Pages

Iftar

"Berbuka puasa" is so 2008, ya know? Now iftar. Iftar everywhere!!

Randum

Pernah tak?

Pernah tak kau terfikir kemana not seringgit kau pernah pergi?
Mungkin ia pernah masuk ke tabung masjid.
Mungkin ia pernah ke mesin arked.

Pernah tak kau terfikir berapa ramai orang yang seiras kau didunia ini?
Mungkin mereka pada tika yang sama sedang berfikir yang sama, dengan apa yang kau fikirkan ketika ini.

Pernah tak kau terfikir dari mana datang kereta yang lalu tadi?
Mungkin dari pejabat kecil pulang dari mencari rezeki.
Mungkin dari bank lepas merompak cuba melarikan diri.

Pernah tak kau terfikir mana datangnya kren atas bangunan tinggi?
Tiba-tiba ada bila kau bangun esok pagi.
Mungkin mereka sebahagian megatron punya konspirasi.

Pernah tak kau terfikir yang selama ini sebenarnya kau bermimpi?
Sepanjang hidup yang kau lalui ini hanyalah cebisan mimpi  dari engkau yang masih bayi.

Pernah tak kau terfikir apa yang terjadi bila kau terlibat kemalangan?
Mungkin kau akan dapat cuti tiga bulan bergaji.
Mungkin masa itu kau akan kenal sahabat sejati.
Mungkin rupanya kau superhero yang boleh kemekkan lori.
Atau, mungkin kau mati.  

Randum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails