Pages

Recap Hidup Saya Minggu Lepas

Saya pun tak tahu, kenapa saya suka sangat ubah tagline belog ini. Kejap jadi, "Hidup Ini Randum", Kejap, "Hidup Itu Randum". Nanti jadi, "Hidup Ini Randum" balik. Esok ubah lagi. Pah ceroh berubah.

Raya saya, biasa dan meriah. Penat juga beraya ni. Raya pertama, beraya. Raya kedua, kena paksa raya. Raya ketiga, saya terlupa nak pergi rumah terbuka raya kawan saya atas alasan terlampau sibuk kena beraya. Raya keempat, beraya di atas jalan raya. Raya ke lima, beraya di sekitar Kuantan. Raya ke enam, beraya di dalam bas sambil baca buku Dik Cerdas (Vol 49.. Yo!). Raya ketujuh, baru lah saya berenti beraya. Dan duit raya saya sudah habis berjoli makan.

Oh, terima kasih kepada yang telah mengucapkan saya selamat hari jadi kepada saya tempoh hari. Kira bagus juga la ada yang ingat. Saya haritu, nyaris lupa harijadi sendiri. Kadang-kadang saya terkonpius dengan hari jadi orang lain. Nasib baik tak terhantar mesej selamat hari jadi kat orang tu. Macam bodoh juga kalau terhantar ya? Mesti dia forward balik mesej tu kat saya balik.

Lagi, saya dah ubah layout belog ini. Terima kasih atas teguran Macha yang kata layout saya dulu lambat nak loading. Padahal internet dia yang lembab macam kura-kura. Ada mitos urban berkata, Internet Lembab sebab Tuan guna tu lembab. Itu Mitos kata, bukan saya ya?

Apa-apa pun, anda bergembiralah di belog berwajah baru saya ni. Main elok-elok. Jangan bawa perempuan masuk dalam bilik bujang pulak. Nanti kena tangkap khalwat.

Saya baru tengok cerita ini; Kamen Rider W. Nak Bertukar kena ada Pendrive. Jenama Kingston punya tak buat boleh ya?

8 comments:

Amoi said...

aku ok je bukak layout lama ko tu. laju lagi tu.hehe. byk sgt la tu temporary files org tu sampai jadi lembab.haha. xD

btw, tak de habuan ke wish besday ko? hua3

Darkkadabra said...

amoi, takdak. hehe.

macha_sezs said...

perh.kutuk aku lagi.

aku malas nak komen blog ko amoi.kang ko nangis.

Kaspersky aku siap bagi warning setiap kali bukak page ko. apekes??

Darkkadabra said...

macha,
mana ade kutuk. Hehe.

Amoi said...

tu bukan virus la. tu mesti virus HTML kan? sila bagi tahu line html yang mana bervirus tu.

rayneholde said...

eh mana pi entri yang lama2 ? tak sempat eden nak recap memana yg terlepas

Darkkadabra said...

amoi, aku pun kena virus tu. tapi aku buat tak tahu je la. antivirus dah block.

rayne,
owh. sori. hari tu upgrade sekejap. hilang.

tapi dah ada balik. buleh la recap :)

Aizuddin Jaafar said...

kepada macha. diminta byk2 bersabar. jikalau berlaku lagi kelembapan nk buka page ni bole sepak terus pc anda.

pendrive aku tak leh guna nk henshin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails