Pages

Kalifornia Temaki

Kami duduk berdua di hujung kaunter. Berhadapan dengan rel makanan bergerak. Aku menghadap rel makanan dan dia menghadap rel makanan juga. Yang beza, dia duduk di sudut dan aku duduk di tengah memberikan peluang untuk pelanggan yang lain duduk di sebelah aku.

Hey. Cuba satu. kata aku sambil mengambil Inari. Sedap. sambung aku.

Dia ambil satu, selepas membersihkan chopstik kayu (dia pernah tersasul chopstik dengan spegathi) dengan menggosokkan kedua-dua chopstik antara satu sama lain.

Hmmm.. kunyah dia. Hmm.. Ini Inari? tanya dia.

Ha'ah. aku jawab. Inari merupakan nama jenis sushi yang diatasnya diletakkan kulit tauhu goreng. Sushi ini menjadi pembuka selera apabila aku sampai di kedai makanan itu. Selalunya.


Suasana di sana, hingar bingar memandangkan pada waktu itu merupakan waktu kemuncak kebanyakan orang makan malam. Tempat duduk makin berkurangan dan apabila keluar pelanggan tempat kosong cepat-cepat dipenuhi orang lain.

Cuba California Temaki pula, cadang aku. Dia angguk. Sambil mengunyah, dia pandang ke atas. menikmati setiap kunyahan. Mukanya merah dan pipi gebunya turun naik, turun naik mengunyah.

Aku kemudiannya memberitahu kepada pelayan yang kebetulan lalu di belakang. Dua California temaki dan satu Yakiniku Udon. Dia catat. Kemudian meletakkan kertas karbon itu di atas meja ku.

Sepanjang itu, kami tidak berkata-kata. Aku sibuk memerhatikan suasana dan dia leka mengunyah.

Di satu meja, kelihatan seorang ayah sedang sibuk mengawal anak-anaknya yang selepas makan, menyusun piring-piring biru hingga lebih tinggi dari ketinggian ayahnya yang sedang duduk. Tak puas dengan itu, anak itu mengambil penutup makanan. menyusun penutup makanan itu pula.


10 minit selepas itu. Anak-anak dan bapanya keluar dari situ (kedai makan) dan meja lekas-leas dipenuhi dengan pelanggan lain.

Ketika itu, California Temaki masih belum sampai. Begitu juga dengan Udon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails