Pages

Cerita Saya Di Universiti

Saya rasa saya seorang yang tidak glamer di universiti. Tak ramai orang kenal. Kenal, tapi mungkin tahu muka atau nama. Tapi saya tak kesah. Buleh saya buat perangai saya sendiri.

Setiap kelas yang ada pada hari itu, saya akan hadir tepat pada waktunya. Contoh; Kelas pukul 9. Saya akan bergerak dari rumah, pukul 9. Jarak Fakulti dan Rumah Sewa, tak jauh. Penat jugak kalau berjalan kaki. Tapi Saya tak bodoh, untuk berjalan kaki sejauh 11 km (anggaran kasar). Saya gunakan motosikal automatik saya untuk ke sana. 5-10 minit, akhirnya sampai. Dan bila saya sampai, pensyarah sudah memulakan kelas. Saya masuk senyap-senyap. Dan duduk diam-diam. Kadang-kadang, saya angkat kening untuk Budak Tabligh yang tegur dalam kelas.

Kelas biasanya, 1 setengah jam hingga 2 jam. Kadang-kadang 1 jam 45 minit. Ikut mood pensyarah. Mood Pensyarah pula ada yang bergantung kepada Mood Pelajar. Kalau semua pelajar dah pakat buat muka toye blur dan ada yang tertidur; Macha biasanya, mood pesyarah nak ajar pun jadi kucar-kacir. Ya, saya dapat bayangkan perasaan kalau membebel kat depan, tapi tak dak orang lain layan, saya akan rasa malu. Angkara malu, saya akan habiskan ucapan saya cepat-cepat.

Untuk keluar dari kelas pula, saya yang biasanya sudah berangan jauh ke bulan akan kembali fokus memerhatikan tindak-tanduk pesyarah. Tapi biasanya, saya akan tanya rakan yang duduk di sebelah, "Dah habis ke?", angkara puteri di bulan tidak membenarkan saya pulang ke dunia nyata. Dengar saja jawapan rakan di sebelah, "Dah", cepat-cepat saya sauk beg saya yang saya pun tak tahu apa tujuan saya bawa, padahal bukan saya buka dan keluarkan nota. Eh, bukak jugak kadang-kadang. Ambik pensil dan kertas. Kemudian melukis.

Lepas saya sauk beg saya dan berdiri, baru lah orang lain akan turut berdiri sama dan berkucar-kacir. Saya? Saya sudah keluar dari kelas dan terus ke parking motor untuk balik ke rumah.

Akibat itu, rakan sekelas yang lain, sentiasa bertanya, "Ko datang kelas tak?" Dan kadang-kadang saya tuduh dia tak datang kelas sebab tak bertentang mata di kelas.

Huhu. Simple juga hidup saya di universiti ya. Pergi kelas dan balik. Pergi, balik.

Fakta: Walaupun, saya selalu lambat ke kelas. Ada lagi yang lagi lambat dari saya. Saya menggelarkan beliau, Ketua Skuad Datang Lambat. Siapa yang datang lambat dari dia, haruslah meminta maaf dari dia dan berjanji tak nak datang lambat dari dia. Lagi.

7 comments:

Amoi said...

kehidupan saya: bila kelas dh boring kuarkan henfon posing and tgkp gbr. lecturer buat tak kesah. makin ligat berposing sampai abis kelas. kadang-kadang kuakan notes tapi tak paham pape.pandang lecturer mengajar. pandang baju lecturer. bergosip. haha. abis kelas pergi makan. lepak. lepak and then balik.

paiseh said...

gua harap lu dapat bimbing macha ke jalan kebenaran~

Darkkadabra said...

amoi, nice life you have there :)

paiseh, maaf paiseh. gua tak dapat bimbing adik lu ke jalan yang benar.

Amoi said...

that kind of life will be happen for another 6 semester for sure.haha.

Aizuddin Jaafar said...

cerita aku di universiti pun lebih kurang kau lah. hahaha.

Anonymous said...

perlu ke petik nama aku?!!

cilaka.

patut la dalam kelas tadi ko pandang aku angkat2 kening! bangsatttt~~

wahahaha~

tidur dalam kelas adalah nikmat. lu apatau??

wahahaha~

Darkkadabra said...

amoi, nice. Hahaha :D

aizu,
peme-tiru :))

macha,
angkat kening, trademark baru aku la. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails