Pages

Masuk Pertandingan Bowling

Dalam beberapa bulan yang lepas, aku dan rakan sekelas, dan juga rakan serumah seramai 4 orang telah menyertai pertandingan bowling di bawah anjuran pihak Jawatankuasa Kediaman Luar Universiti. Aku turut serta pun sebab diajak beria-ia oleh rakan serumah dengan alasan, kalau aku tak masuk, dia nak tidur luar. Aku tak buleh tengok orang tidur luar ini, kesian. Hati sensitip.

Aku bukan la terer sangat main bowling. Cukup la sekadar 80-120 pin jatuh satu game. Lagi pun, budak tu ada hutang RM5 dengan aku. Dia nak bayarkan wang penyertaaan, la kononnya.

Lalu, aku pun bermain. Baling-baling, baling-baling. Akhirnya, dapat la jugak tempat ke 5 keseluruhan dari 16 kot tempat. Kurang pasti. Dan memperolehi hamper yang paling kecil yang disediakan penganjur.

Tapi,

Sampai sekarang hamper tu tak terbukak-bukak, duduk aja kat tepi dinding kat ruang tamu. Macam tak terusik langsung. Diabaikan oleh kami. Sepi je dia duduk kat sana. Lalu aku menggelarkannya;

"Hamper yang kesepian"

6 comments:

macha_sezs said...

hantar ke rumah saya.

Si Aizuddin said...

hamper yang kesepian mampu membunuh dirinya sendiri.

baik pergi minta maaf

Darkk said...

macha,
esok saya hantar.

aizu,
hamper itu tabah dengan tindakan kami. jadi biar kan saje.

paiseh said...

apa lagi.. smuggle laa wat raya~

hajime said...

aku tak pernah kalah pung main bowling ni...

@tune® said...

sian hamper..dah hampeh da

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails