Pages

Ribut Otak

Mulakan sesuatu perkara dengan niat yang baik dan tidak lah bersangka buruk. Supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.

Oh. Hai. Saya Darkk. Minta Maaf. Hari ni saya tak ada banyak idea untuk menulis. Jadi saya minta sesuatu dari kamu semua. Ya. Kamu. Kamu yang membaca ni. Ha, Ye la. Kamu la. Toksah tak mengaku pulak. Ngade-ngade. Ye. Kamu. Apasal tengok orang belakang pulak. Ha. Ye la. Kamu. Eleh buat muka comel pulak. Kaki, mahu?

Ha. Good. Okeh. Macam ni. Kalau boleh, berikan saya sedikit idea untuk menulis sebuah cerita yang futuristik, antrologi dan penuh dengan daya-daya karut fantasi bahana. Apa itu karut fantasi bahana? Entah. Saya tak tahu. Tapi saya rasa kewl gila tulis macam tu.

Tema dah ada. Tema dia hidupan laut. Kalau boleh saya nak jadikan Kerang sebagai raja lautan. Raja lautan yang kejam, jahat dan gila kan kerang-kerang betina yang lain. Saya ingin juga memasukkan unsur-unsur kerenah birokrasi, rasuah, masalah disiplin (datang lambat, merayau, kerja tak bersungguh, update belog pada waktu kerja dan lain-lain lagi) dan juga yang berkaitan dengan sosiologi sekarang.

Penamatnya, mesti lah Raja Lautan itu, mati. Sebelum dia mati, dia sudah berubah. Pergi Surau, Masuk Kerja OnTime. Balik Lewat, tak pergi pub. Rajin bersedekah. Semua yang positif lah. Oh. Dia mati di pangkuan Ikan Badut (Rujuk: Finding Nemo) betina yang dia sayang. Ya. Cerita ini akan memasukkan elemen kisah cinta berlainan etnik. Walau pun kerang itu seorang raja. Dan dia berkuasa. Tetapi cinta antara mereka sangat ditegah oleh kerang-kerang dan ikan badut yang lain. Hal ini akan melibatkan campur tangan dari pihak luar iaitu Ikan Jerung.

Ikan Jerung akan dijadikan sebagai watak tempelan. Sekiranya watak Ikan Jerung mejadi kegilaan ramai, saya akan menulis satu cerita yang berkisarkan Ikan Jerung pula. Di dalam cerita ini, Ikan Jerung akan mejadi seorang yang neutral, tapi banyak cakap. Hebat berkungfu. Dan memasak.

Jadi, setakat ini saja saya boleh fikirkan untuk sekarang. Saya harap kamu boleh menolong saya. Kasi brainstorming lagi. Dan sama-sama kita menolong antara satu sama lain. Bukankah tolong menolong amalan mulia?

11 comments:

singkong panggang said...

hahaha..;DD
ak nak komen pun tadak idea.
taleh nak tolong ko buat cerita.

Anonymous said...

alah.lepas tu brainstorming ntah kemana, cerita entah kemana.

cerita pasla kapal angkasa bawak pegi pasar malam dulu mana?

Aizuddin Jaafar said...

cerita pasal laki2 berkaki kucing mana?
bidadari ketuk pintu dulu mana?

gila banyak cerita tak habis pastu nak buat cerita baru.

Aizuddin Jaafar said...

Aku tengok dari entri di atas kau dah ada idea.

Kau tinggal nak taip je. Pastu ikut je flow mana ayat kau nak pergi. Ok la tu.

Darkkadabra said...

laki-laki berkaki kucing, ending dia macam tu.

bidadari pulak. aku dah siar dekat belog lagi satu dan aku delete.

lagi, aku saja biarkan. :)

Dewajiwa said...

ini cerita fiksyen ke cerita skandal?
kerang tu tak macho lah. gagah sket macam ayam jantan ke. lembu pembunuh matador ke. jerung tu pun dah sesuai dah. heheh.

buat life-diary sudah. atau review pilem ke.
entri pasal tokeh Fesbuk tu cara beb.

Yuki Yusuf said...

okey apa kerang. tulis saja apa yang kau mahu. no hal. kite tunggu nak baca saja.

orait jugak dunia dalam laut macam spongebob pulak dah. tapi sila wujudkan satu watak jellyfish perempuan yang mulia. boleh?

hihi..

la la la la~

Fifi Hanie said...

haha, kerang tak sexy la wea. buat le jerung ke jd raja. cube bygkan kerang nk jd raja, playboy besar. ada rupa ke?

haha.

cik husna said...

hahha..ak tlong gelak jer =p

LaDies 09 said...

hahhahaa

RedNema (-_-") said...

dud..aku ade buat satu cerpen yang agak kurang ajar sket..

1st chapter da siap tp blom mau publish..

bercadang untuk menghabiskan keseluruhan chapter bru publish..

mau mintak idea mu jgk..haha..untuk chapter2 laen..

blk rumah kite same2 riview cerpen aku tu..kuang kuang kuang ( pesal bunyi cmni?)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails