Pages

Overview Cincai: Anime Musim Luruh 2010

Berikut ialah senarai pendek anime mesti tonton musim ini [ Fall 2010 ] bagi mereka-mereka disini yang minat ataupun gemar menonton anime. Oh, dan harus di ingat yang tak semestinya selera anda sinonim dengan selera saya jadi sebelum anda tonton mana-mana siri yang tertera dalam senarai ni, sila pastikan terlebih dahulu yang antara mereka-mereka ini ada yang menepati citarasa anda; saya sudah serik dikejar kehulu kehilir dengan api dan serampang oleh mereka-mereka yang tertipu serta kecewa :3


01. Ore no Imouto ga Konna Ni Kawaii Wake ga Nai
siri komedi / slice of life yang paling menarik perhatian ramai audiens anime musim ini, dengan jalan cerita yang menarik serta produksi visual yang gempak. sangat direkomen bagi mereka yang menggemari anime ringan seperti K-On ! dan Azumanga Daioh.


02. Sora no Otoshimono : Forte
sekuel bagi siri komedi romantik / harem Sora no Otoshimono. masih dengan lawak kurang senonoh yang amat, amat, amat kelakar. antara siri harem yang diklasifikasikan sebagai berada di dalam kelasnya yang tersendiri. amaran : sila jangan tonton sambil minum.


03. Shinryaku ! Ika Musume
seorang [?] sotong comel dari lautan dalam yang berimpian untuk menakluki dunia di daratan hanya kerana manusia terlalu asyik mencemar lautan tempat asalnya. dengan komedi gaya tersendiri dan juga telatah Ika Musume yang boleh mengundang tawa durjana. sangat direkomen.


04. Yosuga no Sora
yang ni, agak bahaya kerana menyentuh subjek yang agak taboo, tapi jalan cerita serta produksi visualnya adalah antara yang paling menarik bagi musim luruh 2010. hanya direkomen kepada mereka yang berminda terbuka dan bukan dari kaum kerabat Kosmo ! mahupun Harian Metro.

05. MM !
watak lelaki utama adalah merupakan seorang masochist tahap kronik, manakala watak perempuan utama pula adalah seorang sadist. selebihnya, sila bayangkan sendiri :D


06. Panty And Stocking With Garterbelt
the most underrated series bagi musim luruh 2010, hanya kerana ia menyerupai siri-siri kartun buatan Amerika [ Dexter's Laboratory / The Powerpuff Girls ] dari segi visual. gaya penceritaan yang amat, amat unik serta komedi yang sangat out of the box, walaupun tersangat kurang senonoh. amat direkomen kepada mereka yang gemarkan komedi diluar batasan norma. amaran : sila jangan makan atau minum semasa menonton.


07. Bakuman
anda berimpian untuk menjadi pelukis komik terkenal ? sekiranya ya, maka siri ini adalah khusus untuk anda. diadaptasi dari manga shonen hasil karya artis yang sama terlibat dalam pembikinan siri Death Note dan Hikaru no Go, Bakuman bermula agak biasa-biasa sahaja namun tetap menarik bagi penggemar siri dari genre shonen. juga direkomen.


08. Motto To Love-Ru
sekuel dan juga reboot bagi siri terdahulu yang agak kurang berjaya, musim kedua bagi karya adaptasi daripada siri manga harem terkemuka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding musim pertamanya yang hambar dan juga teruk dicemari oleh filler.


09. Otome Youkai Zakuro
anime bagi penggemar fiksyen fantasi dengan perisa shoujo [ genre yang lebih mengkhusus kepada audiens dari kalangan gadis ] yang agak pekat, tetapi masih boleh dilayan oleh mereka-mereka yang maskulin. Menampilkan karakter wanita utama yang agak tsundere, yang mana merupakan daya tarikan utama bagi siri ini.

siri-siri lain yang juga menarik untuk ditonton musim ini; To Aru Majutsu no Index II, The World God Only Knows / Kami Nomi zo Shiru Sekai, Letter Bee : Reverse, Stardriver, Fortune Arterial.

4 comments:

Darkk said...

Gua tengok Bakuman dengan PantiStoking je. Yang lain tak, takde masa. :)

chanz said...

hehe. rasa macam baca starz. nice reviu~

Si Aizuddin said...

Gua ada cadangan. Apa kata lu hantar dvd dvd yang penuh dengan siri anime dia diatas pada gua. Sat gua tulis alamat..

SnowladieS said...

pos ni membuatku ingin menghabiskan masa membaca semua diatas :p
cis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails