darkk: aku igt aku explain dalam siri 3 berbual bersama kerepek arDang!! Ya..berjaya akhirnya kerepek mengenakan aku. Aku tidak tahu kerepek boleh berfikir seperti begitu rupa. Rasa Kagum pula aku dengan kerepek. Hey Kerepek!!.. Aku lelaki yang jantan la. Aku sahut cabaran kau.Huhu.Jadi topik untuk kali ini adalah:
kerepek: da siap belum?
darkk: mane buat lagi..
darkk: tgh cari idea ar..
darkk: ko tlg aku..
kerepek: ah!manje
kerepek: tamau aku
kerepek: hahaha
kerepek: ko blogger yg manje..
kerepek: ha
kerepek: tu
kerepek: kan da kua topic
kerepek: hahaha
darkk: haha..xpe2..
kerepek: ah!sahut la cabaran aku skali skale
darkk: aku selalu je sahut cabaran ko..
darkk: huhu..
kerepek: itu bukan cabaran
kerepek: itu aku kasik idea la
kerepek: kali ni aku cabar
kerepek: darkk blogger yg manja
Darkk Seorang Blogger yang Manja
AKu tidak menafikan perasaan ingin dibelai dan dimanja ada dalam setiap manusia. Tapi itu manusia, bukan kerepek. Kerepek itu makanan. Kalau anda didapati memanjakan kerepek, anda boleh didakwa gila, tidak waras dan semua perkataan yang sewaktu dengannya.
Adakah aku blogger yang manja? Tidak, selaku blogger aku tidak manja. Jika aku luar dari dunia blogger sahaja, aku manja. Pernah aku menulis entri yang menceritakan yang aku manja ? Jiwang ade la.. Jadi mari kita mengenal pasti bentuk ciri-ciri seseorang yang manja. Di samping itu mari lah kita check diri kita. Mana lah tahu kalo ada yang sama.
1. Suka mengambil Berat
-ah mengambil berat. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul. Ringan Sama Dijinjing. Yang Berat Kau Pikul. Yang Ringan Aku Jinjing. Aku tak boleh pikul barang berat-berat ini. Sakit bahu. Senang cerita ramai lebih suka melihat. Berat Mata Memandang Berat lagi Badan Aku.
2.Amat Suka Benda-benda Cute.
-Cute dalam bahasa Melayunya adalah comel. Apa itu COmel? COmel bukan spesis bintang yang terancam. Comel itu satu kata sifat yang mengambarkan keindahan yang mampu menitiskan air mata. Aku suka melihat benda-benda comel. Seperti Teddy Bear, Kucing, Ungka dan lain-lain. Melihat Sesuatu comel juga boleh menyebabkan aku geram sehingga tersepak benda cute itu.
3.Romantik dan pandai berkata manis.
-Ahaks.Apa kah romantik dan pandai berkata manis tidak sama? Bila romantik, sudah pasti pandai berkata manis. Jadi apa kaitannya dengan manja? Hmm..susah nak ditafsirkan. Romantik manja. Manja Romatik berkata manis. Sebutan yang hampir sama dan juga mempunyai maksud yang serupa. Jadi romantik untuk bermanja? Mungkin. Boleh pakai ke?
Haha..definasi manja ini ada pelbagai. Macam-macam website aku google. Macam-macam orang aku tanya. Yang aku tak buat. Bertanya kepada kerepek. Apa gila ke tanya kat kerepek. Definasi Manja, ada kat semua orang.Masing-masing ada punya cara. punya gaya, punya idea. Manja yang tak kena tempat boleh diisytihar mengada-ngada dan hukumannya adalah hamburan maki hamun. Bukan tak kasi. Tak digalakkan agar tidak bertambah dosa dan muntah hijo.
p/s:sori entri makin lame makin tak best. rase cam ada orang sumpah.
No comments:
Post a Comment