Pages

Harga Minyak Bakal RM1.60??

Ya, begitulah yang diwartakan oleh Utusan Malaysia hari ini. Ramai yang tak sabar menunggu harga minyak turun sebanyak itu. Ramai itu termasuk lah aku sendiri. Harga RM1.60? Tak munasabah dan munasamah langsung. Tetapi boleh jadi logik akal juga. Rasional. Masuk akal. Aku tak baca betul-betul berita itu kerana berita sukan lebih hangat dari biasa. Mendahulukan apa yang patut didahulukan.

Tetapi tak adalah aku nak cakap yang berita nasional tak penting. Penting juga. Tapi sejak akhir-akhir ini, berita nasional/tempatan asyik sama sahaja. Tak menarik perhatian aku. Aku rela membaca berita sukan atau berita hiburan. Mana lah tahu ada download link untuk video khalwat artis. Boleh juga aku mendownload. Selepas itu, semua blog jenis santai pasti akan menceritakan pasal video itu. Dapat aku ketawa berdekah-dekah.

Harga minyak turun tetapi harga barang tidak turun. Nie KBKK punya fikiran. Apa itu KBKK? Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KBKK. Bila harga bahan mentah turun, tetapi harga barang jualan tetap ditakuk lama secara langsung meningkatkan keuntungan kepada para peniaga. KBKK bukan? Ya, tepat sekali. Bijak anda semua. Dulu sekolah kat mana?..Hehe

Hal ini secara langsung tidak merunsing kat aku. Jika harga minyak sudah turun, Adakah harga model kit Gundam turun sekali? Bagaimana aku hendak mencari makan? Perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Semata-mata nak beli Gundam aku terpaksa mengikat perut. Susahkan? Tidak Mudah sahaja. Cuma perlu tali dan ikat di perut. Jika ingin menarik lagi, hanya perlu membeli tali pinggang di kedai tali pinggang yang berdekatan. Amaran: Jangan sesekali pergi ke kedai tayar untuk membeli tali ataupun tali pinggang. Perut dijual berasingan.

Zaman Ketika Harga Minyak Mahal. Sedangkan Gundam terpaksa Naik Basikal, Kita Apatah Lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails