Pages

#1

Kejap kejap. Dia tengok handpon. Kejap kejap. Dia tengok handpon. Tekan punat di bahagian kanan. Kemudian tekan kembali.

Selang 1,2 minit. Dia tengok handpon.

Risau, gundah.

Smsnya tak dibalas. Cuma yang diharapnya,

"Hey. Awak. Saya tak bizi. Jom kita keluar."

Itu saja harapannya. Takda lah dia termenung lama, tangan di atas dahi. Mengeluh.

Lama. Lama dia tunggu.

Sampai sekarang (2 jam lebih) tak ada balasan. Patutkah dia talifon? Kalau talifon, nampak seperti mendesak.

Dia tak mahu penerima sms terasa terdesak. Dan dia mahu jadi gentleman.
Tapi sekurang kurangnya kasi tahu lah ok ke tak.

Ah! Penyiksaan adalah penantian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails