Pages

Tips Kehidupan

Halakan lensa kamera dari atas dan ke depan anda.

Tundukkan kepala.

Jeling mata ke atas, ke arah lensa kamera.

Dan jangan lupa senyum.

Kemudian, tekan shutter kamera.

*Blink*

Hidup anda akan berubah.

Yang mana terduduk, akan berdiri. Yang mana tengah main game, akan cepat-cepat save. Yang mana berfesbuk, akan signout. Yang mana masih tak tahu apa-apa, akan tahu apa-apa.

Masyarakat akan mula menerima anda yang selama ini tidak disedari ramai. Anda akan menjadi popular, bahagia. Kegilaan ramai. Dan ramai akan bercakap pasal anda. Ya. Masyarakat akan bercakap pasal anda. AN-DA.

Seronok kan?

Oh, ya. Tips ini sesuai digunapakai untuk semua. Lelaki, Perempuan, Kambing, Lembu, Website Kerajaan, Kuda-Kuda, Estet-Estet, Ladang Jagung dan semua lah.

SE-MU-A.

10 comments:

Anonymous said...

siapa anda? kenapa semua?

ini semua perlu kita kupas..

Aizuddin Jaafar said...

Saya akan cuba buat eksperimen.
Betulkah tips ini sesuai digunapakai se-mu-a?
Kalau lelaki yang kurang hensem macammana?

cik husna said...

ok..nnt sy cube praktikkn tips ni =)

Unknown said...

mate jeling ke atas dan senyum...
tak semacam ker kalo lelaki buat mcm tu...
hahahaha...

apa2 pun...
blog ko bagus..
aku follow!

Darkkadabra said...

macha,
yah. kupas seperti bawang. kupas lah baik-baik supaya tidak rugi dan dikejar oleh mak kerana merugikan bawang dia.

aizu,
sudah ku katakan. hidup anda akan BERUBAH. orang akan berkata-kata tentang anda. Lelaki hensem tak hemsem, semua buleh buat.

Husna,
Sila :)

Rise Lee,
Tak. Tak Semacam. :D Time Kasih kerana sudi follow. :D

kaxx said...

aku nak cuba pakai pada kuda-kuda. tapi kena beli kuda yang banyak dahulu. susah gila.

Darkkadabra said...

kaxx, kan ko dah jadi jutawan nuffnang. tak salah pun nak beli kuda banyak-banyak. Hehe.

Ken Wooi said...

photography tips? =)

kenwooi.com

Darkkadabra said...

Kenwooi,

Yah, untuk hidup. :)

hanie said...

ade side effect??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails