Pages

Sekadar Berkongsi

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.

Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

"Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni" pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

"Nak buang air besar? Hishh, perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

"Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu.

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah Pak Cik" rayu murid itu terus.

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu"

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi.

"Eh, awak berak ke? Busuknya!!"

"Hisshhh, Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja, saya tak bau apa-apa pun"

9 comments:

yarn said...

perasaan aq je baca post ni td...

♥chubbycekelat ♥ said...

huh
cian driver kne paku buah kras!
agagagaga XD

hajime said...

aku dah bace ke pos ni ek?
oh!
perasaan aku je ni...

@tune® said...

perasaan besar perasan bau

Darkk said...

@semua di atas
aku dah ade komen ke ni? Perasaan aku je kot

izzy said...

best!pdn muke pakcik! *teringat satu kesah quite similar to this, a real one*

kikiEy said...

buang air dan bau busuk itu satu perasaan je.haha

Darkk said...

@izzyzatt
auuw..kisah benar? adakah anda pelajar itu..hihi

@kikiey
owh..buang angin pun satu perasaan la?

John Doe said...

gua memang ada perasaan nak sepak drebar hok jenis mcm tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails