Pages

Sepatutnya Reviu Cincai...

Tapi saya buleh pulak pergi buang masa dekat kedai mainan dan hobi. (Ya, siapa minat Gundam, Gameboard, dan CardGame di sekitar Melaka. Buleh lah check it out kedai ni. dekat Bukit Beruang) Tengok Gundam dan bermain gameboard. Tak lupa jugak, saya menonton orang bermain Magic The Gathering TCG. Sepatutnya, saya ke Putrajaya hari ini. Tapi memandangkan tidur pun dah pukul 7 pagi dan berkesudahan bangun 12.30 tengah hari, gara-gara menonton upacara pembukaan Blizzcon secara video streaming. Saya pun tak jadi nak pergi Putrajaya dan membuat rancangan backup iaitu menonton filem Red yang sahaja Primier Khamis lepas.

Malangnya, rancangan back up saya turut gagal. Menonton Red gagal. Pergi Putrajaya lagi lah gagal. Ini buat saya malas nak merancang. Kerana, saya end up membuat sesuatu yang luar rancangan lagi randum.

Tapi nasib baik lah rancangan makan tengah hari saya tak tergendala. Kalau tak misti saya sudah mati kelaparan sekarang.

p/s: header baru "Avakadabra: Hidup itu Randum" baru saja naik semalam. Simple lagi malas saya buat. Kutuk lah kalu berani. Saya gigit.

2 comments:

Anonymous said...

saya kutuk header anda.

kutuk kutuk kutuk!
haha

Darkkadabra said...

Err.. Kamu buleh kutuk.

Sebab Geli la nak gigit kamu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails