Pages

Mencari Kebenaran Loco-Loco

Adeh..hari ini, aku tiada apa hendak dicari. Penat ku fikir apakah yang aku hendak cari. Tiba-tiba aku terfikir satu nama yang aku sering guna pakai dalam bermain DoTA. "Loco-Loco". Ya..mengapa aku menggunakan nama itu? Mengapa?Mengapa ya?

Loco-Loco merupakan satu nama disko yang berada di tempat aku iaitu berada di Teluk Chempedak, tidak jauh dari bandar Kuantan. Asal aku dan kawan aku bergurau pasal disko, Loco-Loco menjadi subjek utama. Aku sendiri tidak pernah pergi ke disko. Apatah lagi disko Loco-Loco. Kenapa Loco-Loco? Kenapa tidak Hula-Hula? Ataupun Hunga-Hunga?

*hula-hula dalam bayangan-aku bukan pedo kay??*

Kisahnya bermula dengan sebab kawan ku mengatakan Ruzaida (Bukan Nama Sebenar) selalu mengunjungi tempat Loco-Loco ketika masih tingkatan 3 lagi. Ruzaida merupakan seorang klassmate ku yang sangat sporting. Pernah ku pau dia suh belikan sabun Sakunshu (Bukan Nama Sebenar). Beliau belikan. Hendak ku pau lagi ubat gigi Oraol-B(Bukan Nama Sebenar). Tetapi tidak kesampaian kerana beliau sudah pindah sekolah akibat masalah tidak tahan duduk di sana ataupun sudah ketagihan Loco-Loco, aku tidak tahu. Kepada Ruzaida yang membaca dan masih ingat lagi tentang kisah Sakunshu. Sila-sila la hubungi aku yang jauh di perantauan ini.

Abis sudah cerita tentang sejarah mengapa Loco-Loco. Aku meneruskan pencarian aku dimulai dengan basmalah, minta keberkatan dari Nya. Aku membuka website kegemaran aku sejak akhir-akhir ini. Tuan Youtube. Ditaipnya "Loco-Loco" di dalam search box dengan harapan aku menemui sesuatu yang mistik bukan bistik, ceria bukan hawau, gembira bukan gumbila.

Dengan kelajuan sepantas kerani menaip surat, aku menekan butang Enter. Maka, keluarlah beberapa video yang berkaitan dengan Loco-Loco. Mata ku menatap pantas satu ayat. Mari Berdansa. Ah, marah betul aku. Apa kaitan Loco-Loco dengan Kita Berdansa? Benak hati ku. Aku jadi tidak tentu arah. Perasaan Ingin Tahu meluap-luap. Aku tidak sabar lagi. Lalu aku menekan link itu dan..


"Loco Loco Loco Loco; Loco Loco Latino"

Aduh..sampai sekarang masih terngiang-ngiang di dalam kepala ku. Tapi aku berbangga dengan rakyat Malaysia kerana Loco-Loconya.

Berikut adalah "Loco-Loco" antarabangsa :

*mungkin ini maskot disko Loco-Loco*

*aduh siap ada album lagi-love dolls? kumpulan yang sealiran dengan beethoveen kut?*

Aku ada perkataan yang tidak ada kaitan dengan hidup aku. Anda pula bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails