Pages

Bintang

Ya, Bintang. Terima Kasih kepada juejah yang meminta idea dari ku. Tetapi aku sendiri yang menggunakannya.

*bintang dalam imaginasi pengarang*

Okay. Bercakap pasal bintang, ramai orang fikir satu benda yang bercahaya di waktu malam. Ya, aku mula-mula fikir begitu juga. Tetapi setelah hidup selam 0.2 abad, aku tahu perkataan "bintang" ini banyak digunakan di mana sahaja. Tak kira tempat atau pun waktu. Antara contoh, Bukit Bintang. Nama Tempat. Mengapa tempat itu dinamakan Bukit Bintang? Aku menjawab mungkin kerana tempat itu selalu bercahaya di waktu malam oleh dek lampu-lampu neon yang bercahaya. Mungkin la, aku sendiri pun tak tahu.

Sebut pasal bintang juga, ianya mengingatkan aku pasal Rubiah Bintang atau lebih glamournya Rubiah Star. Beliau merupakan junior aku di masa aku sekolah dahulu. Dari sudut pandangan aku, aku merasakan beliau ini seorang yang kurang lawa, gedik dan agak menyampah. Tak tahu lah di sudut pandangan orang lain yang menganggap dia adalah seorang yang bercahaya, suci lagi murni, budi perkerti malahan semua sifat-sifat positive lagi. Beliau mempunyai misi.

Ya, misi. Bukan Misi Nurse, tetapi mission. Apakah Mission itu? Hmm..Misi itu adalah mengangkat semua senior-senior lelaki menjadi abang angkat beliau. Bukan setakat senior, malah budak junior yang baru masuk pun boleh diangkatkannya. Kawan-kawan ku turut menjadi mangsa. Bukan satu atau dua, malahlah lebih dari tiga. Aku terkesima. Aku terlepas dari menjadi mangsa kerana awal-awal aku masuk, aku telah mengatakan "bodo" kepada beliau.

Ah, begitu biadap aku dengan Rubiah Star, gadis idaman malaya. Haha..mampus. Ada ke nk urut kaki aku masa hari sukan? aku tahu ar terseliuh. tapi xyah ar beria-ia nk ambek plastik.Balut tangan dia.pastu urut aku. Aduh. memang tak leh blah. Terlepas perkataan bodo sudah. Ah, terkeluar sudah bahasa rojak ku. Marah betul aku nampaknya.

Kita abaikan pasal Rubiah Star. Kita berborak pasal bintang yang lain. Seperti Majalah Bintang Kecil. Ha. aku rasa aku tidak pernah mebelek-belek majalah ini. Tapi cover nya menyebabkan aku tahu semua isi kandungan. Yang pasti, dalam majalah tu. Tiada manga Naruto.

*bintang dan rapi; bila bertemu*

Banyak boleh aku coretkan pasal bintang ini. Tetapi akibat kekekangan waktu, aku hanya mampu menulis beberapa point. Kalau aku ada masa, akan ku update entri ini dengan pantas.

*bintang dan senja*


p/s:nantikan entri aku "tebu dan soya 3:tomb of the dragon king"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails