.
"Err. Saya takde belog" jawab si lelaki.
"Oh. Saya tak berminat dengan lelaki yang takde belog. Maaf" kata si gadis sambil berlalu pergi.

Maka si lelaki itu terus berlari ke pantai, dan mula menarik-narik rambut sambil menjerit, "Ombak jahat..Ombak jahat!!"

Kan?

Silap-silap nak nikah nanti, tok kadi tanya,"Ada belog?" masa tengah tunggu orang lain redi ambik tempat.

Silap-silap nanti, makcik-makcik gossip tak melepak depan rumah dah. Melepak depan komputer, taip gosip terbaru dekat belog sendiri.

Banyak lagi lah contoh-contoh yang boleh saya reka untuk menunjukkan berapa hipnya orang Malaysia dengan belog sekarang. Jadi, kesimpulan nya, Internet makin meluas penggunaannya, sampai buat blog pun buleh jadi trend.

Jika Aku Seorang Robot

Lirik Lagu "Jika Aku Seorang Robot" - Loque / MonoLoque

jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku
sinar matahari solar
nyawaku tenaga letrik
otakku macam peluru
bernafas pun tak perlu
meneliti lebuhraya
mengawal si pasaraya
mata-mata dari angkasa
jika ku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu
http://darkk-avakadabra.blogspot.com
jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
tak perlu ada komplot
besi logam dagingku
jasadku import export
meneliti lebuhraya
mengelilingi angkasa
jika ku seorang robot



Suka dengar lagu bentuk pelik-pelik macam ni, mendalam beb. Mendalam. Dihasilkan dari salah seorang ahli band Butterfingers. Loque. Aku tak pernah layan lagu Butterfingers selama ni. Tapi sejak direkemenkan oleh Ejat. Jadi layan pulak. Banyak lagu best. Tapi yang ini, betul-betul buat hati aku jadi pop. Otak jadi geliga. Darah mengalir laju. Macam lepas baca cerita Sufian Abas.

Aku harap aku tak terlampau tua untuk layan Bufferfingers.

P/S: Ada lagi satu lagu,buat aku melayan - Mati Hidup Kembali. Video Klip dia pun "OMAIGOISH ..MELESIA KE NI?" lah.

Pendek Tapi Padat

Main merepek bila bertempur dengan Team Kuat. Kalah pun tak kisah. Walau di dalam hati, rasa jugak kecewa.

Ah. Lain kali lah cerita panjang. Masih di kampung, mencuci dosa.

Senyum Untuk Indah

Malam, Senyum.
Siang, Senyum.
Bintang, Senyum.
Langit, Senyum.
Awan, Senyum.

Aku, "Senyum"

Dan Klepuss! Jatuh dalam air.

Mereka ketawa.

Gambar Randum: Pondan Malaysia


Apa jadahnya semua ni? Laku juga Pondan Melayu sampai di bawa kahwin ke London. Buat aku geleng kepala lah.

Sumber: Kosmo Online

Soklan Yang Tak Patut Ditanya Pada Waktu Pagi Raya

Lepas solat sunat, aku terus tidur. Dan bangkit semula sebelum solat Jumaat. Dalam keadaan mamai, aku terdengar adik-adik aku bercerita mengenai meziarahi kubur.

"Buat apa pergi kubur pagi raya?" tanya aku, mamai.

"Main Shuffle" jawab adik.

Avakadabra Di Google Wajah Baru


Kabar Angin mengenai Google bertukar rupa sudah menjadi kenyataan. Anda buleh test sendiri dengan cara mudah yang boleh diajar di sini:

How To Try New Google Search

Esok, Saya Korbankan Waktu Tidur Saya untuk Solat Sunat Aidil Adha.

Tahun lepas, tak pergi. Maklum lah. Raya di perantauan, Melaka. Mak jauh, Ayah jauh. Famili Jauh. Makwe takda. Jadi, saya tidur terlajak sampai ke petang. Normal untuk perantau. Yang raya jauh tu, apa ada hal? Bukan selalu tak raya bersama.

Tapi tahun ini, tidak lagi. Esok pasti kena gegar dengan ayahanda dan bonda. Lagi pula, esok Jumaat. Kombo.

Oh ya. Nasihat saya kepada mereka di luar sana. Sila informkan makanan yang best untuk saya datang berkunjung. Yang Daging Bakar, saya masukkan dalam first priority list (Wajib Kunjung). Rumah yang buat Mee Udang, saya tak pergi. Raya dengan Mee Udang. Kombo Cacat.

Esok, ada penyembelihan beramai-ramai. Sapa yang sukakan aksi darah memancut-mancut. Sila jadi tukang pegang kepala lembu. Sapa suka tengok tahi memancut-mancut, sila pegang bahagian belakang lembu. Sapa suka bancuh sirap. Sila bancuh sirap. Sapa yang menangis mak pak takda pegi haji. Sila nangis di saluran yang betul. Saya tak mahu dengar meroyan kat MHI esok.

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk Pembaca Belog Avakadabra.

Salam Ukhwah. Salam GoogleWave.

p/s: Aku ada invitation untuk Gooogle Wave. Ada tinggal 7 lagi. Jadi sapa yang cepat dia dapat. Tinggalkan emel di ruangan komen. Apa itu Google Wave? Cari sendiri. Sebab aku pun tak reti nak terang. Tapi bakal jadi fenomena lah.

Tajuk Kali Ini: Muvi

500 Days of Summer.

Cerita menarik. Oh Tuhan. Mudahnya jalan cerita dia, sampai buat aku tonton 2,3 kali ulang tayang. Beb. Buat aku buka minda. Dan berani.

2012.

Efek tiptop, jalan cerita hancur. Bad Story. Good Effect. Conclusion. Bad Movie. Rela tonton 500 Days of Summer berulang kali walaupun takda effect best.

Pisau Cukur.

Belum tengok. Tapi mahu tengok. Samada DVDRip atau cari anak gadis tokey stesen minyak Shell cun sponser. Fazura. You Gediks.

New Moon.

Pass. Tunggu DVDRip aja lah. Terlampau HIP dengan makwe-makwe stereotaip. Tapi aku tertarik dengan Werewolf. I like Werewolf & Were-Car (Bender, Futurama). Werewolf, Were-Car. Rawks.

Holmes.

Mungkin pergi tengok. Masih tak buat keputusan. Baca reviu orang lain dulu lah. Buat pengubat rindu sebelum pergi tengok Ironman 2.

A Christmas's Carol.

Masih berkira-kira mahu menonton 3D atau pun tidak. Di GSC ECM, Kuantan yo! Kuantan sudah ada 3D punya cinema. Dan aku masih berkira-kira sama ada aku mahu tonton muvi ini atau pun, ToyStory 3 untuk perasmian aku menonton cinema 3D.

Papadom.

Masih di tempat no 1 dalam carta filem terbaik tontonan aku 2009. Aku dah download dvdrip. Tapi terformat dan hilang. Biarlah. Esok-esok download lagi.

Avatar,

Yeah. Satu lagi, Muvi Sains Fiksyen (Sai-fai) yang betul-betul menarik perhatian aku. CGI tak berapa kewl. Tapi Mungkin Storiline best. Dulu aku anggap District 9 tak best. Tapi lepas tengok, Mantop Gila jalan cerita D9 walaupun CGI tak kewl mana.

Itu je lah wrap up aku mengenai muvi-muvi yang bakal aku tengok dan sedikit reviu yang movie yang aku tengok. Aku masih berkira-kira mahu menonton cerita klasik 90-an pulak.

Oh Well

Sudah ku katakan.

Kalau rasa tak berfaedah baca tulisan aku, sila-sila lah kelik pangkah di browser.

Aku tak mahu bazirkan masa kamu dengan baca isi kandungan belog aku ini dengan rasa tak berfaedah.

Heh.

Silalah.

Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum

"Rilek. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum" adalah ayat cliche bila mahu tenteramkan orang yang kecewa bercinta.

Tapi kalau gua dah terpijak seekor kumbang ketika gua sedang syok berjalan-jalan di dalam rumah dan kemudiannya kumbang itu mendengus-dengus lalu mati. Macam mana?

Ada harapan lagi tak kumbang yang lain mati di bawah tapak kaki gua?

Ada harapan lagi tak gua kutip semua bunga-bunga yang ada?

Ada.. Ada harapan.

Kalau gua pakai but.

Hoh. Ingat tak sakit ke pijak kumbang secare barefoot. Perit woo.

Malam Ini, Tak Buleh Tidur. Menarik kan?

Bila korang tak buleh tidur, apa korang buat?

Memasak?
Menyanyi?
Mengira biri-biri halimunan?
Membuka buku sejarah?

Atau lain-lain lagi?


Aku..

Bila aku tak buleh tidur, aku akan pejam mata rapat-rapat. Kejab-Kejab. Mula fikir yang indah-indah sahaja.

Dan tak lama kemudian, aku terlelap. Dan esok pagi, mungkin tengah hari, aku terjaga.

Atau;

Bila aku tak buleh tidur, aku akan pasang lagu yang berentak sentimental, Mati Hidup Kembali dendangan Butterfingers misalnya. Mendodoikan diri sendiri.

Dan tak lama kemudian, aku terlelap. Dan esok pagi, atau mungkin tengah hari, aku terjaga.

Atau;

Bila aku tak buleh tidur, aku akan makan. Bila makan, secara automatik, kenyang. Bila kenyang, mata jadi layu, kuyu. Disorongkan bantal untuk orang mata kekuyuan , secara jujurnya atau KBKKnya, dia akan terbaring kekenyangan dan lalu tidur.

Dan tak lama kemudian, aku terlelap. Dan esok pagi, atau mungkin tengah hari, aku terjaga.

Pengalaman Saya Menyertai Pertandingan di Alam Maya

Entri ini berkaitan dengan pertandingan atau peraduan atau pun (entah. Aku pun tak tahu dipanggil apa) anjuran JerungPerkasa.com. Bersempena Ulang Tahun Pertama katanya. Hadiahnya menarik. Dan hal ini serius.

FULL STOP

Masuk perenggan baru.

Aku kenal beliau (Jerung Perkasa, JP) di dalam twitter - rasanya. Dan kami pernah berborak di Yahoo! Messenger sekali. Ya. SEKALI. Kami bercerita dan berkongsi pendapat mengenai kehidupan, pandangan masing-masing mengenai ekonomi Malaysia, hura-hara politik Malaysia dan bagaimana cara untuk menyelamatkan alam sekitar yang semakin lama semakin teruk dan membimbangkan demi masa depan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

Okeh. Aku tipu pasal topik perbincangan.

Dalam hasil perbualan kami, aku dapati yang JP merupakan ahli perniagaan yang boleh kata berjaya juga. Tak padan dengan umurnya yang masih muda. Kalau diteruskan, tak salah kalau aku, selaku Perdana Menteri nanti (Moga dimakbulkan) akan bertemu beliau mengeteh sambil membincangkan perihal projek billion-billion yang diusulkan JP nanti.

Masuk Perenggan Baru.

Aku dah lupa apa format pertandingan ini sebenarnya. Aku tak pasti dia berbentuk mingguan, bulanan ataupun sekali harung. Mungkin aku akan tahu selepas ini. Selepas aku mencari link untuk beliau untuk di letakkan di entri ini. Tapi setakat ini, pada masa ini, aku tak tahu. Aku main tulis dulu supaya aku tak lupa apa yang aku nak tulis.

Dan bila aku blank nak tulis apa. Baru lah aku cari link tu.

.
.
.
Oh. Aku dah blank.

*Cari link kejap*

Okeh. Aku dah ingat balik apa nak tulis. JP suruh kutuk dia. Peh. Tak kenal, macam mana nak kutuk. Mari mengeteh sama-sama dulu lah baru kita boleh kutuk sesama.

FULL STOP.

Pertandingan anjuran Jerung Perkasa ini menawarkan hadiah sebanyak 10 web hosting percuma untuk setahun dari Sepaku Hosting. YO!

Domain tak kasi. Tapi apadehal. Bayar sahaja RM35 untuk domain.

5 untuk entri terbaik dan 5 lagi untuk entri bertuah.

Entri terbaik of kos lah dia baca dan pilih. Entri Bertuah pula dipilih secara randum dengan syarat korang follow lah twitter dia atau subscribe RSS feed blog beliau.

Itu je lah. Mudah kan?

Kata-Kata Pendek Untuk Mentari

Langit disembah, hujan jatuh menyembah.

Tak apa.

Esok-esok. Keluar ya?

Keluar ya matahari comel.

Hidup Itu Randum

1. Hai

2. Apa kabar semua?

3. Hujan-hujan begini sejuk kan? Ramai yang mengeluh tak boleh keluar jalan-jalan. Makcik mengeluh baju tak kering. Pakcik mengeluh tak boleh ke kedai kopi. Anak dara mengeluh siaran Astro terganggu. Anak Teruna Mengeluh Internet tak laju. Macam-macam lah keluhan.

4. Banjir sudah di Kelantan tu ya? Apa kabar agaknya orang di sana. Maklumlah aku jarang tengok tivi. Jadi tak tahu berkembang semasa. Lagi pun aku tak follow twitter berita harian dan juga utusan Malaysia, mahupun Harakah. Kalau follow, boleh jugak aku tahu sikit-sikit pasal tu. Eh. Utusan Malaysia, Harazah ada twitter ke? Ke tak tahu ada twitter?

5. Google baru sahaja release OS mereka sendiri. Oh. Apa itu OS? OS itu Operating System. Alah yang korang bukak-bukak tu. Window tu OS lah. Mac tu OS lah. Gitu. Google telah keluarkan OS mereka sendiri yang bertajuk Chrome OS. Menarik. Interface dia macam Browser Chorme yang korang guna tu. Tapi lagi hebat.

6. Arsenal bertemu dengan Sunderland malam ini. Ramalan tak berasas. Arsenal 10 - Sunderland 0. Cesc Fabregas skor 10. Ramalan berasas pula. Arsenal 3 Sunderland 0. Cesc Fabregas skor 3. Amacam?

7. Aktiviti paling hip di hari Sabtu di kala hujan tengah turun dengan lebat ni apa ya? Menonton Panggung Sabtu? Korang nak kena selegi?

8. Apa kabar gamaknya Ramlah Ram?

"Ku Kunci...Cintaku..Di Dalam Hati Mu"

OOwww..Yeayeaah!!

Gambar Randum: Wolverine


Yang bawah. Lagi Hebat. Ada Empat Bende Cakau (Cakar). Dan tak lupa juga kepala dia rambut berjambul. Haha.

Walau Jari Ketar, Nafas Berasap dan Otak Beku, Gagahkan Jua.

Perkara yang disukai ketika hujan tengah turun dengan lebat dan ketika itu, anda tidak bizi dengan kerja lain.

1. Bergelumang dengan Selimut walaupun anda sudah tidur lebih dari waktu sepatutnya. Contoh 35jam.
2. Menonton Tivi walaupun siaran Astro yang sering tergelanda, tetapi anda tetap yakin yang Astro akan memberikan harapan untuk pulih semula.
3. Menghirup Kopi atau Cokelat Malt yang masih panas dan kemudian lidah anda terasa terbakar akibat gelojoh atau lapar sangat.
4. Menyanyi lagu-lagu Hujan. Contoh, Pagi yang Gelap. atau pun lagu hits Sudirman "Hujan yang turun bagaikan Mutiaaara.." atau pun lagu sains mudah, "Bangau Oh Bangau"
5. Mengulang tayang cerita-cerita atau dvd movie yang berkaitan latar tempat bersalji supaya dapat memberikan anda fantasi sedang berada menikmati musim sejuk luar negara padahal anda sedang duduk di atas tilam busuk.

Kesemua di atas adalah semua perkara yang aku tak buat ketika waktu hujan. Tapi mungkin anda semua buat. Jikalau tiada, tambahkan sendiri di sekyen "Anda Bagaimana?". Oh ya? Ada masalah lagi ke nak post komen? Jerit kat kotak jerit kalau ada.

Hujan Di Malaysia Yang Kerap Menyebabkan Kita Tak Perlulah Keluar Negara Untuk Menikmati Musim Sejuk

Kan?

Sampai nak taip entri pun tangan terketar-ketar. Sejuk punya pasal.

Pagi Raya 2008

Aku bersama keluarga, keluar ke kubur. Menziarahi kubur arwah atuk dan kakak ayah aku yang telah lama telah pergi. Pagi itu, amatlah tenang. Sinaran mentari, tak begitu panas. Panas pagi. Memang Sedap-sedap berjalan lah bak kata orang Beseroh.

Usai beryasin, aku pun terpandang seorang gadis. Yang, ibarat Macha ucap, "Ya Allah Ya Tuhanku, Lawanya" tapi tak lawa pun, lebih kepada kiut gitu. Jadi aku tukar kepada versi aku, "Ya Allah, Ya Tuhanku, Kiut nya. Rasa nak cubit-cubit je. Tapi anak orang. Kena tunggu menikoh dulu baru buleh cubit-cubit. Hiihihii *gelak gatal*)". Aku cenderung ke arah makwe yang kiut-kiut macam tedibear. Pasal diri sendiri pun, orang kata kiut. Misti lah dipadankan dengan Makwe Kiut. Baru la jadi kiut couple.

Gadis itu berjalan bersama-sama keluarganya. Dan mereka bergerak dari satu kubur ke satu kubur yang lain. Jadi, agak menyukarkan pergerakan aku untuk melakukan teknik dan taktik perhubungan tahap budak sekolah. Ya, aku tak berapa pandai dalam mengorat-ngorat ni. Jadi cukuplah kalau terer sampai tahap budak sekolah.

Dalam sela masa 5 minit berfikir, aku masih gagal mencari cara yang sesuai untuk mendekati gadis tersebut.

Tiba-tiba, seperti ada mentol di atas kepala aku memberikan idea yang terbaik untuk aku. Lekas-lekas aku berjalan menuju ke arah mak aku yang sudah 3 meter dihadapan.

"Mak, cuba mak tengok budok puang tu"

"Mane gok?"

"Tu" sambil mata aku memberi isyarat.

"Hoh. Bakpe? (Kenapa apa?)

"Mak, gi la baik-baik dengan mak dia. Nanti mana la tahu nanti dia nak jodohkan anak dia ke, buleh la offer abang. Gitu."

Mak aku tutup mata. Fikir dalam-dalam lepas aku ucap kata itu. Dan kemudian dia bersuara kembali.

"Kasi kurus badan dulu. Baru la mak gi"

Cepat-cepat aku mintak kunci kereta. Nak balik, tengok tivi rancangan raya. Dengar cerita, Siti Nurhaliza menyanyi sedap jugak.

Pengakuan Bekas Pemain Tegar Farmville

Saya merupakan bekas pemain tegar Farmville. Ya. Saya mengaku dulu saya tegar. Sekarang, saya hanya pemain kasual. Pemain buka sekali sehari.

Dulu, saya amat tegar, hinggakan waktu tidur saya tak cukup. Cuba anda bayangkan, jika anda tanam tanaman yang boleh dituai dalam masa 4 jam. Dan tanaman itu ditanam, 6 kali sehari. Berapa lama anda boleh tidur? Kalau lambat tuai, habis mati lah tanaman tersebut.

Ya, agak terseksa. Tapi kerana kesungguhan punya pasal. Saya turut kan juga. Kalau lah saya salurkan kesungguhan saya dalam akademik, dah lama saya dapat 4flat tiap-tiap sem. Tapi malangnya, Farmville dan Akademik. Dua perkara berbeza.

Saya berjaya membeli tapak 20x20 dan unlock semua gift (yang ada pada masa itu) pada hari ke 4 saya mula bermain farmville. Dan dalam dua minggu, saya berjaya mencecah level 30. Satu pencapaian yang memberansangkan pada ketika itu.

Sudah berjuta klik saya habiskan untuk bermain Farmville. Sunguh saya tak faham kenapa saya ketagih dengan Farmville. Tapi itu semua perkara lepas. Sekarang, saya jenguk ladang saya sekali sekali.

Kini, saya telah mempunyai ladang sebesar 22x22 petak, 483 tapak semaian, 10 ekor kucing, banyak kambing, banyak arnab, banyak pokok dan satu papan tanda Pea Mastery. Setiap kali saya akan bermain atau menanam, saya akan tanam, kacang Peas yang perlu dituai dalam 1 hari yang mempunyai 3 exp. Jadi, 3exp X 483 tapak semaian, saya akan dapat kira-kira 1449 exp per hari. Jika ditambah dengan point exp dari Plowing, saya akan dapat, 1449 + 483 = 1932 exp per hari. Belum ditambah, dengan poin experience premium peas jika saya tuai, satu premium peas, saya akan dapat 2 exp. Jadi, boleh dikatakan saya akan dapat 2000++ exp per hari.

Mari bercakap mengenai keuntungan pula. Satu benih kacang Peas berharga 190 gold. Upah plowing satu petak, 15 gold dan Harga tuai/jual satu kacang peas, 381 gold. Keuntungan bersih yang saya dapat untuk kacang peas ni adalah,

Harga tuai/jual kacang peas - harga benih kacang peas - upah plowing = Untung bersih.

381-190-15 = 76 gold

Dan didarabkan dengan jumlah petak semaian, 483 petak.

Saya akan dapat 36, 708 gold untuk satu hari. Ya. 36, 708 gold sehari!

Jadi, anda berminat untuk dapat kan nilai-nilai yang tertera diatas? Apa lagi, sertai saya. Cari bawah orang untuk jadikan downline. 2 orang saja diperlukan. Bayaran mula, RM22.22.

Oh ya. Saya sekarang, level 35. Dua hari lagi, Level 36.

P/s: Jangan main Mousehunt. Nanti anda masuk dalam golongan orang-orang yang kewl. Macam saya, Kaxx dan Macha.

Gambar Randum: Bergustilah!

Keghairahan manusia ketika bergusti.

Sebelum



Selepas




Salah Satu Cara untuk Meningkatkan Traffik Blog

Dan juga mengeratkan hubungan mesra antara sesama blogger adalah;

Bermain Tag.

