Pages

Demam Selsema

Dah masuk 3 hari aku demam selsema. Bersin tak ingat dunia. Ingat Akhirat je. Pening lagi. Sakit belakang. Sendi-sendi semua terasa. Nasib baik aku tak ada muntah-muntah. Kalau tak, lagi teruk. Doktor mesti sahkan aku mengandung anak kedua. Haha..

Aku update pun sebab dapat duduk atas kerusi. Best jugak duduk atas kerusi. Kalau tak asyik terbaring je layan movie. Kadang-kadang movie layan aku baring. Bukan sekali saja. Malah berkali-kali dia layan. Agak seksi kot aku baring ni. Ala-ala Angelina Jolie gitu. Tapi malang bibir ku tak tebal.

Semua orang dah balik melayan cuti. Aku sahaja yang tak balik lagi. Yela. PM la katakan. Balik rumah, konfirm kerja tak siap. Tapi nak siap camna, kalau terbaring layan demam. Pergh, aku layan demam beb. Korang camna? Haha..Layan benda-benda baik tidak mengapa. Jangan Layan Maksiat.

Jadi disebabkan aku demam, entri kali ini pendek sahaja. Lagi pun aku tahu, korang banyak kerja lain. Jangan asyik duk layan internet aje. Pegi jaga kedai, taip surat, buat kopi untuk boss, siapkan kerja sebelum dateline dan pelbagai lagi kerja korang.

1 comment:

hajime said...

dem...
aku sukak ko...
ingat akhirat...
bagus2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails