Pages

Penjaga Keamanan Dunia

Ah, Tak dak Kaler Hijau. Aku suka yang tuh.

Maskman, kalo nak bertukar mesti ada corak tangan

Sanggup Ponteng Sekolah Semata-mata nak tengoh Flashman

Apa yang berlaku sekiranya anda adalah seorang penjaga keamanan dunia seperti Power Rangers, Flashman, Maskman, Go Go Engine Sentai dan lain-lain. Mesti dunia akan aman bukan? Mesti. Nama pun penjaga keamanan dunia. Jadi, mesti lah menjaga keamanan dunia. Takkan lah menjaga keamanan Bush? Itu penjaga keamanan Bush. Haram. Tapi dia hebat mengelak balingan kasut. Aku mengelarkan elakkan itu, "Elakkan Maut Tanpa Bayang Peringkat Balingan Kasut".

Ah, berbalik kepada penjaga keamanan dunia. Tugas mereka amat berat. Mereka tiap-tiap minggu terpaksa berlawan dengan anasir-anasir luar yang cuba mengugat keamanan dunia. Dalam satu hari juga mereka terpaksa berlawan 2 kali dengan raksasa yang sama. Tak cukup dengan saiz normal, Saiz XXL pun harus ditentang demi kesejahteraan kita bersama.

Mereka pasti penat dengan kerja-kerja seperti begitu. Kita pun tidak lari dengan kepenatan selepas bekerja. Nak-nak lepas makan tengah hari. Pasti lebih syok kalau dapat tidur. Makan Tengah + Tidur = Nikmat Tak Terkata. Adakah Power Ranger a.k.a penjaga keamanan dunia juga seperti kita? Ya, mereka juga manusia. Manusia tetap sama dengan manusia.

Akan Tetapi, Nasihat kepada Power Rangers. "Tukor lu Baju Biasa gok dulu. Buruk beno tidor paka baju keje."

"APAKAH ??!!" ; Hajime mungkin berkata begitu

*Ketika mengadakan perbincangan dan musyawarah bersama Encik Hajime, beliau telah mengeluarkan pendapat tentang gambar di atas. Dada tidak bergerak. Baju bersih. Itu menunjukkan Power Ranger di atas sudah pun meninggal dunia selepas berlawan dengan rakasasa dobi.

*Ini bermakna satu jawatan kosong perlu diisi. Kepada siapa yang berminat untuk menjadi Power Ranger kaler Biru, sila faxkan resume' anda ke nombor yang tertera dibawah ataupun anda boleh emel kepada "hrdeparment [dot] powerrangers [dot] org. Sekian, harap maklum.

11 comments:

Sasha Sharifuddin said...

Captain Planet camne plak?

eyemeroll said...

darkk..ko tertinggal kamen rider..hehe

kalau jd pengaman dunia ok lg..
sbb kalau lemah cmne pun..sure menang kat akhir2 crite..

kalau jd raksasa lak cmne?..
gagah cmne pun..ttp kalah..
kesian kat dieorang..
sape nk jaga anak bini?? XD

hajime said...

dem...
aku nak komen ape ni...
ko dah tulih awal2 komen aku...
isk...
sbnarnye...
di bukan tido...
dah mati tu...
kene tembak ngan resakse...

Darkk said...

@sasha
captain planet, kalo xde org panggil. memang die tak datang nya.

@meroll
ah, kamen rider tak same ngn penjaga keamanan. die pun gaduh same sendiri.

ah, betul gak. raksasa cmne?nanti kan entri yang akan datang.

@hajime
saya cakap mungkin. anda buleh tulis lagi. tapi nk cakap die mati. tak gak. baju die bersih lagi. tak sempat lawan raksase

hajime said...

tp ko ngk...
dada die x bergerak kan?
tak bernafas a tu...
die lawan resakse dobi...
tu yg baju bersih tu...

Darkk said...

@hajime
ah, betul gak. tragis tul kematian dia. kalau nak mati sila jangan mati dalam tren.

Darab Dua said...

huduh perangai power rangers ni!

Darkk said...

@darabdua
memang huduh. lu tak nak apply jadi power rangers ke?

Hidemichi said...

Nak malu apa...pakai topeng! selamba rock ah. Tgk tu x sapa berani tegur.

Izzah Abd Malik said...

kalau nak tuka wane tu jadik ala-ala biru laut bole x?

@tune® said...

ulasan yg baik..sapai xempat die tukau baju...da abes shoot ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails