Pages

Reviu Cincai: Papadom


Reviu kali ini memang lah tersangat cincai kerana aku mahu menggalakkan kamu semua menonton sendiri di panggung berdekatan.

Okeh. Mula.

Seperti memparodikan filem Nana Tanjung (yang aku terpaksa tengok) di bahagian awalan cerita, aku tergelak sakan bersama rakan. Memang meningkatkan mood mahu menonton keseluruhan cerita.

Filem ini, memang sedia maklum, telah memenangi beberapa anugerah daripada Festival Filem Malaysia, menceritakan Kisah Seorang bapa yang terlampau mengongkong anaknya kerana bapanya terasa bersalah mengabaikan anak dan mahu menebus kesalahan itu (wow..ayat tanpa noktah).

Cerita ini, seperti mudah difahami dan diagak jalan ceritanya. Tetapi, kadang-kadang satu bahagian, aku seperti dipermain-mainkan kerana jalan cerita ini tidaklah begitu sama apa yang aku agakkan.

Ending? Sangat-sangat celaka lawak.

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya untuk filem yang aku sendiri angkat salah satu filem buatan Malaysia terbaik untuk tahun ini. (Disamping Talentime yang aku tengok pada awal tahun dulu)

Mahu tengok Farid Kamil jadi bapuk sengal? Boleh tengok Papadom.
Mahu dengar nama pena paling tak masuk akal? Boleh tengok Papadom.
Scha yang sangat hot jadi bitch? Boleh tengok Papadom.
Ujian QC untuk masuk kerja? Boleh tengok Papadom.

Harum Salim Bachik? Ya. Dia sangat no 1, kelakar.

Rating untuk filem ini. 4.7 dari 5 bintang. Paling tinggi sekali sepanjang aku buat reviu cincai ni.

p.s: Macam biasa, Que Haidar memang sesuai watak bodoh alang kepalang. Dan aku sukakan filem pendek yang dia diarahkan dalam cerita ni

p.s2: Teringat pasal buat cheerleading song yang akhirnya memakan diri cheerleader tu sendiri. Sumpah lawak. Haha.

14 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Wow. macam best. nanti aku nak tengok gak la.

hanie said...

g tgk x hajak..cesss!

tgk gazet aritu..mmg mcm syok..

lyla.f said...

bila 3/4 panggung penuh dengan budak-budak sekolah mood menonton terus hilang.

part yang tak kelakar nak gelak lebih-lebih, boleh pulak cakap kuat-kuat macam wayang tu bapak dia punya.Nasib baik tak lempang tadi

lyla.f said...

aih ape kene acc bapak aku plak yang keluar nih, hoho

Darkkadabra said...

aizu, pegi je tengok. Best woo.

hanie, macam mana nak ajak. Jauh dari sisi. kihkih.

fadzlan, hoho. kami pun ada budak menangis. tapi kami sound aje. hipokrit kan? tapi kami bayar.

lyla.f, ahaha. apasal keluar yang bapak ko?

k.e.r.i. said...

berbaloi ke weh?
dah lama seyh tinggalkan gsc

Darkkadabra said...

keri,

serius berbaloi. lain la ko tak buleh terima mentaliti afdlin shouki :)

tasekM said...

hr ni jugak aku nk pi MBO. he he.

sungguh terpengaruh dgn kamu n macha...


.

Rajuna said...

review bias.
berunsur kenegerian.




kah kah kah.

Sham Hardy said...

4.7?? wow.. tinggi tuh.. nak try ah tengok..

Darkkadabra said...

tasik, ahaha. ajak akak anim pun. dia kata bizi. akak misti la dable bizi.

rajuna, apa gila bias. bukan negeri gua. lu, mat kuntum apa tahu. haha.

shamhardy, itu lah. tapi review berdasarkan peminat Afdlin sendiri. Memang tinggi. :)

hzrh said...

jangan emosi dgn tanah.


bahahahahahaa~~~~

eyemeroll said...

wahh..
macam gile bez cite ni..
x sbo nih..hehe

Darkkadabra said...

hazirah, quote yang paling diingat dalam movie itu. hahaha.

mirul,
haha. tengok la sendiri. pecah perut ketawa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails