Kata-Kata Kesedaran

Orang yang berfikiran besar, akan bercakap tentang ilmu.
Orang yang berfikiran sederhana, akan bercakap tentang peristiwa.
Orang yang berfikiran rendah, akan bercakap tentang orang lain.
Orang yang berfikiran cetek, akan bercakap tentang diri sendiri
Terima kasih Bad dari InfoMalaya untuk quote ni. Buat saya muhasabah diri dan sedar saya ni tergolong dalam semua golongan. Yo!

Anda bagaimana?

Bandar Melaka Menangis

Familia dengan muka remaja itu. Lalu, sialan itu mula memanggil remaja. Remaja, remaja, panggil si sialan itu.

Remaja berpaling lalu berpaling ke hadapan. Semula.

Sialan tak puas hati. Dia sudah jadi marah, mukanya merah, menyala ibarat seekor naga jahat yang sedar dia ditipu penjual burger yang tidak meletakkan mayonis dalam burger spesel yang diorder.

Lantas, dia mengejar remaja itu, dan dalam sela masa itu, dia telah berkira mahu menerajang pinggang remaja, menghentak remaja dengan bahu. dan mengheret kepala remaja keliling Melaka. Satu Melaka kalau buleh. Singgah di Jonker Walk kejap. Beli Keychain. Dan sambung seret kepala.

Tiga, Dua, Satu. Lompat.

Sialan lompat dan menerkam si remaja. Lalu, jatuh lah remaja. Berdarah la kepala si remaja sedikit.

Tapi si remaja tak apa-apa. Masih okey. Steadi, readi dan go. Kepala yang berdarah, ditutup dengan tisu. Entah mana dapat tisu. Itu tak tahu. Remaja bangun dan mulakan adegan berdialog dengan sialan yang masih terbaring, tak berjaya bangun akibat pedih tangan terseret tar jalan.

Remaja: Weh, Apa hal? Lu gilak ka?

Sialan: Weh, kau la apa hal. Aku panggil tak dengar.

Remaja: Lu sapa? Panggil-panggil gua. Lu kenal gua ka? Gua tak kenal lu.

Sialan: Kenal la. Lu artis kan? Zed Zaidi? Kan?

Remaja tersipu malu, lalu melarikan diri cepat-cepat. Sambil itu, dia menjerit malu.

ARGGGHH!!! Malunya. Lebih kurang itu lah jeritan itu. Sialan dengar sayup-sayup jauh.

Dan petang itu, Bandar Melaka Menangis Lebat.

Kan?

Bukan senang nak cari senang dan bukan susah nak cari susah.

Kan?

Orang kata MLM senang nak kaya. Padahal susah.

Orang kata Man U susah nak kalah. Padahal senang.

Kan?

p/s: Sejak akhir-akhir ni, ramai yang google "www gadis gadis kecikku com". Boleh sapa-sapa bagitahu tu website apa? Malas nak google sendiri, takut masuk site tak elok. Tengah exam katakan.

Bola Sepak

Saya tak berapa pasti, sama ada saya menonton perlawanan bola sepak atau tidak. Yang pastinya, ada dua tiang gol. 22 orang pemain. Penyokong Penuh. Macam biasa-biasa saya tengok dekat Astro. Tapi kali ini saya menonton di saluran Infotermaint anda. TV1.

Di kaca tivi memaparkan, bola melantun-melantun. Kemudian disepak dan gol. Aksi golek-golek di padang. Kemudian, tukang bawak apa tah, skeechter rasanya (Saya juga tak pasti apa ejaan dia) masuk padang, interframe. Langgar melanggar, peteh memeteh, bola entah ke mana, kaki entah ke mana. Bunyi mercun, pang-pung-pang-pung-pang. Baling botol. Bakar kerusi untuk BBQ. Golek-golek lagi. Main hujan dan sebagainya.

Dalam otak saya, terfikir. Ini ke permainan bola sepak? Saya tengok tak sama macam orang putih dekat eropah main pun. Lalu saya berfikir untuk menyedapkan hati, "Ni rasanya, permainan bola sepak sukaneka. Tak perlu serius sangat. Dalam permainan bola sepak sukaneka ni, misti ada bunga api, mercun, bakar-bakar kerusi, baling botol, kalo sakit ada orang ambik kan."

Kemudian tak sampai habis masa, saya dah rasa menyampah. Saya tutup tivi. Buat apa-apa yang patut sementara tunggu permainan bola sepak yang betul-betul punya. Wolves Lawan Arsenal yang saya jangkakan Arsenal bakal menang 15 gol berbalas kosong, tapi hakikatnya, Arsenal memang suka memberi gol saguhati kepada lawan dan bermurah hati untuk buat 4 jaringan sahaja.

Jadi konklusinya, Bola Sepak Malaysia adalah Bola Sepak Sukaneka. Masuk Piala Dunia? Peh. Jangan harap la. Bukan pandang rendah. Tapi kalau begini la cara dia. AFC pun belum tentu boleh menang. Piala Dunia? Takpe lah.

[Maaf. Tulisan agak caca marba. Ditulis pada waktu 4.23AM waktu tempatan. Of kos, masa ni tengah mengatuk dan mamai]

Ribut Otak

Mulakan sesuatu perkara dengan niat yang baik dan tidak lah bersangka buruk. Supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.

Oh. Hai. Saya Darkk. Minta Maaf. Hari ni saya tak ada banyak idea untuk menulis. Jadi saya minta sesuatu dari kamu semua. Ya. Kamu. Kamu yang membaca ni. Ha, Ye la. Kamu la. Toksah tak mengaku pulak. Ngade-ngade. Ye. Kamu. Apasal tengok orang belakang pulak. Ha. Ye la. Kamu. Eleh buat muka comel pulak. Kaki, mahu?

Ha. Good. Okeh. Macam ni. Kalau boleh, berikan saya sedikit idea untuk menulis sebuah cerita yang futuristik, antrologi dan penuh dengan daya-daya karut fantasi bahana. Apa itu karut fantasi bahana? Entah. Saya tak tahu. Tapi saya rasa kewl gila tulis macam tu.

Tema dah ada. Tema dia hidupan laut. Kalau boleh saya nak jadikan Kerang sebagai raja lautan. Raja lautan yang kejam, jahat dan gila kan kerang-kerang betina yang lain. Saya ingin juga memasukkan unsur-unsur kerenah birokrasi, rasuah, masalah disiplin (datang lambat, merayau, kerja tak bersungguh, update belog pada waktu kerja dan lain-lain lagi) dan juga yang berkaitan dengan sosiologi sekarang.

Penamatnya, mesti lah Raja Lautan itu, mati. Sebelum dia mati, dia sudah berubah. Pergi Surau, Masuk Kerja OnTime. Balik Lewat, tak pergi pub. Rajin bersedekah. Semua yang positif lah. Oh. Dia mati di pangkuan Ikan Badut (Rujuk: Finding Nemo) betina yang dia sayang. Ya. Cerita ini akan memasukkan elemen kisah cinta berlainan etnik. Walau pun kerang itu seorang raja. Dan dia berkuasa. Tetapi cinta antara mereka sangat ditegah oleh kerang-kerang dan ikan badut yang lain. Hal ini akan melibatkan campur tangan dari pihak luar iaitu Ikan Jerung.

Ikan Jerung akan dijadikan sebagai watak tempelan. Sekiranya watak Ikan Jerung mejadi kegilaan ramai, saya akan menulis satu cerita yang berkisarkan Ikan Jerung pula. Di dalam cerita ini, Ikan Jerung akan mejadi seorang yang neutral, tapi banyak cakap. Hebat berkungfu. Dan memasak.

Jadi, setakat ini saja saya boleh fikirkan untuk sekarang. Saya harap kamu boleh menolong saya. Kasi brainstorming lagi. Dan sama-sama kita menolong antara satu sama lain. Bukankah tolong menolong amalan mulia?