Hoh. Dah lama saya tak main tag-tag ni. Tiba-tiba, Sasha Puding jerit dekat shoutbox kata saya kena tag. Kebetulan saya tepu lagi idea untuk tulis entri baru. Jadi, saya jawab lah soklan-soklan tag ni. Berikut adalah soklan nya;

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
Ketua Pengawas Peperiksaan tadi. Dah la saya tak dapat meja tadi. Dia boleh bising-bising atas pentas tu. Suruh cari tempat. Dah dapat tak dak meja. Takkan nak suruh saya bersila atas lantai kot. Ke nak suruh saya jadi pengawas jugak?

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Oh. Sugar Daddy? Bapa Gula. Tokeh kilang la kot. Sapa-sapa ada kilang gula. Sila mengaku. Lelaki sahaja. Perempuan kalau rasa daddy tu pun buleh mengaku.

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Annoying: Ketua Pengawas Peperiksaan tadi. Tapi tak sampai tahap paling lah.
Famous: Macha. Dia sekarang sudah Famous. Femes. Dengar cerita, tengah tunggu Nuffnang panggil buat rakaman untuk Projek Alpha siri 2. Kita doakan dia supaya dia tidak membeli baju untuk rakannya di dalam rakaman itu nanti.
Vain: Entah.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Malas jawab boleh?

5. Kau penah kentut dalam lif?
Tak pernah.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Bodoh jugak soklan ni. Kalau jijik, jangan makan lah. Tak KBKK langsung soklan. Lain la saya peserta fear factor.


7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Bio-nik. Bodoh jugak rasanya. Setan nak mampus cerita tu. Sakit hati je tengok.


8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Macam mana ya? Perasaan terperangkap dalam botol jem. Nak-nak Jem Nenas. Masa terperangkap tu. Tiba-tiba nak kencing. Apa yang anda akan lakukan?

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share paswed fb/email?
Celaka. Makwe pun tak dak. Nak stalk macam mana.

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kete dah speruh mati kaki putus sume, kau buat ape?
Saya akan berkabung sebentar. Kemudian, meneruskan perjalanan.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
Harap-harap tak dak kereta kat sebelah saya. Saya nak potong kereta depan ni. Dah la terhegeh-hegeh. Cari rumah sewa ke bang? Ke romen dalam kereta?

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
Oh. Soklan no 2 yang celaka. Dak makwe, tak semistinya saya gay. Tak dak bf lah. YO!

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2?Pastu orang nasihat taknak dgr.
Owh. Buat tak tahu je lah. Mula-mula, Nasihat sekali. Kalau tak layan, beri bantuan. Kalau tak dengar jugak, bunuh je.

14. kalau nampak kawan ade taik idung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr idung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Sound direct je. Tapi takde lah, orang lain mengaibkan dia pulak.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
Nak Takut mende tengok hantu.

16. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Entah. The Biggest Loser kot. Diet-diet, dapat hadiah.

17. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Orang yang pantas berlari dan pandai baca peta.

18. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Entah la. Saya sekarang jarang tengok tivi. Jadi tak tahu.

19. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
Main Gitar. Boleh saya mencipta lagu seribu kekecewaan kepada kawan-kawan yang putus cinta.

20. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Apa jadah pegi konsert kalau ada mesin masa. Kalau ada mesin masa, misti la mahu mengubah sejarah. Lepuk kepala Hilter, misalnya. Nanti, nama keluarlah kat buku sejarah.

21. Tattoo. Kau nak? Bole. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Apa jadah nak letak tattoo. Mandi wajib tak sah wooh. Lepas tu tattoo muka orang pulak tu. Tak KBKK langsung.

Saya mahu tag orang-orang yang berikut;

Macha
Kaxx
Liliyuli
Paiseh
Yanie Putrajaya

Dan

Che Det, itu pun kalau dia belum buat tag ni lagi.

Kepada sapa-sapa yang tak dapat kena tag dari saya tu, sila lah salurkan kekecewaan anda dengan menekan iklan sebanyak yang anda mahu. 10 kali minimum.

Masa Putaran

Walaupun sudah pasti, tetapi itu belum sahih.

Masa mampu ubah segalanya. Dari sahih, sampai tak sahih. Dari Pasti, hingga tak pasti.

Dari positif, jadi negatif.

Dari Kawin, kemudian janda atau duda.

Lafaz Cinta. Later, Maki Benci.

Masa boleh putar semuanya, sampai jadi terbalik.

Masa mampu mengubah segalanya.

Cerita yang Ditulis pada Bulan 4 yang Baru Terjumpa Semula.

Cebisan kain yang dipotong, dibentukkan bentuk hati. Kemudian cebisan kain itu digantung pada pohon pokok hati.

Farhana selalu buat itu. Dengar cerita dari kawan-kawan, kalau seseorang itu selalu buat pokok gantung cebisan kain berbentuk hati, buat dalam 10 batang; Pari-pari cinta akan datang dan berikan satu cinta yang kekal abadi.

Farhana teruja dengar cerita itu.
Jadi, dia selalu bikin pokok itu.

Hari-hari.
Dua batang sehari.

Masuk hari ke 5, lengkap lah 10 batang pokok hati. Maka bermula proses menanti pari-pari.

Hari pertama, sudah siap 10 batang. Farhana tunggu, tapi Pari-pari tak muncul.Hari kedua, sudah siap 10 batang. Farhana tunggu, tapi Pari-pari tak muncul. Hari ketiga, tak muncul. Hari keempat, tak muncul. Hari kelima,keenam dan ketujuh dan seterusnya. Masih tak muncul.

Dan buat Farhana jadi malas nak menunggu dan tertunggu-tunggu. Kemudian tak lagi percaya kepada pari-pari cinta. Padahal, jauh dalam sudut hatinya, mahu percaya.

Hinggalah ke satu hari, bila Farhana baru sudah jahit baju kalis cinta. Dia tersentak. Ada satu lembaga misteri kelihatan, sedang bermain dengan pokok-pokok hati nya.

Pada mulanya, Farhana terkejut. Lama kelamaan, dalam beberapa saat, dia teringat akan perihal pari-pari cinta dan pokok hati. Dia mula senyum dan hatinya mula berbunga kembali.

Pokok-pokok hatinya turut berbunga.

Kata-Kata Kesedaran

Orang yang berfikiran besar, akan bercakap tentang ilmu.
Orang yang berfikiran sederhana, akan bercakap tentang peristiwa.
Orang yang berfikiran rendah, akan bercakap tentang orang lain.
Orang yang berfikiran cetek, akan bercakap tentang diri sendiri
Terima kasih Bad dari InfoMalaya untuk quote ni. Buat saya muhasabah diri dan sedar saya ni tergolong dalam semua golongan. Yo!

Anda bagaimana?

Edit: Versi Mat Saleh

Great minds talk about ideas,
average minds discuss events,
weak minds talk about other people
-Elanor Roosevelt

Saya kopi paste dari Sasha. Haha. Jangan marah ye Kak.

Bandar Melaka Menangis

Familia dengan muka remaja itu. Lalu, sialan itu mula memanggil remaja. Remaja, remaja, panggil si sialan itu.

Remaja berpaling lalu berpaling ke hadapan. Semula.

Sialan tak puas hati. Dia sudah jadi marah, mukanya merah, menyala ibarat seekor naga jahat yang sedar dia ditipu penjual burger yang tidak meletakkan mayonis dalam burger spesel yang diorder.

Lantas, dia mengejar remaja itu, dan dalam sela masa itu, dia telah berkira mahu menerajang pinggang remaja, menghentak remaja dengan bahu. dan mengheret kepala remaja keliling Melaka. Satu Melaka kalau buleh. Singgah di Jonker Walk kejap. Beli Keychain. Dan sambung seret kepala.

Tiga, Dua, Satu. Lompat.

Sialan lompat dan menerkam si remaja. Lalu, jatuh lah remaja. Berdarah la kepala si remaja sedikit.

Tapi si remaja tak apa-apa. Masih okey. Steadi, readi dan go. Kepala yang berdarah, ditutup dengan tisu. Entah mana dapat tisu. Itu tak tahu. Remaja bangun dan mulakan adegan berdialog dengan sialan yang masih terbaring, tak berjaya bangun akibat pedih tangan terseret tar jalan.

Remaja: Weh, Apa hal? Lu gilak ka?

Sialan: Weh, kau la apa hal. Aku panggil tak dengar.

Remaja: Lu sapa? Panggil-panggil gua. Lu kenal gua ka? Gua tak kenal lu.

Sialan: Kenal la. Lu artis kan? Zed Zaidi? Kan?

Remaja tersipu malu, lalu melarikan diri cepat-cepat. Sambil itu, dia menjerit malu.

ARGGGHH!!! Malunya. Lebih kurang itu lah jeritan itu. Sialan dengar sayup-sayup jauh.

Dan petang itu, Bandar Melaka Menangis Lebat.

Kan?

Bukan senang nak cari senang dan bukan susah nak cari susah.

Kan?

Orang kata MLM senang nak kaya. Padahal susah.

Orang kata Man U susah nak kalah. Padahal senang.

Kan?

p/s: Sejak akhir-akhir ni, ramai yang google "www gadis gadis kecikku com". Boleh sapa-sapa bagitahu tu website apa? Malas nak google sendiri, takut masuk site tak elok. Tengah exam katakan.

Bola Sepak

Saya tak berapa pasti, sama ada saya menonton perlawanan bola sepak atau tidak. Yang pastinya, ada dua tiang gol. 22 orang pemain. Penyokong Penuh. Macam biasa-biasa saya tengok dekat Astro. Tapi kali ini saya menonton di saluran Infotermaint anda. TV1.

Di kaca tivi memaparkan, bola melantun-melantun. Kemudian disepak dan gol. Aksi golek-golek di padang. Kemudian, tukang bawak apa tah, skeechter rasanya (Saya juga tak pasti apa ejaan dia) masuk padang, interframe. Langgar melanggar, peteh memeteh, bola entah ke mana, kaki entah ke mana. Bunyi mercun, pang-pung-pang-pung-pang. Baling botol. Bakar kerusi untuk BBQ. Golek-golek lagi. Main hujan dan sebagainya.

Dalam otak saya, terfikir. Ini ke permainan bola sepak? Saya tengok tak sama macam orang putih dekat eropah main pun. Lalu saya berfikir untuk menyedapkan hati, "Ni rasanya, permainan bola sepak sukaneka. Tak perlu serius sangat. Dalam permainan bola sepak sukaneka ni, misti ada bunga api, mercun, bakar-bakar kerusi, baling botol, kalo sakit ada orang ambik kan."

Kemudian tak sampai habis masa, saya dah rasa menyampah. Saya tutup tivi. Buat apa-apa yang patut sementara tunggu permainan bola sepak yang betul-betul punya. Wolves Lawan Arsenal yang saya jangkakan Arsenal bakal menang 15 gol berbalas kosong, tapi hakikatnya, Arsenal memang suka memberi gol saguhati kepada lawan dan bermurah hati untuk buat 4 jaringan sahaja.

Jadi konklusinya, Bola Sepak Malaysia adalah Bola Sepak Sukaneka. Masuk Piala Dunia? Peh. Jangan harap la. Bukan pandang rendah. Tapi kalau begini la cara dia. AFC pun belum tentu boleh menang. Piala Dunia? Takpe lah.

[Maaf. Tulisan agak caca marba. Ditulis pada waktu 4.23AM waktu tempatan. Of kos, masa ni tengah mengatuk dan mamai]

Ribut Otak

Mulakan sesuatu perkara dengan niat yang baik dan tidak lah bersangka buruk. Supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.

Oh. Hai. Saya Darkk. Minta Maaf. Hari ni saya tak ada banyak idea untuk menulis. Jadi saya minta sesuatu dari kamu semua. Ya. Kamu. Kamu yang membaca ni. Ha, Ye la. Kamu la. Toksah tak mengaku pulak. Ngade-ngade. Ye. Kamu. Apasal tengok orang belakang pulak. Ha. Ye la. Kamu. Eleh buat muka comel pulak. Kaki, mahu?

Ha. Good. Okeh. Macam ni. Kalau boleh, berikan saya sedikit idea untuk menulis sebuah cerita yang futuristik, antrologi dan penuh dengan daya-daya karut fantasi bahana. Apa itu karut fantasi bahana? Entah. Saya tak tahu. Tapi saya rasa kewl gila tulis macam tu.

Tema dah ada. Tema dia hidupan laut. Kalau boleh saya nak jadikan Kerang sebagai raja lautan. Raja lautan yang kejam, jahat dan gila kan kerang-kerang betina yang lain. Saya ingin juga memasukkan unsur-unsur kerenah birokrasi, rasuah, masalah disiplin (datang lambat, merayau, kerja tak bersungguh, update belog pada waktu kerja dan lain-lain lagi) dan juga yang berkaitan dengan sosiologi sekarang.

Penamatnya, mesti lah Raja Lautan itu, mati. Sebelum dia mati, dia sudah berubah. Pergi Surau, Masuk Kerja OnTime. Balik Lewat, tak pergi pub. Rajin bersedekah. Semua yang positif lah. Oh. Dia mati di pangkuan Ikan Badut (Rujuk: Finding Nemo) betina yang dia sayang. Ya. Cerita ini akan memasukkan elemen kisah cinta berlainan etnik. Walau pun kerang itu seorang raja. Dan dia berkuasa. Tetapi cinta antara mereka sangat ditegah oleh kerang-kerang dan ikan badut yang lain. Hal ini akan melibatkan campur tangan dari pihak luar iaitu Ikan Jerung.

Ikan Jerung akan dijadikan sebagai watak tempelan. Sekiranya watak Ikan Jerung mejadi kegilaan ramai, saya akan menulis satu cerita yang berkisarkan Ikan Jerung pula. Di dalam cerita ini, Ikan Jerung akan mejadi seorang yang neutral, tapi banyak cakap. Hebat berkungfu. Dan memasak.

Jadi, setakat ini saja saya boleh fikirkan untuk sekarang. Saya harap kamu boleh menolong saya. Kasi brainstorming lagi. Dan sama-sama kita menolong antara satu sama lain. Bukankah tolong menolong amalan mulia?

Masing-Masing Punya Gaya, Punya Cara.

Menulis sesuatu entri. Bukan lah mudah sebenarnya. Kau harus ingat detail-detail apa yang kau mahu. Kemudian kau tulis mengikut gaya tulisan kau. Masing-masing, ada punya cara. Punya gaya persembahan. Punya niche nya.

Ada yang mahu buat entri bergambar.

Ada yang mahu buat entri bervideo.

Ada yang mahu buat entri tulisan semata-mata.

Ada yang mahu buat entri bergambar bervideo dan tulisan.

Itu terpulang pada masing-masing. Tapi bagi aku, itu bergantung kepada tahap kemalasan diri dan idea ketika itu.

Sekiranya malas aku tahap C dan idea di tahap A, Aku akan menulis secara panjang-panjang dan kalau boleh tidak mahu menutup entri itu tapi atas desakan dan pandangan orang lain, "Huh, entri panjang. Malas baca", Aku tutup juga.

Dan..

Sekiranya Malas di Tahap B dan Idea di tahap A, aku akan menulis bersertakan gambar. Atau mungkin lebih banyak gambar dari menulis. Atau pun Aku akan letakkan video dan bersertakan sedikit ulasan video tersebut.

Dan..

Sekiranya malas aku di tahap A dan idea di tahap A, aku akan menulis juga, tetapi kau orang akan merana dengan entri bersambung aku. Ya, aku sudah dengar suara-suara manja halus yang menyatakan aku selalu buat cerita bersambung tiada sambungan. Sabar. Nanti aku sambung ya, suara comel.

Tetapi bagaimana pula sekiranya idea aku berada di tahap B,C,D atau E?

Oh. Tidak mungkin aku membuat entri sekiranya idea aku di tahap itu. Kerana, Idea aku di sini semua nya A belaka. Kalau tiada idea, masakan buleh buat entri. Ye dok?

Jadi, Apa-apa pun selamat membaca dan berhibur di sini. Jangan pecah amanah. Ingat lah orang yang bersayang. (Wow. Nyaris berima)

Gambar Randum: Bom Karet

Selamat Mencuba Bom Karet.

[Aku malas nk bukak fotosyop, nak letak watermark. PC aku buat hal sekarang. Nak jadi biadap la tu. Ugut Sumpah jadi Laptop Vaio kang. Baru lah nak jadi okeh.]

P/s: PC aku lagi power dari Laptop Vaio.

Masih dalam Peperiksaan YO!

Alkisah tersebut lah cerita seorang gadis yang loneli. Gadis chumel, berwatakan baik. Kulitnya tidak lah secerah mana. Tapi masih sweet dipandang lelaki. Dan mampu buat jantung kau berhenti berdegup lalu kau terus mati disitu juga.

Oleh disebabkan itu, gadis itu sering berjubah dan menutup keseluruhan badannya, supaya dia tidak lagi membunuh mana-mana lagi jejaka yang menatapnya atau tertatapnya. Itulah sumpahan yang diterima oleh gadis itu sejak dia lahir lagi. Oh. Kasihan dia.

Di hadapan rumah gadis, terdapat sebuah bukit yang tinggi dan di puncaknya terdapat sepohon pokok yang berbuahkan hati. Uniknya. Hati itu berbaukan cinta. Serius. Saya tak pernah jumpa pokok yang berbuahkan hati, berbaukan cinta. Tetapi untuk cerita ni, ada. Entah zaman bila punya cerita.

Bersambung....

Gambar Randum Yang Tiada

Saya baru sedar, saya dah kehabisan draft entri untuk dipos minggu ini. 2 keping gambar randum terakhir, saya dah kasi kat Macha atas alasan dia tak dak idea.

Tapi, takpa.

Biarlah. Terlampau banyak gambar sahaja juga tidak bagus. Tak seronok untuk saya. Saya mahu menulis tapi biasalah, sekarang. Musim peperiksaan pelajar IPTA. Tak ada masa yang sesesuai untuk mengarang.

Jadi saya tinggalkan kau semua dengan pantun invisible;









[Saya dah sediakan butang like disebelah kanan belog nie. Buleh la kamu tekan like banyak kali]

Gambar Randum:Obama..HENSHIN!!

Photobucket

Henshin dalam bahasa Jepun, membawa maksud bertukar dalam bahasa Malaysianya. Sekarang, siapa-siapa pun buleh bertukar. Termasuk lah Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya.

Kamu semua...HENSHIN!!!

*Puff*

Oh Tuhan.

Kadang-kadang rasa menyampah dengan ada nya emosi.

Dia buat kau jadi tak keruan. Jadi tak stabil. Jadi gila. Kemudian, *puff* kau jadi hepi. Jadi gembira. Jadi senyum-senyum. Kemudian, *puff* lagi. Kau jadi sedih. Jadi tak hepi. Jadi nangis-nangis.

Kemudian *puff*. Lagi. Kau jadi marah-marah. Jadi rasa nak baling orang lain. Jadi serba tak kena.

Hmm.. Tapi Apa-apa pun, Emosi buat hidup anda interesting. Menarik Mencabar. Dan diri jadi berpengalaman.

Oh well, ini lah hidup. Hidup itu random randum.

Gambar Randum: Kamen Rider Black RX

Photobucket


Superhero pun tak terlepas dari saman parking. Apatah lagi Pipiyapong.

Parkinglah di kawasan yang dibenarkan. Jangan melintas di kawasan tiada lintasan Zebra.

Gambar Randum: Minuman Untuk Jejaka Tampan



Saya comel. Bukan Tampan. Mungkin KAXX tampan. Dia minum KOTE(H)

[Bulan November ini adalah bulan gambar randum. (Padahal tak idea dah nak tulis apa)]

Shoutbox Masa Dulu dan Masa Kini.

Dulu

"Nice blog. Visit Mine"

Perasaan: Hoh? Wak de..

Sekarang

"Nice blog. Nuff Clicked. Visit Mine...YO!"

Perasaan: Hoh? Wak de..Tapi Muka Senyum.

Bincangkan.

Teori Mereka

"Dia dilanggar kereta halimunan. Sumpah!" Meraka pun bersumpah. Orang ramai yang menjadi saksi kejadian bersumpah. Rata-rata mereka mengatakan mereka ternampak kereta halimunan melanggar pejalan kaki yang tidak mengunakan jejantas itu. Nama pejalan kaki itu, Lim. Lim Yong Seng. Umur 32 tahun. Tidak merokok. Dan masih single, available dan seksi. Tapi ketika itu, Lim sudah tidak lagi seksi. Matanya terkeluar, bibirnya pecah, hidung remuk dan di tangan dan kaki sudah calar balar berdarah.

Oh, tak lupa juga. Dia sekarang sudah nyawa-nyawa ikan dan ambulans masih belum-belum lagi sampai.

"Tak. Bukan kereta halimunan yang langgar. Bukan!", tiba-tiba jerit seorang pemuda yang entah dari mana-mana muncul dari celah kelompok orang ramai yang sibuk membincangkan bagaimana rupa kereta halimunan tersebut. "Bukan!" ulang pemuda itu lagi.

"Saya nampak. Satu kereta. Berjenama DeLorean. Muncul secara tiba-tiba. Langgar dia (Lim). Kemudian, kereta itu, terus hilang dari pandangan." kata pemuda itu. "Saya rasa Delorean itu, hilang, merentas masa" sambung pemuda lagi.

Orang ramai, mula mengerutkan dahi. Mengurut dagu. Bagi yang ada janggut, mengurut janggut. Bagi yang ada misai, mengurut misai. Bagi yang ada misai dan janggut, mengurut misai dan janggut. Mereka berfikir. Kononnya, mengambil kira boleh jadi logik juga kata-kata pemuda itu. Meraka berhu-ha, hu-ha berbincang tentang bagaimana boleh berlakunya hal ini.

Bila mereka penat berdiri, mereka pun duduk. Penat duduk, mereka berdiri. Penat bercakap, mereka diam. Penat diam, mereka bercakap. Dan bila haus, mereka ke kedai mamak, order air dan sambung berbincang sambil menonton Astro Zee Chenel 108.

Dalam sibuk berteori berteka-teki, mereka lupa tentang sesuatu. Mereka terlupa tentang Lim. Lim Yong Seng. Umur 32 tahun. Tidak merokok. Single, available dan (dulunya) seksi. Masih terbaring di tengah jalan. Nyawa-nyawa ikan dan ambulans masih belum lagi sampai-sampai.

Oh. Mereka sudah lupa tentang itu.

September 25

Tangan. Kalau dikisar Mesin Kisar ABC sekuat mana pun, selaju mana pun. Tak kan terasa sakitnya. Kerana...

Hati yang terluka lagi pedih peritnya.

Notepad

Buka Notepad;

"Saya A, dan Awak Z.

Kita tak sama. Ada maksud yang berbeza-beza.

Awak di hujung, dan saya di awal.

Tapi ironinya, kita tetap sama; Huruf Roman."

Tutup Notepad.

.
.
.

Dem. Lupa nak save.

[Pernah disiarkan di Notes, Fesbuk]

Kegembiraan Saya Di Masa Ini

Saya sangat mengantuk.

Tidur dulu ya?

KROUGGGGHHHHHH!!!!!!

[Edited at 11.28PM]

Hoh. Saya dah bangun.

Apa bende yang dah berlaku?

Kerajaan dah kasi PS3 free untuk student ?

Tak Suka? Boleh Abai.

Cerah tapi hujan. Macam mana nak tidur? Bilik aku. Segala cahaya nak masuk. Terang, cerah benderang. Sesuai untuk di jadikan bilik ambil gambar potrait. Cari model. Ambik gambar. Tutup pintu bilik. Kunci.

Dan bermain Monopoly bersama.

Heh. Minggu mendatang, ramai stress. Kebanyakkannya lah. Ramai orang nak ambik final exam minggu depan. Alah. Lek ar. Stress tu bagus. Buat kau jadi manusia...yang annoying kalau ko canang sana-sini yang kau stress. Status fesbuk misalnya. Sekarang, asal bukak fesbuk. Misti dalam 70% yang akan canang, "Aku stress..Yo! Final dah nak dekat". Pfft..macam la orang lain tak ambik final exam.

Stress, stress juga. Tapi banyak cara boleh salur kestressan tu. Buat report final year project misalnya. Pergi dating ke. Tangkap gambar ke. Kareoke ke. Banyak cara beb. BA-NYAK CA-RA.

Yang paling aku suka, ko stress. ko tulis sajak. Atau. Tulis cerita, fantasi. Or Get-A-Blog. Macam aku pernah cakap kat Macha MerepekMeraban. Writing a Blog is one of the stress therapy. Kat situ, ko tulis la apa yang ko stress sangat. Tak lah annoying sangat. In other word, kalo orang tak suka, orang kelik je pangkah. Close belog blog ko.

Heh. Aku malas nak tulis panjang. Sebab nanti susah kroni nak buat kerja. Kena scroll sampai letih.

Gambar Randum: Telefon

Apa yang anda mahukan untuk telefon zaman sekarang?

Telefon Berkamera?

Atau Kamera bertelefon?


Mudah dibawa ke mana-mana?

Pasti hujan tak kena


Handfree? atau bahasa melayunya, Bebas-Gengam?

Guna gam gajah lagi inovatif.


Dan kaedah menerima bil telefon secara efficient?

Gayat?

Itu mungkin yang anda mahukan? Kan?

Saya hanya mahu yang boleh hantar SMS dan telefon kepada mak saya sahaja.

Kisah Sadis Pelajar Universiti

Waow! Bar blogspot sudah bertukar wajah baru. Saya suka.

Okeh. Berbalik kepada topik.

Pernah kah anda terasa dipermain-mainkan oleh lecturer sehingga anda mahu menumbuk muka beliau bertalu-talu sehingga mukanya pecah, gigi terbarai, kening senget, hidung hilang dan lain-lain lagi?

Saya? Pernah. Tapi tak dak la sampai bertalu-talu. Cukuplah kalau dapat sedas sahaja.

Jika anda pernah, sila kongsikan cerita atau pengalaman anda di "Anda bagaimana?"

Mana tahu anda akan berpeluang memenangi satu klik iklan nuffnang daripada saya. Oh. Okeh la. Dua klik. Dua klik iklan nuffnang daripada saya.

Jadi. Apa tunggu lagi. Hantarkan secepat yang boleh. Tarikh tutup; 24 Oct 2009. Jam 0000.

Kata Kunci Hari Ini...Yo!

"budak budak darjah dua berkhatan kampung menggunakan batang pisang" dari enjin carian Yahoo!

Panjang juga dia taip keyword ya? Siap spesifik kasi range umur lagi. Budak darjah dua. Kalau darjah tiga tak boleh berkhatan ke? Yang unik nya, berkhatan kampung, "menggunakan batang pisang"

Bayangkan..

Satu item, Batang Pisang.

Dan aktiviti, Berkhatan.

Sungguh tajam batang pisang zaman sekarang, ya?

Kementerian Pelajaran. Sila ambik berat tentang hal ni. Hantar guru ke kursus google menggoogle kalau perlu.

Mitos Urban

Aku ada terbaca di fesbuk dan aku tak ingat siapa yang kata ni;

"Student perempuan tahun satu, sangat hot dan student lelaki tahun satu, tak hot. Manakala student perempuan tahun akhir tak hot tapi student lelaki tahun akhir sangat hot" - Sapatah, Fesbuk, 2009.

Bila fikir-fikir balik, betul juga. Patutlah, ramai kawan lelaki seuniversiti aku sekarang dah berpunya. Berkepit sini sana, Jiwang-jiwang tak hinggat dunia, Gayut sampai patah pinggang. Dan lain-lain lagi karenah bercinta. Dah tahun akhir rupanya, patut lah Sangat hotlah dan digilai gadis.

Tapi aku?

Takpa. Aku ada dua kali tahun akhir.

Takpa.

P/S: Fail Whale

Aku suka tengok gambar ni. Bila twitter over capacity, dia buat aku tenang dan tak mencarut.

Mesin Masa Depan Bersaiz Mini

Serius. Bila bosan, aku akan gunakan mesin perentas masa aku untuk merentas zaman-zaman yang lain. Tak perlu lah aku terangkan panjang lebar di mana aku dapat mesin itu kerana hanya memanjangkan cerita ini.

Pada satu hari yang bosan. Aku merentas masa lagi. Tapi kali ini, aku tidak memilihi apa zaman yang aku mahu. Aku biarkan komputer pilihkan untuk aku. Kadang-kadang kita perlu merasa juga apa pilihan orang lain. Keluar dari kotak pemikiran sekali-sekala itu bagus. Tambah pengalaman juga.

Mesin perentas masa aku berupa sebuah kotak peti sejuk saiz jumbo dua pintu. Di hadapan, terdapat LCD sesentuh yang kecil untuk memudahkan aku memilih apa zaman yang aku mahu berserta butang reset. Yang paling aku suka, ianya jimat elektrik. Hanya guna 4V Arus Terus. Dan ianya mudah disimpan. Tak sama dengan Mesin Perentas Masa yang lain. Dah la besar, susah nak simpan, adaptor dia besar rumah. Pakai 240V Arus Ulang Alik pulak tu.

Aku buka pintu mesin perentas masa itu dan mula baring. Hati aku mula rasa gelisah. Harap-harap...[..]

Bersambung

[Saja letak sini untuk memotivasikan untuk sambung]

Peristiwa Di Pengakhiran Syawal

"Kau ni apa nak jadi lah. Kelas datang lambat, selalu ponteng. Lewat pulak tu, sejam lewat" kata Ketua (rujuk: Cerita Saya di Universiti) bila aku sampai di kelas pagi tadi.

Ya. Aku lewat. Lagi. Lewat memang lewat. Terbangun lewat. Dan ramai nak masuk bilik air. Aku tak mahu mandi dalam keadaan tertekan. Jadi, aku kasi orang lain dulu mandi. Biar jadi orang last mandi. Takpa. Asalkan tak tertekan.

Aku senyum saja pada ketua, bila dia kata macam tu. Sambil itu, aku mengira dalam kepala otak, peratusan berapa kali dia datang lagi lambat dari aku.

Oh. Dia lagi tinggi.

Dasar Hipokrit.

Hahaha.

Macam lah aku, tak. Orang lain, tak. Besar mana orang, kecik mana manusia. Misti ada hipokrit. Walau sekecil atom pun. Tetap ada.

Hahaha.

Oh, ya. Selamat Menyambut Hari Raya yang ke 30 untuk semalam.

Hahaha...

Tips Kehidupan

Halakan lensa kamera dari atas dan ke depan anda.

Tundukkan kepala.

Jeling mata ke atas, ke arah lensa kamera.

Dan jangan lupa senyum.

Kemudian, tekan shutter kamera.

*Blink*

Hidup anda akan berubah.

Yang mana terduduk, akan berdiri. Yang mana tengah main game, akan cepat-cepat save. Yang mana berfesbuk, akan signout. Yang mana masih tak tahu apa-apa, akan tahu apa-apa.

Masyarakat akan mula menerima anda yang selama ini tidak disedari ramai. Anda akan menjadi popular, bahagia. Kegilaan ramai. Dan ramai akan bercakap pasal anda. Ya. Masyarakat akan bercakap pasal anda. AN-DA.

Seronok kan?

Oh, ya. Tips ini sesuai digunapakai untuk semua. Lelaki, Perempuan, Kambing, Lembu, Website Kerajaan, Kuda-Kuda, Estet-Estet, Ladang Jagung dan semua lah.

SE-MU-A.

Kisah Sepi

Rasa Tembok Ego Pecah Bila Tengok Skrin Handpon Tertera;

"1 Message Received"

Buka, Tengok, Baca.

.
.
.
.
.

Cis!! Mesej Hotlink rupanya.

Penat

Perkataan "Penatnyeee" boleh diganti dengan " Saya sangat letih" atau pun sudah memadai dengan "Penat" dan tak perlu tambah "Nyeeee".

Geli baca perkataan tu. Sebab aku rasa macam dia sorang je penat dan yang lain tak. Ibarat dia saja yang layak penat dan yang lain tak. Yang lain robot dan dia saja, manusia yang tahu penat.

Tapi, ini turut kata hati aku. Kalau orang lain tak boleh terima. Buleh buat entri dekat belog masing-masing.

Macam aku.

Tapi..

Serius. Gua tak pernah terlepas pandang menonton awek tu. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Tapi haritu, gua terlepas. Gua tak tahu kenapa gua terlepas. Mungkin gua khusyuk sangat menonton sinetron Indonesia. Cewek nya lebih comel dari biasa. Itu yang buat gua terlepas.

Gua bangkit dari kerusi, tempat gua duduk macam biasa. Lepas tu, gua kata, mamak! kira. Lalu gua pun belah dari situ.

Bengang, kecewa, hampa. Semua gua simpan semat dalam hati. Selama ini, memang gua simpan semua dalam hati gua, sampai penuh. Kadang-kadang ada juga yang gua delete. Yang bagus, yang baik, yang hepi gua tunjukkan. Gua guna. Yang tak best, gua simpan. Tapi Hati gua ada kapasiti limit juga. 40 Giga Perasaan (GP). Ada juga terpaksa gua tunjuk. Pasal dah limit beb. Limit. Boleh rosak hati kalau tak keluarkan. Pernah juga gua nak upgrade hati gua, kasi space besar. 1 Tera Perasaan (TP) ke. Tapi apek tu kata, Lu model lama. Mana boleh upgrade maa..Otak pun pakai OTAK V1.0. Sikalang, orang guna OTAK TERAS DUA maa..

Gua teruskan perjalanan gua. Gua pandang langit. Langit cerah terang benderang. Awan berompol-rompol comel. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Kenapa gua rasa, langit seperti mengejek gua. Awan berompol comel memerli gua. Peh. Gua rasa gua kena buli. Terus gua jalan tunduk. Gua tak mahu lagi langit, awan buli gua. Gua lari dari kena buli.

Dan dalam-dalam gua fikir, gua kena buang hati gua ni. Kena tukar otak baru. Buang kisah-kisah lama dan jadi model baru. Guna OTAK TERAS DUA. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Boleh ke?

[Tiada kaitan antara hidup dan mati. Saja aku berfantasi menulis. Dah lama tak menulis. Ini pun lepas gian]

Dari Jelingan Manja Romeo Sang Nikon D3000

Setelah baling brader rok masuk dalam longkang, aku meneruskan perjalanan aku ke KL Sentral. Di sana, dikabarkan ada minah tengah tunggu. Aku diamkan aje.

"Hoh. Asal Lambat?" tanya Hazirah.

"Sori. Tadi ada akak McD paksa interview keje. Saya bengang, saya telangkupkan meja dia. Walau pun tukang interview tu cun melecun, itu bukan halangan untuk saya telangkupkan meja dia" terang aku, sambil menolak rambut ke belakang.



Entah apa yang disembangkan oleh Hazirah dan Macha. Tapi yang penting;

"Celaka Paiseh, Gua tepon dia tadi. Dia angkat. Peh, Suara baru bangun tidur" kata Hazirah dengan bersungguh tambah dengan mimik muka yang membuatkan Macha, khusyuk mendengar.

Aku duduk di sebelah, Mendengar dan Masih malu-malu untuk pau air Mekdi Hazirah.

Masa penggambaran: 2.30 petang.


Lokasi Penggambaran: Proton Persona Paiseh, Cik Sona.

"Jirah, lu tolong tiupkan wisel mengikut rentak lagu dekat radio ni. Gua tak biasa la, drive tak dengar wisel. Selalu gua memang tiup wisel masa drive. Tapi kali ini, gua nak test lu pulak" kata Paiseh, Serius. Muka berkerut dan pandangan mata yang mengharap.


Riang sungguh Paiseh mendengar alunan wisel yang didendangkan oleh Hazirah. Sanggup lepas stering untuk bertepuk tangan. Nasib baik, tak dak polis trafik tahan.


Watak dalam gambar: Paiseh.

Pesen hati gelap. Ambik gambar, kamera tak terima.


Tiada Caption untuk ini.


"Dah-dah. Hari ini, gua orang belanja lu ayam golek sama tomyam plus nasik. Air karet untuk Macha. Air beras tengah mendidih pulak untuk Hazirah. Cawan milo kosong pulak yang takde pemegang, lu orang jangan tanya apa fungsi dia. Gua tak tahu!!" jerit Paiseh.

"Isi tisu la" perlahan Macha menjawab. Baru aku tahu, lambat betul Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) Paiseh. Aku, order air kosong 3 gelas.


Setelah membuat pahala dengan memberi kami yang lapar ini makan, baru la kamera mahu menerima Paiseh sedikit demi sedikit. Itu pun kabur-kabur lagi. Mungkin hati dia kelabu masa ini.


Hazirah Versi Pantas dan Macha Versi Kontrol Ayu.


Aku dah buntu idea untuk caption gambar ni. Korang letak lah apa-apa pun.

p/s: Dem. Terletak banyak pulak gambar Macha. Bukan promosi. Tapi dia gedik nak bergambar. Semua gambar dia nak masuk. Kalau tak, dia kata nak bogel dan menjerit-jerit nama aku. Nak buat tak kenal, kesian member pulak. Aku berjiwa prihatin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails