Pages

Menjawab Pada Ketanggung Tak Berjawaban

Terasa letih dengan troli yang dibiar bersepah oleh ketakbertanggungjawaban manusia manusia yang kian hip dengan limpahan kurnia dari kemajuan teknologi masa kini?

dR. Rozmey tak ada jawapannya. Tapi saya ada. Dengan kemahiran ilmu robotik dan perenjinan yang ada pada manusia manusia seperti darkk dan kawan-kawan. Saya sarankan penciptaan troli automatis perlulah diadakan.

Daripada terus menerus mencipta ketidakbertanggungjawaban manusia dengan mengadakan troli yang secara automatis mampu kembali ke tempat asalnya sekiranya dibiarkan terbiar di parkir lot. Eloklah kita adakan troli yang mempunyai kelengkapan mini meriam yang mana mampu meletupkan mana mana kepala yang merasakan kepala mereka sudah cukup keras. Idea ini lebih bernas dari idea "pulangkan troli dapat lima puluh sen".

Dua tiga kucing berlari.
Mana nak sama si "kucing belang".
Kenapa kucing belang tak sama.
Kerana kucing belang makan orang.

Sekian.

Entri asal: Tanggung Tak Berjawab (Lyla.F)

2 comments:

Marrzie Anna said...

haah.. tol tu..
saya sokong!!!

Aizuddin Jaafar said...

Tol? Entri ini bercakap tentang troli. Bukan Tol. Mungkin di entri akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails