Pages

Perasaan Nak Baling Bas, Aku Buang Jauh-Jauh Semata-Mata Nak Jumpa Hazirah dan Paiseh

Sabtu lepas.

"Bang, kat mana KTM Bandaraya?" tanya aku setibanya di Stesen LRT Bandaraya setelah menapak dari Pudu hingga ke sana.

"Kat sana pun, ada. Kat sana pun ada..." kata brader tu sambil menunjuk arah ke kiri dan ke kanan beliau. Wajahnya serius. Tambahan dengan berimejkan rambut panjang, jeans koyak kiri, baju hitam fit berlogo tengorak, lengan berantaikan besi duri-duri dan berbeg kamping, betul-betul dapat menyakinkan aku yang naif jalan-jalan di KL.

"Oh. Ok. Time kasih ar bang" Aku berabang dengan beliau tanda aku mempunyai budi bicara yang bagus dan terbaik.

"...Tapi, aku pun tak tahu sebenarnya. Aku pun baru sampai KL" sambung beliau lagi. Muka kofiden.

Kemudian, lekas-lekas aku patahkan jari brader tu, baling brader tu masuk longkang besar dan kembali meneruskan perjalanan sambil berbincang politik dengan rakan.

Berimej ganas bukanlah halangan untuk aku membaling orang.

Hari itu menjadi hari yang gembira untuk aku.

9 comments:

Liliyuli said...

cuba lu tanya pada yg elok pakaiannya..pasti lu tak sesat..haha

Darkk said...

liliyuli,
terdesak beb. mana ada orang time tu.

famia said...

inesennya.
hahahahahaha.
ape pasallah tak call si paiseh tu.
nasib baik tak kena tipu.
ish ish ish.

Si Aizuddin said...

kalau kau call paiseh mungkin boleh menunggang cik sona dia.

macha_sezs said...

eh?ni je?

Darkk said...

famia, saya budak naif. mudah kena tipu.

aizu, peh. jumpa paiseh macam nak menyembah kaki dia.

macha, itu je.

~0~ said...

kira ko lagi ganas dari brader tu la...hahahhaha

paiseh said...

ganas lu ni rupanya.. maaf lah.. gua duk perati scene lu main2 kamera jirah.. ingatkan lu ni pesen budak2 teletubbies~

Darkk said...

~0~, tak ganas. tapi tak suka perasaan dimain-mainkan.

paiseh, celaka. lu nak kena hentak ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails