Pages

Yoshito Usui: Bapa Anime Manga Crayon Shin Chan

Siapa Yoshito Usui ini? Yoshito Usui ini merupakan pencipta komik Crayon Shin Chan. Alah. Yang korang duk gelak-gelak tengok cerita ini pukul 7 petang Setiap Sabtu. Yang pasal si budak berumur 5 tahun yang amat nakal dan berfikiran sangat "Naive" .



Buleh dikatakan aku memang membesar dengan Komik ni. Aku baca sejak umur aku darjah 1 lagi, masa umur 7 tahun. Separuh daya fikiran aku dipengaruhi oleh komik ini. Walaupun, komik ini buleh diklasifikasikan sebagai bodoh oleh sesetengah orang, namun aku menganggap komik ini sesuatu yang berkualiti. Lawak simple dan tak berulang, tapi bermesej.


Yoshito Usui sering memparodikan movie-movie yang terkini untuk dijadikan cerita dalam Komik Shin Chan. Dan ianya merupakan jenis genre lawak yang aku suka. Lawak parodi.

Tapi apa-apa pun, Yoshito Usui sudah pun tiada di dalam dunia ini. Dia telah meninggalkan kita semua.

Dia telah dilaporkan hilang dari tempat tinggalnya, Kasukabe pada 12 September 2009 selepas gagal untuk pulang dari aktiviti pendakian. Mayatnya telah dijumpai jatuh di dalam gaung berdekatan Gunung Arafune, Gunma. Identiti beliau telah disahkan berdasarkan rekod pergigian dan keluarganya pada 19 September 2009.

Dem. Kalau lah aku tahu berita ini awal-awal, kompem aku menangis bila beli Crayon Shin Chan Vol 49 semalam.

Serius. Aku respek Yoshito Usui pelukis Shin Chan yang berjaya buat aku gelak, walaupun dah baca cerita itu sebanyak 200 kali.

Apa-apa pun, aku tinggalkan entri ini dengan quote kata orang ternama,

'Putus Asa' itu mudah! Tapi nak 'putuskan putus asa' itu lagi mudah! - Shinosuke Nohara, Crayon Shinchan Vol 49.


8 comments:

Amoi said...

mmg gler katun neh dari skolah rendah. mmg dh lama kan katun neh. and sempat tak pelukis tu buat hasilkan episode terakhir crayon sin chan tu? ke kes mcm pelukis doraemon. tak sempat nak buat ending T_T

Darkkadabra said...

amoi,

doraemon ade 3,4 ending. Buleh rujuk wikipedia. :)

Amoi said...

tapi tu ending tak rasmi.haha. sebab mmg pelukis doraemon tak sempat nak siapkan ending dia. then owg2 dia mula buat andaian.

Jay Harun said...

RIP Yoshito...uhuhuuuu...nmpknye terpaksa la cari lagi shin chan dari volume satu plak......

Darkkadabra said...

amoi,

diorang tak buat andaian la. Memang ada wujud pun anime dan komik dia pasal ending tu.

penagih ayam.
haha. saya pun nak cari semua. Dari 1-49. Walaupun dah ada, tapi ini kolletor item ma. Hehe.

Perempuan Berketinggian 151cm said...

shin chan memang bagus.
tambah dengan reaksi muka and suara dia yang selamba.
memang boleh buat gelak sampai senak.

Hajime said...

aku tak suke shin chan...
lawak bodo...
lawak lucah...
tidak intelek...
n doraemon mmg ade ending...
penulis die pun bukan sorang je...
(apasal aku emo ni)

Anonymous said...

nice one, i just brought a lot of another emo backgrounds in my blog
http://www.emo-backgrounds.info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails