Pages

Cerpen Yang Bersambung

Pagi itu, aku datang dengan bersemangat untuk menjalani latihan industri. Terus ke pejabat penyelia untuk melaporkan diri. Tidak melencong makan pagi. Tidak melencong ke stesen minyak. Lampu trafik sentiasa hijau sahaja. Petanda baik.

Sebelum itu, aku dikejutkan oleh Rijam, housemate ku yang baru. "Weih, dah kul 7 doh. Bangun ah". "Hoo" balas aku sambil melentukkan kembali kepala ku di atas bantal. 15 minit kemudian, "Lak, bangun ar. Tok sey gi kijo ko? Kul 7 suku doh ne." Ah, aku dah lewat ni. Getus hati ku.

Tergesa-gesa, aku bangkit. Menekan butang ON PC. Duduk di hadapan komputer. Ada masa 15 minit sahaja tinggal untuk aku melayari Internet untuk sesi pagi. Tiba-tiba, aku terasa sesuatu perkara penting aku belum buat. Dem, baju belum gosok. Seluar tak kering lagi. Malas betul aku melangsungkan acara itu.

Dengan hati yang longlai, aku bertanya kepada Rijam.

"Kalau kita pakai baju tidur pegi keje, agak-agak Stylo tak? Aku tak pernah lagi tengok orang pergi keje pakai baju tidur. Kita jadi TrendSetter nak?"

"Ho tok mu, mu belebe mende lagi, lambat doh ne, derass"
"Tapi..." aku cuba menang.
"Tapi mende gok. ..deras..lambat aku tigga."

Ah, tinggal la kalau berani. Dia tak ingat yang dia bonceng motor aku. Aku diam tanda angkur dengan arahan beliau. Gesa aku mencapai baju, seluar. Gosok cincai. Mandi, Gosok Gigi, Pakai Contact Lens. Pakai baju. Seluar Kecik. Seluar Besar. Rambut tak payah sikat. Muka mesti gaya mengatuk. Agar Rijam sedar bahawa aku tak puas hati kalah debat dengan beliau.

Sampai di pejabat, kakak penyambut tetamu tiada di meja nya. Jadi kami terpaksa mengintai-intai adakah penyelia kami sudah sampai atau belum. Ah, belum sampai. Mari kita pergi makan. Ajak aku kepada Rijam tanda berdamai.

Sebelum sempat Rijam menjawap, Ting - bunyi lif . Maka keluarlah seorang pemuda yang tampan lagi segak dari lif itu.

"Ah, kamu. On time. Bagus-bagus. Nanti saya bagi 3 bintang dengan Good dalam buku kamu." Pemuda itu bersuara.

Pemuda itu merupakan penyelia kami. Bagus penyelia kami ini. Tak macam yang lain. Dia selalu tanda buku log kami dengan bagi kami bintang dan tulis good guna pen warna merah. Hati siapa tak berbunga kalau dapat camtu. Kalau aku show off dekat adek aku yang darjah 3 mesti die jeles.

Cerpen yang bersambung...

Notis:
Maaf. Entri yang lepas terpaksa saya buang di atas kontorversi yang tidak dapat dibendung. Penat saya melayan SMS, panggilan dan emel semata-mata untuk membalas khabar angin itu. - Darkk

9 comments:

hajime said...

hati leh longlai ek?
menarik2...

Darkk said...

@hajime
dalam hati siapa tahu

Izzah Abd Malik said...

haha,baik gila penyelia tu. lecturer saya sorang ada selalu cop buku bentuk tomato(ke manggis ntah) pastu tulis good work1kembang hidung:)

Darkk said...

@izzah
goodwork1kembanghidung? kagum saya dengan lect anda.

macha_sezs said...

hahaha...
sebelom ni entry ape eh?
aku lupe la..

tulisan senget anda tanda anda tipu..
haha

Darkk said...

@macha.
eh, mana ade tipu. Pernahkan saya tipu? kalo tipu pun,terpakse. antara hidup dan mati seseorang.

@tune® said...

3 bintang..nape xbg lima?

Darkk said...

@tuner

entah. saya pun tak tahu. kedekut bintang kut.

Darab Dua said...

kasi sambung weh!
paranawei kan!
haha~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails