Okay..Mungkin ada yang dah pernah baca pasal ini. Idea Lama Tetapi Diperbaharui. Macam Biskut Tiger. Pek baru, isi tetap sama. Kalau makan pun tetap tak jadi kuat macam Badang. Itu Bidaah yang menyesatkan. Sila rujuk kitab yang betul.
Okay, sejak akhir-akhir ini, aku suka sangat membaca blog. Tak kesah la blog jenis apa. Blog jenis progress ke, jenis santai ke, random ke, ceramah agama yang membosankan atau tak ke, gambar sahaja punya blog ke. Aku tetap baca. "Wah, suka benar anda membaca blog ya?" Kedengaran satu suara. "Yah. Tepat sekali" jawap aku.
Apa yang menarik tentang blog ini? Dah la ayat je. Gambar kalau ada pun. Sikit je. Tak ada kartun. Video pun tak dak. Tak best. Baik aku main game. Layan Porn lagi best. Semua itu adalah kata-kata orang yang suka memberi alasan tidak suka kepada blog.
Kenapa pula aku suka membaca blog? Banyak Sebab. Antara Sebab Utama adalah dapat mengelakkan dari bunuh diri sendiri. Apakah? Haha..tidak. Dari aku main game, asyik kalah je. Ibarat membunuh diri la tu. Mari kita lihat apakah sebab utama encik ini membaca blog. Layankan beliau. Topic kali ini adalah;
Kebaikan Blog dalam Kehidupan seharian
Ada kebaikan ke? Mesti ada. Malah buang air besar pun ada kebaikan. Apatah lagi Blog yang tak jijik ini. Jadi apa yang aku rasa baik tentang blog ini? Aku dah buat tiga point. Malas nak fikir banyak. Nanti Muntah.
1.Dapat membuang Masa dengan Berfaedah
-Ya. Dapat membuang masa. Masa itu emas. Emas itu duit. Duit itu minyak. Minyak itu Bahan Bakar. Bahan Bakar itu Haba. Haba itu Tenaga. Jadi kita juga dapat membuang tenaga dengan berfaedah. Dari kita membuang tenaga dengan merempit, pergi ke tempat-tempat dosa, berjudi, berpoya-poya, berpeleseran, baiklah kita membaca blog-blog yang dapat menenangkan hati, bergelak ketawa, bersantai, memberi pengetahuan dan sebagainya yang positif.
2.Dapat melihat pandangan orang lain
-Bukan lah aku bermaksud berdiri di sebelah orang lain dan melihat apa yang beliau lihat. Tapi kalau hal ini berlaku. Pasti pendapat tentang apa yang dilihat encik-encik berbeza. Masing ada otak, ada fikiran, ada idea sendiri. Semua dah besar panjang. Malah budak kecik pun boleh bagi pendapat. Bagaimana nak dengar pendapat orang lain? Blog adalah satu satu mediumnya.
3.Sumber Ilmu
-Pengetahuan dan Internet pada masa sekarang amatlah penting. Kalau tak guna Internet, budak-budak U tak leh nak buat kajian pantas. Kalau last minute buat jadi last minute resource. Internet pun kadang-kadang Bagi maklumat punya panjang, apa diorang nak padahal sikit je. Assignment 1 muka surat boleh jadi satu novel. Gara-gara copypasta. Copypasta ini macam mee instant. Lagi cepat dari mee goreng mamak yang boleh buat kita bergaduh. Jadi, ada blog yang merumuskan kajian-kajian mereka. Senang mereka nak buat assigment.
Kesimpulannya, bukan hanya ada 3 kebaikan sahaja. Sebenarnya ada banyak. Hal ini rujuk kepada point no 2. Ini pandangan aku sahaja. Ada banyak lagi. Masa tak cukup. Korang leh fikir apa yang kebaikan blog ini. Korang Punya otak. Punya Fikiran. Punya Idea. Tetapi apa-apa pun, lakukan dalam keserdehanaan. Tidak begitu Mewah. Tak juga Murah.
7 comments:
betul2...
saye bersetuju...
kalau x caye sile dtg ke blog saye...
http://budakyangbijak.blogspot.com
(selambe promo)
=op
@hajime
apakah? ah..mahaguru pun tumpang promo kat tempat saya. sila2 ke blog dia.
wahaha..hit menghampiri 2juta nampak nye...slamber badak je aku kejar...tgk r...hahaha...
idea bagus.mantap.kurang titik.saut cabaran.aku suke.promo blog aku pawazz...hehe..
haha! itu rupenye sebab aku pon suke bace blog kot~~~
@macha:
malas ar aku. buat suka-suka ja. tak niat nak kejar hit. kalo nak hit byk, refresh page sendiri la.
@izzyzatt
ah, kite mempunyai sebab yang same. ahaks.
aku x sekeji anda suke refresh page sendiri..lalala~~
rambut sama hitam hati lain lain. aku tak percaya da hits count ini semua. aku guna bende lain.
Post a Comment