Pages

Misteri Sup Kosong

Hmm..tak banyak aku boleh perkatakan dalam entri kali ini. Aku semakin hari semakin kekurangan idea. Sup kosong ku hirup sebagai pengganti rokok. Sup kosong? Kenapa sup kosong. Apakah sebenar sup kosong ini? Aku tak pernah sedar akan kehadiran beliau. Bagaimana ia boleh berada di sini. Misteri sungguh.

Misteri Sup Kosong

Sup Kosong. Ya. Sup Kosong. Mengapa ia dipanggil sup kosong? Hal ini telah menyebabkan aku ingin bertanya kepada orang lain. Makcik? Pakcik? Sesiapa? Semua tidak dapat menjawab. Aku semakin risau dan bingung. Aku tidak boleh begini. Aku mesti mencari jawapannya.

Perjalanan mencari jawapan dimulakan dengan basamalah. Meminta keredhaan dari Nya. Sup Kosong. Sup Kosong. Sup Kosong. Itu saja yang mampu aku terfikir. Lily. i minta maaf. Bukan niat menduakan mu. Tetapi kemisterian ini harus dirungkaikan. Supaya tidak menjadi halangan pada masa hadapan.

Aku mulakan dengan membuka Youtube. Perkataan Sup Kosong aku isikan di ruang pencarian. Rasa berdebar yang amat. Menantikan apakah bakal menanti di page seterusnya. Ah. sungguh mengecewakan. Sup kosong yang aku cari sedikit pun tidak memberi balas yang aku mahukan. Kecewa. Yang ada hanyalah bangku kosong, bangku kosong 1, bangku kosong 2 dan seterusnya. Tidak dilupakan juga DUN Sanglang Diisytiharkan Kosong. Apakah ini? Aku terus lupakan Youtube.

Perjalanan seterusnya membawa aku ke sebuah website yang agak terkenal. Lebih kepada kegemaran aku. Biarlah aku menggelarnya G(bukan nama sebenar). G mempunyai sistem yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Y!(bukan nama sebenar). Biarlah orang hendak berkata apa pun. Y! lebih hebat dari G. Ataupun G bodoh. Akan ku tetap memilih G.

Sudah dengan G. Aku inginkan jawapan. Jawapan kepada Sup Kosong. G diharapkan membantu tidak sebenarnya. Ianya hanya membawa aku kepada kemisterian yang melampau. Entri ini bukan sahaja memening kepala aku. Ianya juga memeningkan kepala waiter itu. Bukan salah ibu mengandung. tapi salah bapak yang kendong.

Aku tidak lagi menggunakan Internet untuk mencari apa itu Sup Kosong. Aku kembali kepada cara Tradisional. Guna akal fikiran. Tidak Bomoh. Itu hanyalah menyesatkan jiwa raga aku ini. Penggunaan limau nipis yang banyak.

Misteri sungguh sampai aku tidak dapat merungkai kemisteriannya. Ianya kadang-kadang hadir bersama Nasi Goreng. Kadang-kadang tidak. Tetapi wajib ada bersama Nasi Ayam. Aku mejadi buntu. Misteri SUp Kosong yang tak dapat dirungkaikan.

p/s: entri ini dah berminggu buat. Hari ini baru dapat siapkan.

3 comments:

manamana said...

sup kosong ialah sejenis hidangan sampingan yg sering kali ditidakkan kewujudannya sedangkan mereka2 ini berupaya untuk menjadi maha karya yang paling agung jika diberi secukup perhatian.

kekadang salah kedai makan tu jugak sebab buat sup ni secara cincai boncai.

yoshz said...

Apa kau merapik ni daa...
cubalah carik tafsiran payung avon pulak. haha

Darkk said...

@manamana
ah..betul..saya bersetuju dengan pendapat encik.
Kekadang saya pun bengkek gak dengan sup kosong yg hanya dibuat dengan air rebusan halia.
Marah tul saya.

@yoshz:
payung avon? okeh. aku try buat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails