Pages

Tapi..

Serius. Gua tak pernah terlepas pandang menonton awek tu. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Tapi haritu, gua terlepas. Gua tak tahu kenapa gua terlepas. Mungkin gua khusyuk sangat menonton sinetron Indonesia. Cewek nya lebih comel dari biasa. Itu yang buat gua terlepas.

Gua bangkit dari kerusi, tempat gua duduk macam biasa. Lepas tu, gua kata, mamak! kira. Lalu gua pun belah dari situ.

Bengang, kecewa, hampa. Semua gua simpan semat dalam hati. Selama ini, memang gua simpan semua dalam hati gua, sampai penuh. Kadang-kadang ada juga yang gua delete. Yang bagus, yang baik, yang hepi gua tunjukkan. Gua guna. Yang tak best, gua simpan. Tapi Hati gua ada kapasiti limit juga. 40 Giga Perasaan (GP). Ada juga terpaksa gua tunjuk. Pasal dah limit beb. Limit. Boleh rosak hati kalau tak keluarkan. Pernah juga gua nak upgrade hati gua, kasi space besar. 1 Tera Perasaan (TP) ke. Tapi apek tu kata, Lu model lama. Mana boleh upgrade maa..Otak pun pakai OTAK V1.0. Sikalang, orang guna OTAK TERAS DUA maa..

Gua teruskan perjalanan gua. Gua pandang langit. Langit cerah terang benderang. Awan berompol-rompol comel. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Kenapa gua rasa, langit seperti mengejek gua. Awan berompol comel memerli gua. Peh. Gua rasa gua kena buli. Terus gua jalan tunduk. Gua tak mahu lagi langit, awan buli gua. Gua lari dari kena buli.

Dan dalam-dalam gua fikir, gua kena buang hati gua ni. Kena tukar otak baru. Buang kisah-kisah lama dan jadi model baru. Guna OTAK TERAS DUA. Tapi..

Tapi..

Tapi..

Boleh ke?

[Tiada kaitan antara hidup dan mati. Saja aku berfantasi menulis. Dah lama tak menulis. Ini pun lepas gian]

10 comments:

dewajiwa said...

heheh.
kodus lah. entri ini sangat mudah dicerna. kebetulan gua memang suka entri bukan diari hidup.

awek tu keje situ ke?

♣haNie♣ said...

tapi....

~0~ said...

boleh...kalo mau semua boleh

Darkk said...

dewajiwa, entah. awek tu mungkin kerja situ. atau kerja tempat lain tapi selalu makan di situ.

hanie, tapii....jugak.

~-~, owh. Boleh ke? Kalu gitu nanti saya buat :)D

Si Aizuddin said...

Lu nak upgrade lu kena prepare powersupply sekali. banyak yang perlu di konsider

Darkk said...

Aizu, dem. Itu lah. Boleh pulak gua terlupa bende penting.

Dem.

macha_sezs said...

sejak bila ber gua-gua plak ni?

Darkk said...

macha, sejak semalam.

farhanaLicious said...

*blur*

pisey itu aku said...

sebab memori tu seronok walau bagaimana buruk sekalipun rasa itu.

oke?
banyak tapi kau.

aha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails