Pages

Teori Mereka

"Dia dilanggar kereta halimunan. Sumpah!" Meraka pun bersumpah. Orang ramai yang menjadi saksi kejadian bersumpah. Rata-rata mereka mengatakan mereka ternampak kereta halimunan melanggar pejalan kaki yang tidak mengunakan jejantas itu. Nama pejalan kaki itu, Lim. Lim Yong Seng. Umur 32 tahun. Tidak merokok. Dan masih single, available dan seksi. Tapi ketika itu, Lim sudah tidak lagi seksi. Matanya terkeluar, bibirnya pecah, hidung remuk dan di tangan dan kaki sudah calar balar berdarah.

Oh, tak lupa juga. Dia sekarang sudah nyawa-nyawa ikan dan ambulans masih belum-belum lagi sampai.

"Tak. Bukan kereta halimunan yang langgar. Bukan!", tiba-tiba jerit seorang pemuda yang entah dari mana-mana muncul dari celah kelompok orang ramai yang sibuk membincangkan bagaimana rupa kereta halimunan tersebut. "Bukan!" ulang pemuda itu lagi.

"Saya nampak. Satu kereta. Berjenama DeLorean. Muncul secara tiba-tiba. Langgar dia (Lim). Kemudian, kereta itu, terus hilang dari pandangan." kata pemuda itu. "Saya rasa Delorean itu, hilang, merentas masa" sambung pemuda lagi.

Orang ramai, mula mengerutkan dahi. Mengurut dagu. Bagi yang ada janggut, mengurut janggut. Bagi yang ada misai, mengurut misai. Bagi yang ada misai dan janggut, mengurut misai dan janggut. Mereka berfikir. Kononnya, mengambil kira boleh jadi logik juga kata-kata pemuda itu. Meraka berhu-ha, hu-ha berbincang tentang bagaimana boleh berlakunya hal ini.

Bila mereka penat berdiri, mereka pun duduk. Penat duduk, mereka berdiri. Penat bercakap, mereka diam. Penat diam, mereka bercakap. Dan bila haus, mereka ke kedai mamak, order air dan sambung berbincang sambil menonton Astro Zee Chenel 108.

Dalam sibuk berteori berteka-teki, mereka lupa tentang sesuatu. Mereka terlupa tentang Lim. Lim Yong Seng. Umur 32 tahun. Tidak merokok. Single, available dan (dulunya) seksi. Masih terbaring di tengah jalan. Nyawa-nyawa ikan dan ambulans masih belum lagi sampai-sampai.

Oh. Mereka sudah lupa tentang itu.

14 comments:

minTanG_teLip2 said...

hAg3. . hAg. . hAg~. . .

kaxx said...

[ah. rasa macam tak best gaya bahasa ini. hmm..]

dewajiwa said...

macam-macam teori.
memang satira habis untuk 1Malaysia kita.

Darkk said...

mintag,
haha. :)

kaxx,
lain tempat, lain versi dia.

dewajiwa,
yah. memang satira 1malaysia. YO!

jo said...

dia minum 'teh o ais satu' ada semut kot masa dekat mamak tu?

Darkk said...

Jo,
mungkin la. Kita tak tahu apa yang buat mereka terlupa.

Si Aizuddin said...

Sebenarnya Train Kamen Rider yang langgar. Yang merentas masa tu. Kamen Rider apetah

Si Aizuddin said...

Kamen Rider Den-o kot

Darkk said...

Aizu,
Kamen Rider Merentas Masa ada banyak. Kabuto pun merentas masa. Decade pun sama. Tapi yang merentas masa dan ada keretapi, Kamen Rider Den-O. Yah Tepat sekali. Siri Kamen Rider paling lawak aku tengok.

siggplus said...

haha apsal tengok astro zee?gila tak ada channel lain ke nk tgk

Darkk said...

Sigg,
Nak buat camna? Dah chenel saluran feveret depa. :)

Si Aizuddin said...

Kabuto ngan hyperclock dia. Decade siap merentas dimensi sekali. Aku setuju. Paling lawak.

Si Aizuddin said...

Satu lagi cerita lawak tentang Kamen Rider Decade.
Sebenarnya senang saja nak tewaskan Kamen Rider. Tarik belt je sebelum diorang sempat henshin.

izzahfarhana said...

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails