Pages

Bola Sepak

Saya tak berapa pasti, sama ada saya menonton perlawanan bola sepak atau tidak. Yang pastinya, ada dua tiang gol. 22 orang pemain. Penyokong Penuh. Macam biasa-biasa saya tengok dekat Astro. Tapi kali ini saya menonton di saluran Infotermaint anda. TV1.

Di kaca tivi memaparkan, bola melantun-melantun. Kemudian disepak dan gol. Aksi golek-golek di padang. Kemudian, tukang bawak apa tah, skeechter rasanya (Saya juga tak pasti apa ejaan dia) masuk padang, interframe. Langgar melanggar, peteh memeteh, bola entah ke mana, kaki entah ke mana. Bunyi mercun, pang-pung-pang-pung-pang. Baling botol. Bakar kerusi untuk BBQ. Golek-golek lagi. Main hujan dan sebagainya.

Dalam otak saya, terfikir. Ini ke permainan bola sepak? Saya tengok tak sama macam orang putih dekat eropah main pun. Lalu saya berfikir untuk menyedapkan hati, "Ni rasanya, permainan bola sepak sukaneka. Tak perlu serius sangat. Dalam permainan bola sepak sukaneka ni, misti ada bunga api, mercun, bakar-bakar kerusi, baling botol, kalo sakit ada orang ambik kan."

Kemudian tak sampai habis masa, saya dah rasa menyampah. Saya tutup tivi. Buat apa-apa yang patut sementara tunggu permainan bola sepak yang betul-betul punya. Wolves Lawan Arsenal yang saya jangkakan Arsenal bakal menang 15 gol berbalas kosong, tapi hakikatnya, Arsenal memang suka memberi gol saguhati kepada lawan dan bermurah hati untuk buat 4 jaringan sahaja.

Jadi konklusinya, Bola Sepak Malaysia adalah Bola Sepak Sukaneka. Masuk Piala Dunia? Peh. Jangan harap la. Bukan pandang rendah. Tapi kalau begini la cara dia. AFC pun belum tentu boleh menang. Piala Dunia? Takpe lah.

[Maaf. Tulisan agak caca marba. Ditulis pada waktu 4.23AM waktu tempatan. Of kos, masa ni tengah mengatuk dan mamai]

6 comments:

Anonymous said...

kadang2 terasa bodohnya orang malaysia. semata mata kerana Bola Sepak yang tak berkualiti mereka sanggup jadi begitu.

Entah apa apa.

singkong panggang said...

mungkin mereka merasa nikmat bermain.

dan anda tak merasa nikmat menonton.

hohoho..;D

RedNema (-_-") said...

mungkin mereka y berada di eropah kagum dengan kegembiraan temasya bermain bola sepak di Malaysia seperti sukaneka atau dalam bahasa eropah 'sukan aneka'.Mereka kagum.

mungkin di tempat mereka,mereka dipaksa untuk tidak melawan pengadil dan FRU dan menangis apabila melihat pemain Malaysia sangat bekeng terhadap pengadil dan penyokong sungguh berbesar hati menganjing FRU.Mereka kagum.

mungkin mereka dengki tatkala melihat keakraban pemain Malaysia saling bergurau kasar sesama sendiri.Mereka kagum.

dan mungkin di tempat mereka tiada mercun bola, mercun ketupat dan sebagainya untuk memeriahkan temasya bola sepak di tempat mereka.Mereka kagum.

tapi semua itu hanya mungkin..kuang kuang kuang (pesal bunyi cmni?)

Darkkadabra said...

Macha,
Lek. Itu semua hooligans je. Bukan nak tengok bola sangat. Nak masuk tivi je lebih.

Mint,
Bola sepak. Cuba sekadar menonton dah terasa nikmatnya, kalo permainan cantik.

Dude,
Mungkin dude. Mungkin. Doh bakpe bunyi gitu? Kuang..?

Unknown said...

tulisan separa sedar ker ni...

Aizuddin Jaafar said...

Aku peminat bola sepak bro. Tapi kalau setakat malaysia punya ni. Mungkin lambat lagi gua nak layan. Baik gua pergi berkebun kat fb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails