Pages

Iftar

"Berbuka puasa" is so 2008, ya know? Now iftar. Iftar everywhere!!

Randum

Pernah tak?

Pernah tak kau terfikir kemana not seringgit kau pernah pergi?
Mungkin ia pernah masuk ke tabung masjid.
Mungkin ia pernah ke mesin arked.

Pernah tak kau terfikir berapa ramai orang yang seiras kau didunia ini?
Mungkin mereka pada tika yang sama sedang berfikir yang sama, dengan apa yang kau fikirkan ketika ini.

Pernah tak kau terfikir dari mana datang kereta yang lalu tadi?
Mungkin dari pejabat kecil pulang dari mencari rezeki.
Mungkin dari bank lepas merompak cuba melarikan diri.

Pernah tak kau terfikir mana datangnya kren atas bangunan tinggi?
Tiba-tiba ada bila kau bangun esok pagi.
Mungkin mereka adalah megatron punya konspirasi.

Pernah tak kau terfikir yang selama ini sebenarnya kau bermimpi?
Sepanjang hidup yang kau lalui ini hanyalah cebisan mimpi  dari engkau yang masih bayi.

Pernah tak kau terfikir apa yang terjadi bila kau terlibat kemalangan?
Mungkin kau akan dapat cuti tiga bulan bergaji.
Mungkin masa itu kau akan kenal sahabat sejati.
Mungkin rupanya kau superhero yang boleh kemekkan lori.
Atau, mungkin kau mati.  

Randum.

#2


Saya bukan lah pandai dalam bahasa jepun. Tapi sikit bait kata nahu dalam jepun saya faham. Cuma. Tak sepandai dia. Dia dapat A katanya dalam bahasa jepun masa zaman U. Cuma zaman belajar U saya tak diwajibkan untuk bahasa ketiga.

Kalau kena belajar pun, dapat B. Rasanya.

Kami meluncur laju di lebuhraya. Di lebuhraya yang sekali sekala ada kereta lain lalu. Bertemankan lagu di corong radio.

Sekali sekala ada lagu kegemaran saya. 
Sekali sekala ada lagu kegemaran dia
Sekali sekala ada lagu kami ter'sing along'.
Sekali sekala kami diam
Sekali sekala kami menyanyi kembali.

Saya acah tanya. "Aishiteru tu apa?" Kebetulan, ada bait lagu jepun yang sebut 'Aishiteru'.
Dia jawab, "Shiteru tu bertemu. berjumpa. Rasanya."
Saya ulang soklan. "Aishiteru apa maksudnya?"

Dia cakap. "I love you."
Saya balas. "I love you too."

Saya saja pura tak tahu.

Hai

Saya nampak awak datang dari Moscow.

Maaflah. Saya mengecewakan awak dengan blog tanpa entri baru.

Lain kali saya update. Lain kali ya?

#1

Kejap kejap. Dia tengok handpon. Kejap kejap. Dia tengok handpon. Tekan punat di bahagian kanan. Kemudian tekan kembali.

Selang 1,2 minit. Dia tengok handpon.

Risau, gundah.

Smsnya tak dibalas. Cuma yang diharapnya,

"Hey. Awak. Saya tak bizi. Jom kita keluar."

Itu saja harapannya. Takda lah dia termenung lama, tangan di atas dahi. Mengeluh.

Lama. Lama dia tunggu.

Sampai sekarang (2 jam lebih) tak ada balasan. Patutkah dia talifon? Kalau talifon, nampak seperti mendesak.

Dia tak mahu penerima sms terasa terdesak. Dan dia mahu jadi gentleman.
Tapi sekurang kurangnya kasi tahu lah ok ke tak.

Ah! Penyiksaan adalah penantian.

Robot Hati

Hey kau ambik lah hati aku. Masih punya perasaan. Kata aku kepada robot.

Hmmm... Hmm... Hati kau ke ni?

Yep, aku balas.

Lalu dia ambil dan campakkan hati aku ni.

Biar lemas. Dia kata.

Kemudian dia terbang ke awan hitam.

Inspirasi #1



Hey. Kadang kadang kita ada imaginasi untuk gaya hidup simple. Sofa bed dan meja kecil. Oh tak lupa. Bennie Cushion.

Lokasi: Muji, Midvalley Megamall

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails