Pages

Siapa Yang Bertanggungjawaban.

MALAYSIA - Kegembiraan beberapa pengunjung salah satu pasaraya terkemuka di negara ini bertukar tragedi apabila peristiwa malang menimpa mereka. Pasaraya itu terkenal dengan kecanggihan sistem troli otomatiknya, mula beroperasi sekitar tahun 2010.

Tragedi bermula apabila semua troli otomatik pasaraya itu mula bertindak sendiri dan menawan seluruh pasaraya itu. Beberapa pengunjung pasaraya itu telah menjadi tebusan dan dipercayai seorang pengawal keselamatan telah mati ditembak. Pengawal keselamatan yang berkawal di sebuah kedai emas adalah mangsa pertama dalam kejadian itu.

Menurut salah seorang tebusan yang dibebaskan, kesemua troli itu bergerak sendiri dan merampas senjata senjata dari semua pengawal keselamatan di pasaraya itu.

"Perkara terakhir yang saya ingat ialah kepala saya diketuk dengan objek keras berupa sebuah alat pemadam api." - pengawal yang dibebaskan.

Menurut polis, motif kejadian berkemungkinan adalah dendam kesumat. Pihak polis juga tidak menolak unsur jenayah terancang terbabit dalam penawanan pasaraya ini. SMS ugutan juga diterima pihak polis yang menyatakan bahawa penjenayah mahukan gaji troli dinaikkan dua kali ganda dari gaji pengawal keselamatan atau salah seorang tebusan akan dibunuh dan dibakar serta abu mayatnya akan dibuang didalam sungai.

Dipercayai terdapat 20 orang tebusan lagi didalam pasaraya itu.

Di tempat lain, seorang orang kurang siuman bernama Joyah Troli mendakwa dia dapat memahami bahasa troli kerana sudah lama bekerja menolak troli untuk menyara hidupnya.

3 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Randum, randum. Hmm..

Fnd Rocka said...

Serius..18SG

RedNema (-_-") said...

hasil daripada kecanggihan troli automatik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails