Agak terganggu bukan? Boleh mendatangkan rusing kepada diri sendiri dan juga masyarakat sekitar. Kenapa perkara itu boleh berlaku? Tekanan Emosi? Bosan dengan Hidup? Mari kita dekati fenomena ini.
Fenomena "Aku Rase Nak Sepak Orang"
"Aku Rase Nak Sepak Orang" atau dalam bahasa inggeris nya adalah "I Want To Kick Somebody" membawa maskud seseorang itu ingin menggunakan kakinya sebagai medium untuk menyakiti orang yang lain dengan cara yang agak kasar. Dengar seperti agak bahaya bukan?
Sudah semestinya. Nak-nak lagi jika medium itu dipakaikan dengan kasut atau boot yang bersesuaian. Impak nya amat terasa sehingga boleh medatangkan kemarahan atau kesedihan pihak yang di sakiti itu. Menarik bukan? Sudah Semestinya.
Sudah Dua Kali Aku mengulangi Sudah Semestinya. Adakah ini membawa kepada satu fenomena juga? Perkara ini akan aku kupas dalam entri yang akan datang. Jadi berbalik kepada topik asal,apa yang seronok nya meyebut perkataan ini. Aku pernah melihat orang hanya menyebut ayat itu tetapi tidak melakukannya. Just Talk The Talk but Not Walk The Talk. Pelik juga bukan?
Pelik tetapi benar. Benar sekali kata encik. Bunyikan hon tanda setuju. Mengikut pendapat blogger, golongan yang hanya menyebut ini adalah golongan yang berimaginasi tinggi. Golongan yang berseni. Abstark. Dengan hanya menyebut ayat "Aku Rasa Nak Sepak Orang" sudah memadai.
Mereka menyebut sambil mereka membayangkan dalam minda mereka yang mereka sedang menyepak orang hingga kepala orang itu berkecai. Hancur lunyai dan juga lain-lain lagi. Golongan ini tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Malah mereka sendiri mesra alam.
Terdapat juga,golongan yang dikelaskan "Walk The Talk". Mereka yang berada golongan ini biasanya tidak suka kepada seni. Bersifat Teori dan Pratikal. Tidak suka akan imaginasi. Golongan ini biasanya membahayakan kepada masyarakat dan alam di sekeliling. Kerana?
Apabila beliau yang berada dalam golongan ini menyebut "Aku Rase Nak Sepak Orang", maka seterusnya diikuti dengan perbuatan tersebut. Mereka akan mencari orang yang terdekat dan terus menyepak. Ngeri bukan? Terdapat juga kes-kes terpencil seperti setelah menyebut ayat itu dan mereka menyepak kucing, botol air, batang pisang, beg plastik dah sebagainya. Hal ini aku telah jelaskan bahawa mereka ini bersifat teori. Teori boleh diubah mengikut keadaan, tempat dan waktu. Jadi kenalpasti golongan ini, dan berhati hati lah.
Ramai tidak menyedari yang mereka sudah terlibat dengan fenomena ini. Ujian Air Kencing, Ujian Kertas Litmus, Test JPJ dan sebagainya sebenarnya tidak membantu untuk mengenalpasti jika anda sudah terlibat dengan fenomena ini. Yang membantu hanyalah sedikit muhasabah diri dan pop kuiz diri bersama rakan dan keluarga.
Jika anda sudah terlibat dengan fenomena ini, kenalpasti pula anda berada di golongan yang mana,"TALK THE TALK" atau pun "WALK THE TALK". Biasanya, golongan "TALK THE TALK" tidak memerlukan bantuan dan normal. Akan Tetapi, golongan "WALK THE TALK" yang memerlukan bantuan. Sila Rujuk Ke Klinik yang terdekat sekiranya memerlukan bantuan. Kalau tak, Hentam sajalah Labu.
3 comments:
hwahaha
jgn la tunjuk kaedah yg salah, nak tgk yg btol!
(yg cek mata awek military lak tuh)
fawwaz awak sangat cute...
cak!!! aaa....
fallspoet:
haha..keadah yg salah pn kne tunjuk. mane tahu ade gak org buat ke..salah siape? pakcik jugak yg bersalah
juejah:
terime kasih jue. saya tahu saya tidak sekiut awk..
Post a Comment