Pages

Bergaduh dengan Belog

Bulan Ramadhan ini, aku kurang menulis sebab rasa terlampau banyak untuk dilakukan dalam masa ini. Seperti Contoh; Membuat status di fesbuk, bermain game berkebun di fesbuk, balas komen gambar di fesbuk, Men'ignore' Bestfrend, BFF, Fan apa jadah request di fesbuk dan lain-lain di fesbuk.

Fakta:

Oh, Ini dia tokey Fesbuk. Mark Zuckerberg, umur 25 tahun, billionaire, muke selenge, CEO, dan pakai sweater dan selipar je pergi kerja. Aku gelar dia, jutawan kemalangan. Sebab pada asal dia nak buat site sosial networking yang diberi nama, "Thefacebook" untuk budak-budak Harvard je. Lepas tu, tah macam mana kolej lain pun buleh nak terlibat sekali. Lepas tu merebak satu Amerika, lepas tu jadi fenomena "Ko ada fesbuk dok?" di seluruh dunia.

Aku paling tertarik dengan idea macam mana dia nak buat fesbuk ini. Punca nya, dia kena tinggal awek. Lepas tu dia kecewa, marah membara. Bengang nak mampus. Jadi, dia pun hack la satu website ini yang digelar Facemash. Website dalaman Hazvard yang membandingkan gambar yang mana hot yang mana tak hot. Dia hack-hack, sampai la dia hack data-data private admin Harvard. Dan akhirnya nya kantoi. Tapi tak kena tindakan. Dari situ lah dia start develop idea-idea dia. Sampai la jadi kegilaan ramai.

Tambahan: Dia kena saman pasal dia ubahsuai website ConnectU (dulu HarvardConnection), modified sini sikit, sana sikit untuk buat facebook. Ciplak idea, Curi coding programming, kononnya dia dituduh. Tapi ada cakap-cakap kawan dia tikam dia dari belakang (Pepatah, Bukan tikam betul-betul). Kira dia dah kaya,baru la ada orang nak claim macam-macam. Entah la. Aku pun tak tahu, sekadar dengar khabar angin. Tapi bende ni dah setel, 65 Juta diberi secara stock saham,kebanyakan 20 Juta diberi tunai. - Terima kasih kepada Sham yang ingatkan pasal ini.

Tambahan Lagi: dengan cerita, dia nak buat movie pasal Mark ini, macam mana dia starting buat facebook. Casting utama dia, O'shia. Alah yang berlaku cerita transformer tu. Muka diorang pun lebih kurang sama kan?

14 comments:

Sham Hardy said...

ko tak citer pulak yang dia mintak budak ConnectU dlu buatkan sistem utk Mark, and then dia ubah-ubah sistem tu sampai berbentuk kepada Facebook arinih..

http://en.wikipedia.org/wiki/Criticism_of_Facebook#Connectu.com_lawsuit

Darkk said...

owh, tak cerita. Tapi baca jugak. At last diorang dapat duit gak. 65 juta usd.

Sham Hardy said...

ur welcome.. ;)

Si Aizuddin said...

aku baru create account facebook. tp akibat nya aku blur tatau nak wat ape lagi. ceh

Darkk said...

Aizu,
Pelan-pelan kayuh. Mula-mula blur jugak. Sebab lain dari sistem apa yang ada.

kaxx said...

facebook? mende tue?
penting ker berkebun?

Darkk said...

Buleh mengeratkan silaturahim. Tak de la tak kenal sedara, lupe member. Still in touch bak kate orang.

Lu tok sah hipokrit.

jejaktrend said...

Mark tu memang hebat !! Dia kata dia berhenti sekolah kerana sibuk buat facebook ?! Wah !! respect dgn dia la .. dia kata lagi dia pernah reject urus niaga dgn org yg ingin membeli facebook dgn harta berbilion-bilion !! fuyohhh ..

macha_sezs said...

.....dan dia juga yahudi yang aktif.

Darkk said...

Dan dia juga yahudi yang aktif.

Macha: Sumber yang boleh dipercayai tapi tetap pemain Mafia Wars Facebook Tegar.

[a.m.o.i] ™ said...

i wish i can work at his office one day. wuakakakaka~ *mimpi*

macha_sezs said...

Macha: Sumber yang boleh dipercayai tapi tetap pemain Mafia Wars Facebook Tegar.

bukan apa..kita kena kaji macamana nak jatuhkan mereka......dengan bermain mafia wars.
.
.
.
.
.
.


kaw2 hipokrit aku.

Hidemichi said...

yeke nak buat filem? shia Lebeouf pulak tuh! mesti best!

Dewajiwa said...

citer pasal true story kejayaan budak genius memang best. kalau ada movie mcm nie, memang tak lepas peluang tengok. Taken Down, movie pasal Kevin Mitnick tu contoh movie yang mengujakan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails