Pages

Pesta Konvo

Petang tadi, di Pesta konvo. Aku, Macha dan err.. Eh. Kami berdua saja. Berjalan melawat gerai-gerai yang ada sekitar sana. Tahun ini, agak macam okeh la sebab kini tapak pesta itu di dalam kawasan universiti sendiri. Kira happening la ceruk tu. (Memang ceruk pun. Kalau tak dak tujuan, dah tentu aku tak ke sana)

Banyak juga makwe-makwe melintas kiri kanan. Macha sibuk ambik gambar makwe. Aku sibuk tengok kamera DSLR makwe. Peh, Jeles jugak. Bila agaknya aku buleh dapat sambar satu. Kebetulan, ada Jamuan Fiesta Aidilfitri, itu yang buat makwe-makwe yang ramai turun. Ada yang berbaju kebaye. Ada yang berbedak bagai. Ada yang berkurung lengkap. Macam-macam la. Yang tak dak, makwe berbikini. Serius aku tak jumpa.

Sedang aku dan Macha meronda, aku terhenti sekejap. Beli air tebu. Aku pantang nampak air tebu. Terutama, bila sangat lapar. Mesti beli. Lagi pun aku tak makan kat jamuan tu. Tak bawak kupon. Dengar cerita, Sate Jamuan tak sedap langsung. Ayam masak merah dia, guna ayam lama. Dasar Kapitalis. Untung nak, kualiti tak jaga. Kata aku dalam hati, sambil tunjuk peace dekat makwe-makwe yang aku kenal.

Kemudian lepas tawar menawar membeli air tebu sebarang dua, aku pun berangkat dari gerai tu. Macha masih lagi dengan kamera berhandpon dia. Mengambil gambar makwe lalu lalang. Aku biarkan dia. Malas nak tegur. Budak kreatif katanya.

Tiba-tiba dia gelak. Hoh. Pelik.

Aku tanya apasal. Cuba ko dengar pakcik tu cakap , dia kata sambil menunjuk ke arah pakcik tu. Aku tengok. Tak dak apa-apa. Orait je pakcik tu pegang mic.

Apa sal? aku tanya lagi.

Kau dengar, Macha kata.

"Mari-mari. Barang-barang baru. Design baru. Buleh pileh. Tapi sebenarnya sebenarnya barang lama. Dah 4 tahun, Pakcik Meniaga kat Pesta Konvo ini. Harap-harap pihak universiti tak tahu yang pakcik meniaga jual barang lama" - Pakcik Gerai Pesta Konvo.

Nasib baik aku tak terpengaruh dengan tipu helah Pakcik tu. Tapi, hari itu aku angkat Macha sebagai hero gadis-gadis. Kerna dia berjaya mengambil gambar makwe yang amat banyak sekali.

7 comments:

Aizuddin Jaafar said...

tahniah kepada macha. boleh share kan? cewah. sharing is caring, haha

eyemeroll said...

ala..xkan bagitau jep..
share la...sharing is caring kan..hehe

Darkkadabra said...

aizu, merol,

buleh mintak kat macha. tapi semua gambar makwe die ambek semua tak cun.

hzrh said...

Macha hero gadis-gadis?
ceh.





ha ha

Darkkadabra said...

Yah. Hazirah. Dia hero ambik gambar makwe. Jangan main dengan dia. Haha.

macha_sezs said...

macam babi.

sini pun jadi korang nak mengumpat aku kan?

Darkkadabra said...

Macha, hoh. Mana ada mengumpat. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails