Pages

#2


Saya bukan lah pandai dalam bahasa jepun. Tapi sikit bait kata nahu dalam jepun saya faham. Cuma. Tak sepandai dia. Dia dapat A katanya dalam bahasa jepun masa zaman U. Cuma zaman belajar U saya tak diwajibkan untuk bahasa ketiga.

Kalau kena belajar pun, dapat B. Rasanya.

Kami meluncur laju di lebuhraya. Di lebuhraya yang sekali sekala ada kereta lain lalu. Bertemankan lagu di corong radio.

Sekali sekala ada lagu kegemaran saya. 
Sekali sekala ada lagu kegemaran dia
Sekali sekala ada lagu kami ter'sing along'.
Sekali sekala kami diam
Sekali sekala kami menyanyi kembali.

Saya acah tanya. "Aishiteru tu apa?" Kebetulan, ada bait lagu jepun yang sebut 'Aishiteru'.
Dia jawab, "Shiteru tu bertemu. berjumpa. Rasanya."
Saya ulang soklan. "Aishiteru apa maksudnya?"

Dia cakap. "I love you."
Saya balas. "I love you too."

Saya saja pura tak tahu.

1 comment:

Si Aizuddin said...

Smooth. I see what you did there.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails