Pages

Masing-Masing Punya Gaya, Punya Cara.

Menulis sesuatu entri. Bukan lah mudah sebenarnya. Kau harus ingat detail-detail apa yang kau mahu. Kemudian kau tulis mengikut gaya tulisan kau. Masing-masing, ada punya cara. Punya gaya persembahan. Punya niche nya.

Ada yang mahu buat entri bergambar.

Ada yang mahu buat entri bervideo.

Ada yang mahu buat entri tulisan semata-mata.

Ada yang mahu buat entri bergambar bervideo dan tulisan.

Itu terpulang pada masing-masing. Tapi bagi aku, itu bergantung kepada tahap kemalasan diri dan idea ketika itu.

Sekiranya malas aku tahap C dan idea di tahap A, Aku akan menulis secara panjang-panjang dan kalau boleh tidak mahu menutup entri itu tapi atas desakan dan pandangan orang lain, "Huh, entri panjang. Malas baca", Aku tutup juga.

Dan..

Sekiranya Malas di Tahap B dan Idea di tahap A, aku akan menulis bersertakan gambar. Atau mungkin lebih banyak gambar dari menulis. Atau pun Aku akan letakkan video dan bersertakan sedikit ulasan video tersebut.

Dan..

Sekiranya malas aku di tahap A dan idea di tahap A, aku akan menulis juga, tetapi kau orang akan merana dengan entri bersambung aku. Ya, aku sudah dengar suara-suara manja halus yang menyatakan aku selalu buat cerita bersambung tiada sambungan. Sabar. Nanti aku sambung ya, suara comel.

Tetapi bagaimana pula sekiranya idea aku berada di tahap B,C,D atau E?

Oh. Tidak mungkin aku membuat entri sekiranya idea aku di tahap itu. Kerana, Idea aku di sini semua nya A belaka. Kalau tiada idea, masakan buleh buat entri. Ye dok?

Jadi, Apa-apa pun selamat membaca dan berhibur di sini. Jangan pecah amanah. Ingat lah orang yang bersayang. (Wow. Nyaris berima)

10 comments:

Anonymous said...

btol btol btol
skong 100%

kotaklimasegi said...

aku sokong juge...

siggplus said...

aku pun sokong..

aku bila malas nak menaip, malas nak pecah otak fikir ayat, aku hentam taruk video ke, gambar ke..janji update..heh

Yuki Yusuf said...

bagi kite penulisan penting..

karang ikut sedap, pastu kalau nak bagi perasa lebih letak gambar sekeping..

stop

Aizuddin Jaafar said...

Aku idea takde jangan harap lah nak update.

Biar pecah Amanah, Jangan pecag gelas. Renung-renungkan. dan selamat beramal.

Aizuddin Jaafar said...

maksud aku *pecah bukan *pecag

macha_sezs said...

hasil eksperimen aku, kalau kau tulis seni sangat pun, orang tak minta nak baca.

cis.

hahaha~

jo said...

kenapa cakap suara gua comel dikhalayak ramai?

kan...gua dah blushing ni......

kaxx said...

aku tulis ikut mimpi malam tu. datang mimpi aku tulis. kalau tak ada entri baru maksudnya mimpi aku basah.

Unknown said...

aku kalau malas..
tak update langsung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails