Pages

Tanggung Tak Berjawab

Sakit hati.

Sangat sakit hati bila dah tawaf keliling parking lot mencari parking, nampak nun jauh di sana ada kosong. Bila dah dekat, tengok- tengok elok je terparkir sebuah troli! Menyusahkan orang lain!

Kalau dah guna nak letak balik kat tempat asal. Jauh sangat? Anggap je lah sebagai senaman terutama bagi mereka yang selalu cakap tak ada masa nak bersenam. Kononnya urban kalau lepak kat kedai kopi berlogo ikan duyung tu. Katanya hip kalau pakai telefon pintar berjenama buah-buahan ni. Tapi bila tinggal troli berpanas hujan bermandi embun urban sangat? hip sangat? Benda mudah pun tak boleh nak bertanggungjawab.

Kalaulah kedai makanan segera buat polisi baru, kena kemas meja sendiri lepas makan macam kat luar negara, mesti ramai yang take away je. Eh kata nak urban, nak hip, tak nak pulak ikut budaya macam ni? heh!

p/s: terima kasih daun betong, nanti belanja calong, ye encik darkk! :)

5 comments:

chanz said...

langgar je troli tu..kemek lak kete ko. haha. but i feel you man.

macha_sezs said...

lyla?

wow.dah maju ni.

- koroe - said...

wahh..penulis baru.haha~

Darkk said...

Yah! Aku pun nak cakap benda yang sama. Tapi selalu lupa tulis.

:)

Nice one!

KARKADEWA said...

gua pon nak cakap bende same tapi lu dah tulis pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails