Pages

Tag Gambar Fesbuk

Kamu ada fesbuk? Kalu ada, kamu pasti memahami fungsi tag. Fungsi tag ini digunakan meluas dalam fesbuk. Kita buleh tag orang melalui status, notes, video dan link. Tapi tag melalui gambar merupakan fungsi yang paling popular digunakan. Tag ini amat berguna untuk memberitahu siapa yang ada didalam gambar tersebut. Dengan adanya tag ini, maka senang lah seseorang itu untuk berkenalan dengan awek/pakwe baru kerana tag dapat membuat kita pergi terus ke profile awek/pakwe tersebut. Kita juga buleh tahu yang gambar kita sudah dipaparkan di fesbuk apabila orang itu mengtag gambar kita. Kebiasaannya, tag ini gunakan apabila melibat gambar berkumpulan, berdua, gambar bertiga atau pun gambar solo yang bukan melibatkan diri pengetag itu.

Tapi apa pula fungsi tag diri sendiri untuk gambar solo sendiri yang sememangnya di bawah album gambar sendiri di profile sendiri.

Saya merungkai persoalan ini.

Orang itu bakal lupa macam mana muka sendiri. Apabila dia melihat kembali album gambar profile sendiri, dia tidak cam macam mana rupanya. Dia pasti tertanya-tanya. Siapakah yang ada di dalam gambar solo yang berada dalam album gambarnya. Tapi dengan hasil tag yang dia lakukan pada masa lepas, dia pasti berkata, "Oh. Ini aku rupanya"

4 comments:

RedNema (-_-") said...

Orang lain tag kan untuk dia kot. Kot.

Darkkadabra said...

Yah. Mebi. Kita tak tahu.

- koroe - said...

kdg2 aku kne tag dan aku takde pon dalam gamba tu..haram sungguh..pastu dorang duk sembang panjang2 kat komen tu..kalo pesbuk yang versi lame dlu,penuh la noti aku ngan mde yang takde kne ngene ngan aku..

Darkkadabra said...

Kesian. Kadang-kadang aku sama jugak. Walaupun ada gambar aku, aku remove tag je. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails