Pages

Santa Claus II

[Sambungan dari entri Santa Claus]

Malam itu, Krimas amat suram sekali. Ramai sedang memperkatakan Santa Claus mati dibunuh. Ya.Misteri. Sungguh misteri. Bagaimana Santa Claus boleh mati dibunuh. Fikir Frank. Bagaimana?

Hal itu buat Frank jadi bingung. Frank fikir dalam-dalam dan pandang semula kepada televisyen itu. Di skrin, terdapat seorang wartawan wanita sedang giat melaporkan kes pembunuhan Santa Claus dari tempat kejadian, di rumah Santa Claus itu sendiri. North Pole.

Wartawan itu melaporkan bahawa Santa Claus mati mengejut di tempat kejadian. Mayatnya hampir hancur dan tersekat di dalam mesin pembancuh plastik untuk membuat mainan. Pihak Polis North Pole mengesyaki bahawa kerja pembunuhan didalangi oleh 3 elf pembantu lelaki dan 2 elf pembantu perempuan. Ternyata, pihak Polis North sangat efisyen dalam tugas mereka, kecuali..mereka terlepas seorang suspek.

"Bangsat!" jerit Frank sambil menumbuk skrin televisyen. Pecah berderai.

+++++++++++

Mike. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Santa Claus telah pun mati. Santa Claus yang selalu dia tunggu sepanjang tahun. Telah. Pun. Mati.

Mula-mula Mike rasa mahu pitam dengar berita itu. Tapi, lepas mendengar lagu kegemarannya. Sedihnya mula berkurang. Mencair bak salju di hujung musim. Hilang di arus masa.

Tapi. Dia masih mengenangkan nasib malang Santa Claus itu. Apa salah Santa Claus sampai dia mati dibunuh. Seingat Mike, Santa Claus baik. Mike selalu dapat hadiah dari Santa Claus bila tiba hari Krimas. Tiap-tiap tahun. Sejak Mike hidup sampai sekarang. Mike selalu dapat hadiah. Cuma tahun ini saja, Mike tak dapat hadiah dari Santa Claus. Kerana..Santa Claus sudah pun mati.

Telah pun mati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails