Pages

Pengakuan Bekas Pemain Tegar Farmville

Saya merupakan bekas pemain tegar Farmville. Ya. Saya mengaku dulu saya tegar. Sekarang, saya hanya pemain kasual. Pemain buka sekali sehari.

Dulu, saya amat tegar, hinggakan waktu tidur saya tak cukup. Cuba anda bayangkan, jika anda tanam tanaman yang boleh dituai dalam masa 4 jam. Dan tanaman itu ditanam, 6 kali sehari. Berapa lama anda boleh tidur? Kalau lambat tuai, habis mati lah tanaman tersebut.

Ya, agak terseksa. Tapi kerana kesungguhan punya pasal. Saya turut kan juga. Kalau lah saya salurkan kesungguhan saya dalam akademik, dah lama saya dapat 4flat tiap-tiap sem. Tapi malangnya, Farmville dan Akademik. Dua perkara berbeza.

Saya berjaya membeli tapak 20x20 dan unlock semua gift (yang ada pada masa itu) pada hari ke 4 saya mula bermain farmville. Dan dalam dua minggu, saya berjaya mencecah level 30. Satu pencapaian yang memberansangkan pada ketika itu.

Sudah berjuta klik saya habiskan untuk bermain Farmville. Sunguh saya tak faham kenapa saya ketagih dengan Farmville. Tapi itu semua perkara lepas. Sekarang, saya jenguk ladang saya sekali sekali.

Kini, saya telah mempunyai ladang sebesar 22x22 petak, 483 tapak semaian, 10 ekor kucing, banyak kambing, banyak arnab, banyak pokok dan satu papan tanda Pea Mastery. Setiap kali saya akan bermain atau menanam, saya akan tanam, kacang Peas yang perlu dituai dalam 1 hari yang mempunyai 3 exp. Jadi, 3exp X 483 tapak semaian, saya akan dapat kira-kira 1449 exp per hari. Jika ditambah dengan point exp dari Plowing, saya akan dapat, 1449 + 483 = 1932 exp per hari. Belum ditambah, dengan poin experience premium peas jika saya tuai, satu premium peas, saya akan dapat 2 exp. Jadi, boleh dikatakan saya akan dapat 2000++ exp per hari.

Mari bercakap mengenai keuntungan pula. Satu benih kacang Peas berharga 190 gold. Upah plowing satu petak, 15 gold dan Harga tuai/jual satu kacang peas, 381 gold. Keuntungan bersih yang saya dapat untuk kacang peas ni adalah,

Harga tuai/jual kacang peas - harga benih kacang peas - upah plowing = Untung bersih.

381-190-15 = 76 gold

Dan didarabkan dengan jumlah petak semaian, 483 petak.

Saya akan dapat 36, 708 gold untuk satu hari. Ya. 36, 708 gold sehari!

Jadi, anda berminat untuk dapat kan nilai-nilai yang tertera diatas? Apa lagi, sertai saya. Cari bawah orang untuk jadikan downline. 2 orang saja diperlukan. Bayaran mula, RM22.22.

Oh ya. Saya sekarang, level 35. Dua hari lagi, Level 36.

P/s: Jangan main Mousehunt. Nanti anda masuk dalam golongan orang-orang yang kewl. Macam saya, Kaxx dan Macha.

12 comments:

macha_sezs said...

macam ni rupanya seorang penagih Famvil.

kaxx said...

itulah. tak kewl lah main farmville. kanak-kanak dan perempuan saja yang tertarik. cuba jadi pemburu tikus lagenda macam aku.

weh. ingat. kumpul 150k weh. esok map aku dah siap.

Unknown said...

Nasib baik ladang saya terabai.

tapi peladang macam kamu ni kelihatan sgt bagus dalam maths. tahniah diucapkan.

saya click KFC kamu untuk dijana lebih pendapatan.

Unknown said...

aku xmen game tue...aku xreti bro..huhuhuh

Dewajiwa said...

ladang gua selalu dilanggar garuda.
habis rosak jahanam. terus abaikan ladang. keh keh keh.

hanie said...

bekas pemain tegar farmville jgk..
lama2 bosan XD

Darkkadabra said...

Macha,
itu lah. Macam tu.

Kaxx,
Aku tak cukup duit lagi. Nanti dah cukup aku beri

YobSumo,
Ah, terima kasih atas kelikan anda. Sumur ladang.

~0~,
Tak reti, buleh belajar. :)

Dewajiwa,
Gua pernah. Merasa jugak kerugian 76,534 gold. Tapi gua tak putus asa.

Hanie,
Eceh. Yeke? Dengar cerita tegar lagi :P

@tune® said...

oo...anda mmg gilos

Darkkadabra said...

Haaha. Itu dulu. Sekarang dah kembali ke pangkal jalan :)

Sham Hardy said...

hahaha.. siot! siap offer service naikkan level, pretty interesting! mcm yg dibuat dlm WoW la pulak.. man.. aku rasa aku blom add ko lg dlm farmville aku, kang aku send ayte..

anyway, tanam je peas sekali sehari, 3XP tuh.. ;)

Aizuddin Jaafar said...

Gua petani kecilkecilan je

chanz said...

Dasat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails