Pages

Hari Ini Hari Raya Korban

Haha. Aku tahu. Ramai umat Islam duk sebuk meraikan hari raya ini. Seperti juga aku, aku ingin beraya tetapi apakah daya. Aku kene berkerja. Maklum lah UK mana ada cuti umum untuk Raya-Raya ini.

Aku rindukan Kampung Halaman. Suasana meriah. Ayam bertempiaran lari. Lembu ditumbangkan. Kalau sekarang mesti aku tengah sibuk melahap lembu bersama-sama adik-beradik dan sepupuku. Ah, rindunya aku ketika itu.

Jadi, untuk menghilangkan rindu aku. Aku akan menulis sajak. Ehm-Ehm. Err.. kansel. Aku tak pandai tulis sajak. Kalau nak baca sajak, pegi baca kat blog Macha. Dia pandai buat sajak. Kagum aku dengan beliau. Bersajak. Berpuisi. Semua dia boleh buat. Aku rasa kalau dia menulis lagu, mesti lagu dia meletup macam lagu Dafi.

Ah, cerita pasal semalam pun tak habis lagi. Buleh saya sambung? Buleh. Terima Kasih Mak Enchek. Selepas saya keluar dari panggung. Saya kembali berdiri di tempat kejadian membeli tiket. Bukan untuk membeli tiket. Tetapi untuk menonton trailer-trailer yang saya tak dapat tengok dalam wayang tadi.

Sedang asyik saya menonton trailer, tiba-tiba. Saya terkejut. Apakah itu semua? Frank Miller..Frank Miller penulis - pengarah. Movie dia..Movie dia nak keluar..Bagi kepada sesiapa yang tak tahu siapa itu Frank Miller. Dialah pencipta untuk cerita Sin City dan 300. Apa best ke beliau tulis? Ya, sangat baik. Saya suka nukilan beliau. Terutama Sin City. Auuww.. sangat tragis.

Roh Punya Poster

Apa nama tajuk filem terbaru ini? The Spirit. Efek die pun macam Sin City. Tapi lagi banyak kaler. Tak sabar saya nak tengok cerita tu nanti. Yang pasti Frank Miller tak pernah kecewakan saya. Kalau kamu orang nak tengok trailer die. Kamu orang tekan dekat sini. Saya malas nak embed kan kat sini pasal tengok kat sana, lagi besar screen die.

Saya tengok lagi screen tu. Agak lama juga. Tiba-tiba saya rasa nak menjerit tengok muka Adam Sandler..Adam Sandler..Saya suka Adam Sandler. Dia Lawak Yang Amat Gampang. Cite yang bakal tayang bertajuk Bedtime Stories keluaran Disney.

Ah, Disney biasanya buat untuk budak kecik. Diorang kena saman pasal mempengaruhi budak-budak supaya membeli barangan diorang. Bodoh tul tukang saman. Tak pa. Disney pun disney lah. Saya tetap nak tengok. Cite Finding Nemo saya tengok pun saya nangis.

Saya layan lagi HDTV kat MBO itu. Tiba-tiba saya ternampak Neo dari Matrix tengah lari-lari. Kenapa ada dia lagi? Matrix baru ke? Matrix Relative? Matrix Reproduction? Matrix Return? Owh. Rupanya bukan. Movie baru neh. Sebab saya tengok stadium tengah pecah. Dalam matrix mane ada kuasa hebat cam ni. Day The Earth Stood Still. Best jugak ni. Masuk dalam List.

Last sekali, cite katun. By Dreamworks. Wah. Best nie. Monster VS Alien ke Alien VS Monster. Tak ingat dah yang mane satu dulu. Yang penting Nie mesti mahu tengok. Saya nak tengok jugak. Madagascara 2 saya tengok lawak. Yang ni mesti lawak jugak. Harap saya.

Gambar Poster Cam Cetak Rompak

Haha. Itu je kot coming soon saya. Harap-Harap Trailer tak tipu saya la. Cam Trailer Hellboy 2: The Golden Army. Trailer gempak gila. Sekali tengok saya buleh tertido berdengkur. Amat bosan. Ending Mesti Hepi. Tapi Kupasan cerita sangat biasa. Lalala.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails