Aku mendapati rata-rata blogger ada yang meracau-racau apabila setelah Friendster mereka kehilangan beratus-ratus kawan setelah website itu dinaik semula. Kesian? Tidak sama sekali. Aku hanya duduk diam. Ketawa berdekah-dekah. Aku tidak ketagih Friendster. Tidak menatap 24jam website itu. Tidak menjadikan Friendster sebagai home. Tidak membookmark Friendster. Dan aku mengaku, aku juga ada akaun Friendster. Pelik kan? Pelik tapi benar. Benar sekali. Bunyikan hon tanda setuju.
Hal ini telah membuat aku berfikir secara lebih rasional lagi. Apa penting nya Friendster dalam kehidupan seharian? Agak Pak Lah ada Friendster tak? dan lagi penting, sekiranya Pak Lah ada akaun FS berani die nak add aku? Mesti tak. Sebab aku buat private dan sapa-sapa nak add mesti la kena tahu emel aku. Mungkin Pak Lah terpaksa mengarahkan hacker-hacker beliau untuk mencari emel fs aku? Siapa tahu. Usaha tangga kejayaan.
Walaupun aku masih di Jepun keluhan ramai yang tidak berpuas hati pasal ini aku dengari. Jangan duk melatah je. Penat anda. Apa kata duduk dulu dan nikmati secawan teh atau kopi. Duk di meja bulat. Bersidang. Cari penyelesaian. Mudah bukan? Satu kepala tidak se pawaa 5 kepala.
No comments:
Post a Comment