Pages

Apakah Ini Saya Tidak #01

"hai awak, ni saya datang lawat blog awak. comellah, saya suka baca. btw jangan lupa liwat saya balik, ok ?"

Apakah Ini Saya Tidak...


September 2012

Banyak banyak bulan. Bulan September adalah bulan paling saya tunggu

Bulan yang ramai kawan-kawan saya ada harijadi dan bulan harijadi saya juga.

Cuma bulan September kali ini ada pro dan cons.

Suka dan Duka lah kiranya.

Kali ini banyak jumpa semula (reunite) dengan awak-awak yang curi hati saya. Maksudnya, gadis-gadis yang pernah curi hati saya. Jumpa Mem Besar, Jumpa F, Jumpa Awak yang swit macam jagung.

Bukan bermaksud nak cuba hati-hati mereka semula. Cuma nak jumpa. Tanya khabar. Seronok bila saya tahu orang yang pernah curi hati saya ini bahagia dalam hidup mereka sekarang.  Hey, mungkin kalu saya ada dalam hidup mereka mungkin tak bahagia. Siapa tahu. 

At least tahu mereka hepi, saya pun sudah ok. Sudah cukup bagus untuk saya move along dengan kehidupan. 

Orang kata, jangan menyesal apa yang kita dah buat, tapi menyesal dengan apa yang kita tak buat.

Jumpa mereka at least juga, terubat sedikit luka September saya.


Pop!

Malam ini, tutup mata cepat cepat. Pagi, buka mata cepat cepat.

Harap esok hati bunga bunga. Atau sebaliknya.

Pop!

Luka September

" We both love each other. And yet, you already make your decision. Wise decision. Therefore I hope you won't regret this.  I only can pray for your happiness and  as long as you happy, I'm happy. If you still need me,  i m here. With my arm wide open for you."

"Sayang awak" sambung aku lagi. Mata pandang ke atas, air mata bergenang. Tangan mengeletar di belakang. Dan perasaan?

Rasa nak terbalikkan Kuala Lumpur.

Saya terjumpa lagi September yang melukakan.


Azam 2013

Belum masuk bulan 10, dia sudah fikir macam-macam. Dia sudah azam macam-macam.

Tanda azam 2012 nya sudah hancur lebur.

Haih! Dia mengeluh. Haih!

Katanya dia mahu duduk di dalam gombolan asap roket yang baru berlepas.  Untuk ubat resdung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails