Pages

Randum: Encik Yunus dan Esaimen

Encik Yunus, seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam telah menghabiskan separuh dari hayatnya mengkaji perihal komputer. Kepala hotaknya di penuhi dengan bit bit data memori, perisian perisian komputer mau pun yang lembut(soft) atau pun yang keras(hard), dan kebarangkalian akan kewujudan teknologi baru dunia komputer.

Dalam hayatnya, Encik Yunus dibelenggu soalan-soalan yang sering terlegar dibenaknya. Soalan-soalan yang sering mengganggu tidurnya. Soalan-soalan yang sering memenuhi ruang tandas diwaktu penyempurnaan proses pencernaannya. Soalan-soalan yang kerap melintas didepannya pada ketika lampu isyarat merah ditunggu bertukar ke hijau.

Untuk menjadikan pelajar-pelajarnya bangsa yang berfikir, seraya menyahut seruan Perdana Menteri Negara yang ke-empat. Beliau telah memberikan soalan-soalan itu kepada pelajar-pelajarnya sebagai esaimen.

Soalan esaimen:

1. Nyatakan cara-cara menyampaikan aroma kentut anda melalui internet supaya anda tidak lagi perlu menangkap aroma tersebut dan menekupnya ke hidung kawan anda untuk membalas perdajalan yang dilakukannya sebelum ini.

2. Dengan bantuan diagram, lakarkan formasi imej untuk penglihatan manusia dan nyatakan berapakah kadar gelombang cahaya diperlukan mata manusia untuk melihat menembusi ketebalan visibiliti pakaian.

3. Sila dikodkan koding baineri yang berikut:

010000110110010101101100011000010110101101100001001000011

6 comments:

Syafinaz Alizaini said...

wah.mencarut

Aizuddin Jaafar said...

Alamak kantoi.

Darkkadabra said...

Ehem. Mencarut.

Aizuddin Jaafar said...

Maaf Bos. Tak boleh ke? Tak randumlah begitu.

Darkkadabra said...

Kihkih. Elakkan kalu buleh. Tak marah. Randum, tapi guna akal.

Aizuddin Jaafar said...

Roger bos!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails