Pages

Karya Buruk III


Letak border terlupa? Yap. Karya Buruk siri 3. Aku buat khas untuk budak forum aku.

Hari Ini Hari Ahad

Hari ini hari cuti. Boleh la tulis banyak super gaban sikit. Tapi apakah daya. Tiap-Tiap 30hb aku bertukar menjadi Super Kucing. Tak Percaya? Ada gambar aku bertukar. Asal bertukar je mesti depan Laptop. Kaler pun mesti lain-lain. Brand Laptop pun lain. Apa kah pertukaran aku berkait rapat dengan brand Laptop? Mungkin Ya Mungkin Tidak. Kucing!!! Henshin!!!

Ni Gambar Bulan November 05 punya. Masa tu kecik lagi.


Gambar Bulan Jan 08. Garang dan Seksi kan?


Bulan Ini. Bertungkus Lumus Menyiapkan Entri Ini. Menguap sambil menjelirkan lidah. Tanda Mengatuk yang Amat.

Misteri Sup Kosong

Hmm..tak banyak aku boleh perkatakan dalam entri kali ini. Aku semakin hari semakin kekurangan idea. Sup kosong ku hirup sebagai pengganti rokok. Sup kosong? Kenapa sup kosong. Apakah sebenar sup kosong ini? Aku tak pernah sedar akan kehadiran beliau. Bagaimana ia boleh berada di sini. Misteri sungguh.

Misteri Sup Kosong

Sup Kosong. Ya. Sup Kosong. Mengapa ia dipanggil sup kosong? Hal ini telah menyebabkan aku ingin bertanya kepada orang lain. Makcik? Pakcik? Sesiapa? Semua tidak dapat menjawab. Aku semakin risau dan bingung. Aku tidak boleh begini. Aku mesti mencari jawapannya.

Perjalanan mencari jawapan dimulakan dengan basamalah. Meminta keredhaan dari Nya. Sup Kosong. Sup Kosong. Sup Kosong. Itu saja yang mampu aku terfikir. Lily. i minta maaf. Bukan niat menduakan mu. Tetapi kemisterian ini harus dirungkaikan. Supaya tidak menjadi halangan pada masa hadapan.

Aku mulakan dengan membuka Youtube. Perkataan Sup Kosong aku isikan di ruang pencarian. Rasa berdebar yang amat. Menantikan apakah bakal menanti di page seterusnya. Ah. sungguh mengecewakan. Sup kosong yang aku cari sedikit pun tidak memberi balas yang aku mahukan. Kecewa. Yang ada hanyalah bangku kosong, bangku kosong 1, bangku kosong 2 dan seterusnya. Tidak dilupakan juga DUN Sanglang Diisytiharkan Kosong. Apakah ini? Aku terus lupakan Youtube.

Perjalanan seterusnya membawa aku ke sebuah website yang agak terkenal. Lebih kepada kegemaran aku. Biarlah aku menggelarnya G(bukan nama sebenar). G mempunyai sistem yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Y!(bukan nama sebenar). Biarlah orang hendak berkata apa pun. Y! lebih hebat dari G. Ataupun G bodoh. Akan ku tetap memilih G.

Sudah dengan G. Aku inginkan jawapan. Jawapan kepada Sup Kosong. G diharapkan membantu tidak sebenarnya. Ianya hanya membawa aku kepada kemisterian yang melampau. Entri ini bukan sahaja memening kepala aku. Ianya juga memeningkan kepala waiter itu. Bukan salah ibu mengandung. tapi salah bapak yang kendong.

Aku tidak lagi menggunakan Internet untuk mencari apa itu Sup Kosong. Aku kembali kepada cara Tradisional. Guna akal fikiran. Tidak Bomoh. Itu hanyalah menyesatkan jiwa raga aku ini. Penggunaan limau nipis yang banyak.

Misteri sungguh sampai aku tidak dapat merungkai kemisteriannya. Ianya kadang-kadang hadir bersama Nasi Goreng. Kadang-kadang tidak. Tetapi wajib ada bersama Nasi Ayam. Aku mejadi buntu. Misteri SUp Kosong yang tak dapat dirungkaikan.

p/s: entri ini dah berminggu buat. Hari ini baru dapat siapkan.

Sesega Game Sega

Tajuk pun dah salah. Patutnya Sesegar. Takpe. Aku malas hari ini. Ah kembali kepada hitam. Nampaknya Hitam sesuai dengan jiwa aku. Jiwa Hitam. Saya lah Suria Baja Hitam. Kenapa Baja Hitam? Kenapa tak Baja Organik? Aku pun tak tahu macam mana orang dulu-dulu buleh translate sampai camtu skali. Dari Kamen Rider sampai ke Suria Baja Hitam. Aku duduk diam buat tak tahu.

Minggu depan, ramai rakan-rakan aku akan menjalani sesi latihan industri alias pratikal. Aku ucapkan tahniah kat korang. Usaha tangga Kejayaan. Jangan Malas. Aku takpe. Aku menglengkapkan dunia. Kalau semua orang rajin, sapa yang nak jadi malas? Jadi aku dengan berat hati mengambil posisi itu. Malas-malas pun aku tetap sibuk. Bukan sibuk menjadi malas. Tapi bakal sibuk dengan berkhatan. Ya, aku seorang tok mudim.

Ramai yang takut dengan aku. Pernah sekali aku lihat budak-budak bawah umur bertempiran lari ketika aku lalu hendak ke masjid. Aku hanya mampu tersengih sampai mengurut-urut misai. Tanda Aku ini Digeruni Seperti Vaji. Sapa itu Vaji? Aku hanya mampu tersengih.

Musim sekolah datang lagi bersama-sama dengan rancangan kartun yang menarik. Tetapi mereka tidak tahu. Bahawa rancangan bersama dengan tok mudim lagi menarik. Sesi terapi dengan tok mudim. Terapi kah ? Aku tergelak kecil. Boleh pula ibu bapa mereka mengatakan kepada anak-anak mereka sesi terapi. Kenapa tak beritahu je perkara sebenar? Sesi bertepuk tampar , tak pun sesi meraung berguling-guling bersama tok mudim. Itukan lebih seronok.

Berkhatan yang haruslah dibuat semasa kecil lagi kerana penting. Bertujuan menyucikan diri. Berkhatan ini wajib bagi setiap lelaki Islam. Aku tidak paham kenapa perlu mereka takut dengan berkhatan ini. Bukannya sakit pun. Kalau sakit pun okay apa. No Risk No Fun. Mungkin budak-budak ini mempunyai imaginasi yang tinggi. Tu la tengok lagi cerita bunuh-bunuh. Potong Kapara..

Lagi pun, ada budak-budak besar yang suka meperolok-olokkan budak kecil yang hendak berkhatan ini. Menambah unsur-unsur menipu. Mitos. Lagenda. Pisau Tumpul la. Bukannya aku potong semua. Potong sikit je. Tak sakit pun. Macam kena gigit dengan semut. Haha. Tipu. Aku rela mengatakan tak sakit pun. Tapi Lepas itu, Pedih la. Kalau kena air, sakit.

Entri Kali Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat tidak rasa takut kepada tok mudim apatah lagi doktor. Jangan takut berkhatan. Sebab berkhatan itu menyeronokkan. Percaya lah. Sebab dulu, masa aku berkhatan aku dapat duit. Jadi, sebab itu seronok. Haha..

"Best woo sunat ni..rase nak buat lagi je" kata budak dalam gambar itu.

Filler Minggu Ini

Sudah menjadi kebiasaan aku meletakkan filler sekali setiap minggu. Jadi filler minggu ini adalah kisah kapal terbang.

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

p/s: penuh tawaduk tidak duduk takhiyat akhir, aku terus mengambil wudhu. Anda Bagaimana?

Idea Lama, Versi Baru

Semalam ada orang mengadu aku tulis pendek. Aku diamkan. Hari ini aku buat Wall of Text. Semalam gak, ada orang cabar aku tulis topic serious. Aku sahut. Pasni, tak dak dah karangan merepek-repek dari aku. Aku buat serius yang mungkin. Sampai Kontroversi. Sampai masuk segmen "Terjah bersama Naz Melodi". Sampai masuk "Debat Bernama". Sampai keluar permainan McD. et cetera.

Okay..Mungkin ada yang dah pernah baca pasal ini. Idea Lama Tetapi Diperbaharui. Macam Biskut Tiger. Pek baru, isi tetap sama. Kalau makan pun tetap tak jadi kuat macam Badang. Itu Bidaah yang menyesatkan. Sila rujuk kitab yang betul.

Okay, sejak akhir-akhir ini, aku suka sangat membaca blog. Tak kesah la blog jenis apa. Blog jenis progress ke, jenis santai ke, random ke, ceramah agama yang membosankan atau tak ke, gambar sahaja punya blog ke. Aku tetap baca. "Wah, suka benar anda membaca blog ya?" Kedengaran satu suara. "Yah. Tepat sekali" jawap aku.

Apa yang menarik tentang blog ini? Dah la ayat je. Gambar kalau ada pun. Sikit je. Tak ada kartun. Video pun tak dak. Tak best. Baik aku main game. Layan Porn lagi best. Semua itu adalah kata-kata orang yang suka memberi alasan tidak suka kepada blog.

Kenapa pula aku suka membaca blog? Banyak Sebab. Antara Sebab Utama adalah dapat mengelakkan dari bunuh diri sendiri. Apakah? Haha..tidak. Dari aku main game, asyik kalah je. Ibarat membunuh diri la tu. Mari kita lihat apakah sebab utama encik ini membaca blog. Layankan beliau. Topic kali ini adalah;


Kebaikan Blog dalam Kehidupan seharian


Ada kebaikan ke? Mesti ada. Malah buang air besar pun ada kebaikan. Apatah lagi Blog yang tak jijik ini. Jadi apa yang aku rasa baik tentang blog ini? Aku dah buat tiga point. Malas nak fikir banyak. Nanti Muntah.

1.Dapat membuang Masa dengan Berfaedah
-Ya. Dapat membuang masa. Masa itu emas. Emas itu duit. Duit itu minyak. Minyak itu Bahan Bakar. Bahan Bakar itu Haba. Haba itu Tenaga. Jadi kita juga dapat membuang tenaga dengan berfaedah. Dari kita membuang tenaga dengan merempit, pergi ke tempat-tempat dosa, berjudi, berpoya-poya, berpeleseran, baiklah kita membaca blog-blog yang dapat menenangkan hati, bergelak ketawa, bersantai, memberi pengetahuan dan sebagainya yang positif.

2.Dapat melihat pandangan orang lain
-Bukan lah aku bermaksud berdiri di sebelah orang lain dan melihat apa yang beliau lihat. Tapi kalau hal ini berlaku. Pasti pendapat tentang apa yang dilihat encik-encik berbeza. Masing ada otak, ada fikiran, ada idea sendiri. Semua dah besar panjang. Malah budak kecik pun boleh bagi pendapat. Bagaimana nak dengar pendapat orang lain? Blog adalah satu satu mediumnya.

3.Sumber Ilmu
-Pengetahuan dan Internet pada masa sekarang amatlah penting. Kalau tak guna Internet, budak-budak U tak leh nak buat kajian pantas. Kalau last minute buat jadi last minute resource. Internet pun kadang-kadang Bagi maklumat punya panjang, apa diorang nak padahal sikit je. Assignment 1 muka surat boleh jadi satu novel. Gara-gara copypasta. Copypasta ini macam mee instant. Lagi cepat dari mee goreng mamak yang boleh buat kita bergaduh. Jadi, ada blog yang merumuskan kajian-kajian mereka. Senang mereka nak buat assigment.

Kesimpulannya, bukan hanya ada 3 kebaikan sahaja. Sebenarnya ada banyak. Hal ini rujuk kepada point no 2. Ini pandangan aku sahaja. Ada banyak lagi. Masa tak cukup. Korang leh fikir apa yang kebaikan blog ini. Korang Punya otak. Punya Fikiran. Punya Idea. Tetapi apa-apa pun, lakukan dalam keserdehanaan. Tidak begitu Mewah. Tak juga Murah.

Chocolate & Lily



Sedapkan? Ya. Tepat Sekali. Lily suh aku hantar chocolate ini depan pintu rumah dia. Aku tak mahu. Aku hantar kat sini je. Jimat. Lagi pun aku serik bagi chocolate kat Lily. Terbagi Chocolate Basi. Lily Denda. Ada ke patut dia denda aku suh melutut kat depan orang tu?





































Sejak hari itu, aku fobia dengan Ronald MacDonald

Sumpah tak bagi Chocolate kat Lily da.

Demam Selsema

Dah masuk 3 hari aku demam selsema. Bersin tak ingat dunia. Ingat Akhirat je. Pening lagi. Sakit belakang. Sendi-sendi semua terasa. Nasib baik aku tak ada muntah-muntah. Kalau tak, lagi teruk. Doktor mesti sahkan aku mengandung anak kedua. Haha..

Aku update pun sebab dapat duduk atas kerusi. Best jugak duduk atas kerusi. Kalau tak asyik terbaring je layan movie. Kadang-kadang movie layan aku baring. Bukan sekali saja. Malah berkali-kali dia layan. Agak seksi kot aku baring ni. Ala-ala Angelina Jolie gitu. Tapi malang bibir ku tak tebal.

Semua orang dah balik melayan cuti. Aku sahaja yang tak balik lagi. Yela. PM la katakan. Balik rumah, konfirm kerja tak siap. Tapi nak siap camna, kalau terbaring layan demam. Pergh, aku layan demam beb. Korang camna? Haha..Layan benda-benda baik tidak mengapa. Jangan Layan Maksiat.

Jadi disebabkan aku demam, entri kali ini pendek sahaja. Lagi pun aku tahu, korang banyak kerja lain. Jangan asyik duk layan internet aje. Pegi jaga kedai, taip surat, buat kopi untuk boss, siapkan kerja sebelum dateline dan pelbagai lagi kerja korang.

Harga Minyak Bakal RM1.60??

Ya, begitulah yang diwartakan oleh Utusan Malaysia hari ini. Ramai yang tak sabar menunggu harga minyak turun sebanyak itu. Ramai itu termasuk lah aku sendiri. Harga RM1.60? Tak munasabah dan munasamah langsung. Tetapi boleh jadi logik akal juga. Rasional. Masuk akal. Aku tak baca betul-betul berita itu kerana berita sukan lebih hangat dari biasa. Mendahulukan apa yang patut didahulukan.

Tetapi tak adalah aku nak cakap yang berita nasional tak penting. Penting juga. Tapi sejak akhir-akhir ini, berita nasional/tempatan asyik sama sahaja. Tak menarik perhatian aku. Aku rela membaca berita sukan atau berita hiburan. Mana lah tahu ada download link untuk video khalwat artis. Boleh juga aku mendownload. Selepas itu, semua blog jenis santai pasti akan menceritakan pasal video itu. Dapat aku ketawa berdekah-dekah.

Harga minyak turun tetapi harga barang tidak turun. Nie KBKK punya fikiran. Apa itu KBKK? Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan KBKK. Bila harga bahan mentah turun, tetapi harga barang jualan tetap ditakuk lama secara langsung meningkatkan keuntungan kepada para peniaga. KBKK bukan? Ya, tepat sekali. Bijak anda semua. Dulu sekolah kat mana?..Hehe

Hal ini secara langsung tidak merunsing kat aku. Jika harga minyak sudah turun, Adakah harga model kit Gundam turun sekali? Bagaimana aku hendak mencari makan? Perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Semata-mata nak beli Gundam aku terpaksa mengikat perut. Susahkan? Tidak Mudah sahaja. Cuma perlu tali dan ikat di perut. Jika ingin menarik lagi, hanya perlu membeli tali pinggang di kedai tali pinggang yang berdekatan. Amaran: Jangan sesekali pergi ke kedai tayar untuk membeli tali ataupun tali pinggang. Perut dijual berasingan.

Zaman Ketika Harga Minyak Mahal. Sedangkan Gundam terpaksa Naik Basikal, Kita Apatah Lagi

Berbual Dengan Kerepek Siri III

darkk: aku igt aku explain dalam siri 3 berbual bersama kerepek ar
kerepek: da siap belum?
darkk: mane buat lagi..
darkk: tgh cari idea ar..
darkk: ko tlg aku..
kerepek: ah!manje
kerepek: tamau aku
kerepek: hahaha
kerepek: ko blogger yg manje..
kerepek: ha
kerepek: tu
kerepek: kan da kua topic
kerepek: hahaha
darkk: haha..xpe2..
kerepek: ah!sahut la cabaran aku skali skale
darkk: aku selalu je sahut cabaran ko..
darkk: huhu..
kerepek: itu bukan cabaran
kerepek: itu aku kasik idea la
kerepek: kali ni aku cabar
kerepek: darkk blogger yg manja
Dang!! Ya..berjaya akhirnya kerepek mengenakan aku. Aku tidak tahu kerepek boleh berfikir seperti begitu rupa. Rasa Kagum pula aku dengan kerepek. Hey Kerepek!!.. Aku lelaki yang jantan la. Aku sahut cabaran kau.Huhu.Jadi topik untuk kali ini adalah:

Darkk Seorang Blogger yang Manja

AKu tidak menafikan perasaan ingin dibelai dan dimanja ada dalam setiap manusia. Tapi itu manusia, bukan kerepek. Kerepek itu makanan. Kalau anda didapati memanjakan kerepek, anda boleh didakwa gila, tidak waras dan semua perkataan yang sewaktu dengannya.

Adakah aku blogger yang manja? Tidak, selaku blogger aku tidak manja. Jika aku luar dari dunia blogger sahaja, aku manja. Pernah aku menulis entri yang menceritakan yang aku manja ? Jiwang ade la.. Jadi mari kita mengenal pasti bentuk ciri-ciri seseorang yang manja. Di samping itu mari lah kita check diri kita. Mana lah tahu kalo ada yang sama.

1. Suka mengambil Berat
-ah mengambil berat. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul. Ringan Sama Dijinjing. Yang Berat Kau Pikul. Yang Ringan Aku Jinjing. Aku tak boleh pikul barang berat-berat ini. Sakit bahu. Senang cerita ramai lebih suka melihat. Berat Mata Memandang Berat lagi Badan Aku.


2.Amat Suka Benda-benda Cute.
-Cute dalam bahasa Melayunya adalah comel. Apa itu COmel? COmel bukan spesis bintang yang terancam. Comel itu satu kata sifat yang mengambarkan keindahan yang mampu menitiskan air mata. Aku suka melihat benda-benda comel. Seperti Teddy Bear, Kucing, Ungka dan lain-lain. Melihat Sesuatu comel juga boleh menyebabkan aku geram sehingga tersepak benda cute itu.

3.Romantik dan pandai berkata manis.
-Ahaks.Apa kah romantik dan pandai berkata manis tidak sama? Bila romantik, sudah pasti pandai berkata manis. Jadi apa kaitannya dengan manja? Hmm..susah nak ditafsirkan. Romantik manja. Manja Romatik berkata manis. Sebutan yang hampir sama dan juga mempunyai maksud yang serupa. Jadi romantik untuk bermanja? Mungkin. Boleh pakai ke?

Haha..definasi manja ini ada pelbagai. Macam-macam website aku google. Macam-macam orang aku tanya. Yang aku tak buat. Bertanya kepada kerepek. Apa gila ke tanya kat kerepek. Definasi Manja, ada kat semua orang.Masing-masing ada punya cara. punya gaya, punya idea. Manja yang tak kena tempat boleh diisytihar mengada-ngada dan hukumannya adalah hamburan maki hamun. Bukan tak kasi. Tak digalakkan agar tidak bertambah dosa dan muntah hijo.

p/s:sori entri makin lame makin tak best.
rase cam ada orang sumpah.

Entri Malas

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.


Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

p/s:sori kalo ade yang penah bace. ari ni tak dak idea.terpakse guna hikmat kopipasta

Karya Buruk II

Aku rasa yang ini Buruk


Hasil Kerjasama Macha membentuk karya buruk ini. Jangan Tempah kalo berani.

Live Dari Akihabara, Jepun

Masih hidup kah aku? Tenggelam kah aku? atau hilang dek makan anai-anai kah ku?..haha..aku bukan la sebatang pokok. Aku hanya seorang manusia yang hanya mengalami sakit sedikit apabila di gigit nyamuk. bukan setakat nyamuk sahaja. beruang lembut jika dibaling tepat ke arah muka ku. Boleh menyebabkan kesakitan yang sedikit. Aku bukan lah manusia paranormal. bukan kebal.

Aku mendapati rata-rata blogger ada yang meracau-racau apabila setelah Friendster mereka kehilangan beratus-ratus kawan setelah website itu dinaik semula. Kesian? Tidak sama sekali. Aku hanya duduk diam. Ketawa berdekah-dekah. Aku tidak ketagih Friendster. Tidak menatap 24jam website itu. Tidak menjadikan Friendster sebagai home. Tidak membookmark Friendster. Dan aku mengaku, aku juga ada akaun Friendster. Pelik kan? Pelik tapi benar. Benar sekali. Bunyikan hon tanda setuju.

Hal ini telah membuat aku berfikir secara lebih rasional lagi. Apa penting nya Friendster dalam kehidupan seharian? Agak Pak Lah ada Friendster tak? dan lagi penting, sekiranya Pak Lah ada akaun FS berani die nak add aku? Mesti tak. Sebab aku buat private dan sapa-sapa nak add mesti la kena tahu emel aku. Mungkin Pak Lah terpaksa mengarahkan hacker-hacker beliau untuk mencari emel fs aku? Siapa tahu. Usaha tangga kejayaan.

Walaupun aku masih di Jepun keluhan ramai yang tidak berpuas hati pasal ini aku dengari. Jangan duk melatah je. Penat anda. Apa kata duduk dulu dan nikmati secawan teh atau kopi. Duk di meja bulat. Bersidang. Cari penyelesaian. Mudah bukan? Satu kepala tidak se pawaa 5 kepala.

Random Pic kat Akihabara. Dua tengah aku punya. Yang lain korang berebut.

Live Dari Osaka, Jepun

Selamat Petang Semua, Aku sekarang tengah menulis blog betul-betul di Jepun. Sejuk yang amat aku rasa kan. Hmm.. Korang jangan percaya sangat wartawan En. Sordi tu. Cakap aku tak mahu update. Tengok aku update gak demi korang. Hari ini aku tak mahu bercakap pasal Jepun. Tak Menarik pun. Best lagi Belakang Rumah korang. Pagi-pagi leh tgk awek jiran sebelah jemur kain. *menitik air liur a.k.a drooling*.. Kat sini ape ada..semua nak bermini skirt...*menitik darah dari hidung*..

Aku lebih suka berborak pasal fenomena atau gejala-gejala yang berlaku pada manusia di Malaysia. Sebab itu la aku menulis dalam bahasa Malaysia. Kalau nak cakap pasal rakyat German, aku tulis dalam jerman, cakap pasal rakyat France, tulis dalam France, dan et cetera. Okeh. Aku berhenti di sini untuk memberi laluan kepada iklan.

Comel tak? Adik angkat aku di Osaka

Osaka, Jepun?

Melaka-November 15, Entri untuk 3 hari akan datang tidak diupdate kerana DarkK akan ke Osaka, Jepun untuk melihat rama-rama bersalin. Pelik tetapi benar. Benar sekali. Bunyikan hon tanda setuju. Beliau dijadualkan akan bertemu Perdana Menteri Jepun untuk mengambil anime dan juga manga. Sesi Bergambar dengan Morning Musume untuk cover album terbaru mereka akan dijalankan selepas itu. Tidak lupa juga, sesi bertepuk bahu dengan maharaja dan kerabat yang diadakan di Istana Jepun.

Di Sinilah Sesi Bertepuk Bahu dengan Kerabat Maharaja Jepun dijalankan

Terang pengurus beliau lagi, beliau akan ke Akihabara untuk membeli model kit gundam dan juga beberapa alat mainan untuk dijadikan koleksi sendiri. Beliau berpesan, "Bole kalo nk kirim, bak duit dulu. Aku bawak cukup-cukup je". Tambah beliau lagi " Toksah ngade nak kem ramen ke sushi ke, cam kat Malaysia takde je".

"Sape-sapa yang suh aku bawak balik kain rentang kat Akihabara, memang nak kena!!" tegas DarkK

Tonkatsu-antara barangan kiriman yang dilarang

Tujuan lawatan DarkK ke Jepun adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia. Ini adalah satu langkah yang baik kerana kebanyakkan rakyat malaysia sudah dipengaruhi oleh budaya Jepun. Bagus atau tidak. Terpulang pada individu sendiri. Saya selaku pemberita hanya mampu berfikir dan geleng kepala.

p/s: memang betul aku tak de. balik kampung..uganda

Soklan Bocor

Kepada

-Macha
-Juejah
-Hajime
-Nad3rah
-Yoshz
-Ratna kut
-Sapa2 lagi..

Pst..pst..ni aku ada soklan bocor utk kamu orang. Mane tahu kalo wartawan The Times tuk datang. Boleh gak kamu orang prepare siap sedia gerak tempur. Berikut adalah soklannya:

01. what is the most important thing in your life ?
02. what is the last thing you bought with your own money ?
03. where do you wish to get married ?
04. how old do you think you will get permanently owned by your lover ?
05. are you in love ?
06. where was the last restaurant you had dinner at ?
07. name the latest book you bought ?
08. what is your full name ?
09. do you prefer mother or father ?
10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time
11. christina or britney ?
12. do you do your own laundry ?
13. the most exciting place you want to go ?
14. hugs or kisses ?
15. point out five things about the person who tagged you
16. eight things i’m passionate about
17. eight books i have read recently
18. eight songs i’ve been listening over and over again
19. eight things i learned this year
20. eight people you tag

Aku jumpe skrip soklan nie tercicir lepas sesi kisses and hugs..die ade banyak. jangan bimbang.soklan tak berubah.

Fakta untuk entri "The Times":
-Sesi temuramah aku berlangsung selama 5jam.
-Blog aku rosak dan bengong
-Mase aku diinterview, Aku ulang dengar lagu yang sama selama 4jam
-Dia tak tanya soklan no 9 tu kat aku
-Siapakah Khadam itu? Jika anda cuba mengalihbahasa interview aku ni, anda adalah khadam yang kami cari
-Hasil Kutipan Sesi Kisses and Hugs akan dimasukkan ke dalam dana Yayasan "Help Darkk.So He can play WoW Again".

The Times

Ah, baru bukak blog tak sampai sebulan dah ada orang nak temuramah. Kalau bukak website, mungkin aku boleh jadi kaya. Kaya...kaya..*ehuk-ehuk* kyaa..kyaa..kyaa..Nak-nak dari Majalah The Times. Kabar nya Headlines. Aku terkesima gembira dalam hati. Duduk diam buat tak tahu tanda ego.

Jadi ape soklan-soklannya? Aku hanya sedikit lupa. Berikut adalah isi-isi temuramah The Times dengan aku. Huhu

The Times(TT): Hello sir! Nice to meet u. And Thanks to you for having this interview with us.
Aku: Ahaks hello to you too. To have me as headlines such an honor for me. Btw, can i answer all the questions in the my own language. u can have my own translator to translate for u.

TT: Ah, that is good. Of course sir, of course.
Aku: Ah, good. I call my translator. Khadam..khadam..Datang sini kejap. Tolong dubkan aku nye sore ne..
Khadam: Baek thuan. Hamba datang.

Khadam akan mengalihbahasa semua jawapan aku. Jadi tak payah aku nak tulis balek.

TT: OKey, first question. what is the most important thing in your life ?
Aku: hmm..things is barang. kalau macam itu. barang yang terpenting aku adalah combi aku. tak lupa juga kipas angin aku. wallet. dalam wallet ade ic, lesen, kad ATM, resit. Ah resit tak penting. Tapi kalo dalam wallet tak de resit rasa cam bukan wallet aku. Jadi resit penting gak, supaya aku dapat mengenalpasti itu wallet aku.

TT: Intersting Sir, Very Intersting. Okay next. What is the last thing you bought with your own money ?
Aku: Huh? Apa kena The Times tanya soklan camni. Last barang aku beli adalah kedai makan "Kenang Semalam Sehati Jiwa" untuk Lily. Well anything for my Lily. Hai Lily, i masuk The Times ni. U jangan Jeles ek.

TT: *smile* So, where do you wish to get married ?
Aku: Sok sek sok sek *bisik-bisik dengan pengurus*. Ini terlalu peribadi untuk saya perkatakan. Jadi bila sudah sampai masa. Pihak Tuan akan dijemput utk membuat coverage perkahwinan saya.

TT: Owh, i m sorry. I dont intend to do so. So , I suppose u will ignore this both two ,"how old do you think you will get permanently owned by your lover ?" and "Are you in love ?" question?
Aku: *bisik dengan pengurus* Saya hanya akan menjawap soklan yang kedua. Yes. I am. Dengan Lily. And please. jangan tanya pasal Lily. Bace blog saya kalau nk tahu lebih lanjut.

TT: Wow, happy to heard that. Next,where was the last restaurant you had dinner at ?
Aku: Kenang Selalu. Saja nak test rase makanan rival. Dah la nama restarant pun lebih kurang sama. Marah betul aku. *sambil menyepak meja*

TT: Whooaa..cool down sir. Take it easy.*Berpeluh* So I will ask you to name the latest book you bought.
Aku: Mangga. Ahaks. Nak la pulak aku beli majalah gossip artis malaysia. Boolayan la. Cerita sama tambah dosa. Jadi,Jawapan sebenar adalah Ayat-ayat Cinta hasil nukilan Habiburrahman El Shirazy. Tapi aku tak baca. Aku tengok movie die je. Jimat Masa. Buku aku buat penyedal pintu.

TT: Aha, nice one sir. what is your full name ?
Aku: Lak..dah banyak soklan baru tanye nama. Ok la. Nama penuh darksideofgaban. Ada orang panggil dark. Ada orang panggil gaban. Diorang tak tahu yang gaban tu nama bapak aku. Selambe badak je panggil. Wei..ingat zaman sekolah rendah ke panggil nama bapak-bapak. Zaman dah berubah la, dunia dah maju. Mentaliti tinggi la sikit. Marah betul aku *sambil menyepak meja 2*

TT: Whooaa..cool down sir. Take it easy.*Berpeluh*.Name a person that you really wish to meet in your real life for the first time.
Aku: Lily. Aku pun tak tahu siapa Lily tu sebenarnya. Selama ini aku duk sebut-sebut. Duk tulis-tulis. And still tak pernah meet her in my real life. So gadis-gadis yang bernama Lily itu atau mempunyai ciri-ciri seperti Lily, Sila drop resume, cover letter kat darkk-avakadabra.blogspot.com. Mana la tahu. Mungkin anda yang kami cari.

TT: Haha. Good Ones Sir. christina or britney ?
Aku: Apa kaitan dunia aku dengan dunia mereka? Pass. Aku tak suka. Berambus mereka dari hidup ku. Nyah. Tapi Britney nye TOxic VC, saya suka. La la la la

TT: *giggles* I also like that one too sir. Do you do your own laundry ?
Aku: Yes, tapi sejak saya beli mesin basuh percuma khadam nie. saya tak buat dah keje-keje ini. Jimat Masa. Khadam yang percuma saya buat penyedal pintu. Masih guna khadam yang lama. Tidak membazir.

TT: How nobel u are, Sir . So what the most exciting place you want to go ?
Aku: Aku? Nobel? U hit it rite. Haha. untuk menjawap soklan itu, saya ingin menelefon mak saya. *Tekan telefon* Hello Mak. Mak, tempat paling mak nak pegi kat mane? Ape? Mekah? OK-OK. Mak tolong masukkan du..* tut tut..letak Telefon*. Jadi jawapan mak saya adalah jawapan saya. Saya akan pegi tempat yang mak saya suka. Kerana tempat itu menjadi lebih exciting kalau pegi dengan mak. Percaya la. Dem..tak sempat mintak duit ngan mak.


TT: How nobel u are, Sir. Thinking about Family. SO, Hugs or Kisses?
Aku: Dua-dua saya suka. Gadis yang terpilih sahaja. Lelaki pun boleh. Tapi Hug Sahaja. Kiss boleh bagi kat En Sordi. Hug 50sen. Kiss Seringgit. Okeh kita boleh mulakan sekarang. *crowd cheering* Jangan Berebut. Tolong Beratur Ya. Buat Barisan. Yang Belakang tu. Buat Barisan Baru.

TT: Looks like the crowrd really want u rite now. So i will go though the question very fast. So, are u ready sir? U have one second to answer one point.
Aku: Memang dilahirkan untuk bersedia. Malah makna nama saya pun siap sedia.

TT: Very Good. Here it comes. Point out five things about the person who tagged you. 5 Second from Now
Aku: (Dem Tag mende nie..bukan interview ke) ....Err..nobel..arits..gurl..jiwang..

*crowd still cheering*

TT:So ur answers are err, nobel, arits, gurl and jiwang. Amrite? Next question, eight things i’m passionate about?
Aku: (Passionate mende ne? Mane la aku tahu ko suke ape).. Football, Arts, Manga, Anime, Games, Family, PS3, Gundam.

TT: Impressive Sir. eight books i have read recently?
Aku: (Kenape Aku kena jawap apa die suke?)..Harry Potter..Dare to Fail..Kreko..Ayat-ayat Cinta 6 Chapter je..Manual Gundam..Nota Micro C..Tutor DSP..Buku Tamadun Islam..

TT: Very Good. eight songs i’ve been listening over and over again?
Aku: (Ah racist betul la. Ni interview aku utk cite pasal die ke?)..Make it Mine..Lucky..Butterfly..Takdir Cinta..Ayat-ayat Cinta..I m yours..Dou ni mo Tomaranai..Koi no Dial 6700..

TT: Eight things i learned this year?
Aku: (Apa yang ko belajar tahun ni Kiss MY A * * )..Marah tul aku..Bawak Moto Lepas Tangan..SMS atas Moto..Buat blog..Buat FS..Belajar Kenal Lily..Bersiul..Ikat Mati Tali Kasut Orang lain..

TT: Good Sir, Well Done. So, I think u did wanna relax on this last question. yes?
Aku: Yes, u bet i did. (Aduh la mamat nie..tanye soklan pasal diri dia. Saje nak test feeling aku terhadap beliau la ni)

TT: So the last question is name eight people will you tag.
Aku: Huh? Tag? mende nie? Bukan Interview ke?

TT: Ah, Sorry sir. Correction. Eight People u ask me to interview.
Aku: Aha..caka bia molek..err..kene ke nak interview orang lain nie? Kalau tak payah boleh tak? Biar saya glamour sorang. Emm..okeh la..Saye suh kamu pegi interview.. Macha..Juejah..Nad3rah..Mahaguru Hajime..Err..Sape lagi ek..Ratna kut..Yoshz die bz..dan sape-sape lagi la. Asal Cukup Lapan. Sape yang kena interview bagitahu saya. Tak kesah la post dalam comment ke..menjerit bagi tahu kat kotak menjerit ke..mane2 lah..ym pn boleh..asal bagitahu dulu. Senang skit aku nak arahkan wartawan ini pegi cari kamu.

TT: Thanks to Have U ON this very beautiful evening, Sir.
Aku: Aku tahu. Time kasih gak sudi datang kat teratak indah mahligai aku ni.

TT: Goodbye.
Aku: Goodbye and Tata.

Itu sahaja. Penat aku sebab lepas tu ada sesi kisses and hugs pulak. Aku surrender da pasni kalau ade sesi interview. Haha..

Komen kalau Berani

Karya Buruk


Memang buruk. Komen kalo perlu.

Aku Rase Nak Sepak Orang

Ya, pernah kah anda mendengar ungkapan seperti begitu di kala anda sedang khusyuk membuat sesuatu. Aku pernah. Di kala sedang asyik bermain game atau pun menulis assigment atau pun sedang asyik memandang awek jiran sebelah, terdengar satu jeritan yang menyatakan beliau ingin menyepak seseorang.

Agak terganggu bukan? Boleh mendatangkan rusing kepada diri sendiri dan juga masyarakat sekitar. Kenapa perkara itu boleh berlaku? Tekanan Emosi? Bosan dengan Hidup? Mari kita dekati fenomena ini.

Fenomena "Aku Rase Nak Sepak Orang"

"Aku Rase Nak Sepak Orang" atau dalam bahasa inggeris nya adalah "I Want To Kick Somebody" membawa maskud seseorang itu ingin menggunakan kakinya sebagai medium untuk menyakiti orang yang lain dengan cara yang agak kasar. Dengar seperti agak bahaya bukan?

Sudah semestinya. Nak-nak lagi jika medium itu dipakaikan dengan kasut atau boot yang bersesuaian. Impak nya amat terasa sehingga boleh medatangkan kemarahan atau kesedihan pihak yang di sakiti itu. Menarik bukan? Sudah Semestinya.



*Dilarang memakai Boot Seperti Di Atas Jika Anda Sudah terjebak dengan Fenomena ini*


Sudah Dua Kali Aku mengulangi Sudah Semestinya. Adakah ini membawa kepada satu fenomena juga? Perkara ini akan aku kupas dalam entri yang akan datang. Jadi berbalik kepada topik asal,apa yang seronok nya meyebut perkataan ini. Aku pernah melihat orang hanya menyebut ayat itu tetapi tidak melakukannya. Just Talk The Talk but Not Walk The Talk. Pelik juga bukan?

Pelik tetapi benar. Benar sekali kata encik. Bunyikan hon tanda setuju. Mengikut pendapat blogger, golongan yang hanya menyebut ini adalah golongan yang berimaginasi tinggi. Golongan yang berseni. Abstark. Dengan hanya menyebut ayat "Aku Rasa Nak Sepak Orang" sudah memadai.

*Aktiviti Sepak Yang Sihat*

Mereka menyebut sambil mereka membayangkan dalam minda mereka yang mereka sedang menyepak orang hingga kepala orang itu berkecai. Hancur lunyai dan juga lain-lain lagi. Golongan ini tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Malah mereka sendiri mesra alam.

Terdapat juga,golongan yang dikelaskan "Walk The Talk". Mereka yang berada golongan ini biasanya tidak suka kepada seni. Bersifat Teori dan Pratikal. Tidak suka akan imaginasi. Golongan ini biasanya membahayakan kepada masyarakat dan alam di sekeliling. Kerana?

Apabila beliau yang berada dalam golongan ini menyebut "Aku Rase Nak Sepak Orang", maka seterusnya diikuti dengan perbuatan tersebut. Mereka akan mencari orang yang terdekat dan terus menyepak. Ngeri bukan? Terdapat juga kes-kes terpencil seperti setelah menyebut ayat itu dan mereka menyepak kucing, botol air, batang pisang, beg plastik dah sebagainya. Hal ini aku telah jelaskan bahawa mereka ini bersifat teori. Teori boleh diubah mengikut keadaan, tempat dan waktu. Jadi kenalpasti golongan ini, dan berhati hati lah.

Ramai tidak menyedari yang mereka sudah terlibat dengan fenomena ini. Ujian Air Kencing, Ujian Kertas Litmus, Test JPJ dan sebagainya sebenarnya tidak membantu untuk mengenalpasti jika anda sudah terlibat dengan fenomena ini. Yang membantu hanyalah sedikit muhasabah diri dan pop kuiz diri bersama rakan dan keluarga.

*Salah Satu Keadah yang salah untuk mengenalpasti fenomena ini*

Jika anda sudah terlibat dengan fenomena ini, kenalpasti pula anda berada di golongan yang mana,"TALK THE TALK" atau pun "WALK THE TALK". Biasanya, golongan "TALK THE TALK" tidak memerlukan bantuan dan normal. Akan Tetapi, golongan "WALK THE TALK" yang memerlukan bantuan. Sila Rujuk Ke Klinik yang terdekat sekiranya memerlukan bantuan. Kalau tak, Hentam sajalah Labu.

Malam Yang Sejuk

Lily terketar-ketar. Nak saja aku peluk memanaskan Lily. Tapi aku tahu. Lily tak suka. Biarkan lah dia. Lagi pun aku dengan dia belum berkahwin. Keadaan peluk memeluk hanya mendatangkan syak wasangka terhadap masyarakat sekitar. Nak-nak Puan Saodah a.k.a Internet Bergerak. Ada benda yang orang buat dia tak suka. Dia canang satu negeri. Kadang-kadang dia buat press conference. Kalau dia cakap apa yang dia nampak sahaja takpe. Ni siap dengan tokok tambah, mitos-mitos dan juga hikyat maharaja untuk menyedapkan cerita.

"U.." rengek Lily.
"Ye u?..ada ape?"Spotan ku.
"Sejuk la. Jom pegi tempat panas"
"Lagi pun i lapar la u.."sambung Lily lagi.

Ah.kesian Lily ku. Dia lapar. Aku tidak sanggup melihat Lily kelaparan. Aku tidak sanggup melihat dia kesejukan. Dengan pantas, aku memikirkan jawapan pantas. Aduh..aku tidak tahu. Semua tempat sudah kami jelajahi. Bosan la kalau pergi tempat yang sama saje. Aku buntu.

Tiba-tiba, Lily berdiri. Aku tersentak. "U!!..i tahu nak pegi makan kat mana!!" kata Lily. Aku terkesima. Tidak pernah lagi dia memberikan cadangan tempat untuk makan. Selalunya aku. Aku suka memilih tempat-tempat yang romantik. Ha, camne?. Jiwa gak aku ni.

Mataku terpaku kepada Lily. Menantikan perkataan yang seterusnya. "Kite makan kat Kenang Semalam Sehati Sejiwa la ek" kata Lily sampai melengtukkan kepalanya. Adush, comel bila dia buat begitu. Tetapi jiwa aku meronta. Meronta akibat Kenang Semalam Sehati Sejiwa. Aku tak pernah dengar pun.

"Eh kat mane tu?" tanya ku dengan lembut.
"Ala..kat selekoh lepas traffic light dari MMU.
"Aik kat mane tu?"
"Tak tahu ek. Bak kunci kete. Biar i drive"
"Okeh"


Ya. Lily pandai memandu. Kagum tak? Hehe. Aku menghulurkan kunci kereta wira Aeroback ku. Dengan harapan Lily dapat memandunya dengan selamat. Pintu Kereta ku, ku buka untuk Lily. Lily tersenyum manja sambil mengucapkan "terima kasih sayang".

Aku duduk disebelah Lily. Kalau aku duduk di belakang, nampak sangat tidak hormat akan nya. Aku bukanlah orang yang begitu. Deruman enjin berbunyi. Lily memulakan perjalanan dengan bacaan doa. Dengan perlahan Lily menolak gear dan terus menluncur laju.

Sepanjang perjalanan, tiada apa-apa yang berlaku. Aku hanya mengikut rentak lagu yang ke udara. Menghentak-hentak kaki. Feeling sakan. Sekali sekala, Lily menjeling sinis kepada aku. Ahaha. kejadian itu selalu berlaku jika dia memandu kereta ku. Kelompak mataku mula berat. Aku tertidur dengan penuh rasa bahagia.

"U..oo..u.."panggil Lily. Aku tersedar. "U..dah sampai la u" sambung Lily lagi. Aku terkebil-kebil. ah, sudah sampai rupanya. Perjalanan tidak lah jauh mana.
Tetapi aku tetap tidur. Aku keluar dari kereta. Lily pun turut keluar.

Owh, kedai ini lah yang dipanggil Kenang Semalam Sehati Sejiwa rupanya. Ceh kedai mamak rupanya. Aku ingatkan apa tadi. Kedai Mamak memang merupakan least favourite aku ketika aku keluar dengan Lily. Bukan nya apa. Kurang Romantik.

"La u..i igt kan fast food ke ape ke.."
"Eh, bila i cakap fast food..sekali sekala meh la pekena mamak"
"I dengar roti naan kat sini sedap" tambah Lily.
"Ek?..boleh la kalo camtu. U punye pasal terjun lombong i sanggup"
"Eh u ni, jangan la. Kalu u terjun lombong, tinggal i sorang-sorang..i tak sanggup"

Terus Lily mecubit lengan ku yang pejal. Aku tahu. Lily tidak suka aku bergurau pasal terjun-terjun ni. Sekali sekali aku suka mengusiknya. Untuk memeriahkan keadaan.

Kami berjalan pantas menuju ke satu meja yang kosong. Bukan setakat meja. Kerusi pun ada. Aku menarik kerusi untuk Lily duduk. Sekali lagi Lily mengucapkan "Terima Kasih Sayang". Hati berbunga. Mata ku liar mencari mamak untuk mengorder makanan. Ku petik jari. Maka, satu tubuh yang besar, gagah menghampir meja kami.

"Ya encek. Apa oda makan?"
"Roti Naan Satu Set" jawab Lily.
"Err..tak makan" jawap aku.
"oda minum?"
"Tebu ade?"

Mamak itu terkesima. Mungkin tidak tahu apa itu tebu.

"Tebu..tebu dalam botol" terang aku
"Adaa..."
"Yang macam soya tu"
"Adaa..Adaaa.."
"Tebu taw"
"Tebu..botol..soya..soya adaa.."
"TEBU LA!!!.." Lily dan aku serentak menjawab

Damn. Ni la kalo order kat mamak, order lain dapat lain. Belum order dah dapat. Kadang-kadang baru je sampai duduk, dia dah kira. Kadang-kadang aku rase persatuan mamak kat malaysia kene ambek kursus bahasa baru leh jadi waiter. Tak de la sampai maki-maki kalo salah antar order. Ni sekadar cadangan dan pendapat. Bukannya racist ke apa. Tapi Untuk kesenangan Semua.

*tebu dan soya hanya berbeza warna, bukan bekasnya*

Selamat Tinggal Internet

Aku banyak membaca blog sejak akhir-akhir ini. Banyak blog yang memberi infomasi, ada juga yang tidak memberi infomasi tetapi gelak tawa hilai tawa macam pontianak. Masing-masing punya idea. Punya cara. Aku juga terpengaruh dengan idea dan karya mereka. Tidak terlepas dari sifat manusia. Meniru. Mengubah. Mempergunakan. Aku perlukan idea tersendiri. Idea yang tidak pernah diterfikir oleh manusia lain. Jadi hari ini aku ingin membawa korang semua berfikir sejenak. Tajuk hari ini adalah;

Perlukah kita mengucapkan Selamat Tinggal kepada Internet?

Internet? Apa itu Internet? Aku tidak pernah tahu apa itu internet. Aku mula guna Internet sejak darjah 2. Ketika itu, papa ku pulang dari kota, papa ku belikan komputar. Komputar kecil warna merah. Boleh bawaku ke sekolah. Pon Pon Pon Pon. Komputar kecil ku berbunyi. Ah, ni la akibat kalau teringat kisah masa muda-muda dulu.

Ada je lagu kanak-kanak yang ingin aku bawa pulang dari masa itu. Nasib baik, mesin masa tidak ada. Kalau tidak, ingin ku pulang pada masa belajar recorder. Main lagu kuih pau. B A G B A G B B B A A A B A G. Tidak pun nyanyi lagu Negaraku berulang-ulang masa kelas musik gara-gara cikgu muzik tak puas hati dengan nyanyian sumbang kami di waktu perhimpunan. Kami rebel. Kami buat lagu Negaraku versi A. Nagaraka, Tanah Tampah nya, Nagaraka..

Sudah dengan mukahdimah zaman-zaman muda dulu. Internet amat penting bagi ku. Tanpa Internet, Hidup ku kurang seri. Tidak seseri budak sekolah BERSERI(bukan nama sebenar). Boleh sahaja aku hidup tanpa Internet. Tapi paling kurang dalam masa 2 minggu sekali, aku pasti menjenguk kembali dunia Internet. Buat ComeBack. Mana tahu ada yang rindu.

Aku tidak mahu bercakap pasal ini dari sudut pandangan aku. Kerana aku rasa tidak perlu kita nak mengucap Selamat Tinggal kepada Internet. Kerana? Aku Suka Buat Point. Cam Biasa, aku buat 3 point.

1. Sumber Inspirasi
-Memang tidak dinafikan aku suka menjadikan internet ini sumber inspirasi. Aku tidak suka menulis di luar rumah, di tepi-tepi tasik, di taman bunga. Aku suka menulis bila PC aku yang bernama Combi ini mempunyai hubungan internet. Internet slow. Hati Panas. Jiwa kacau. Dengan ada nya internet, aku boleh meluncur dengan penuh inspirasi. Tak de Lancer Evo pun tak pe. Aku tak heran. Nouvo S aku ada.

2. Kebanyakan orang yang aku sayang ada di internet
- Ya, aku juga mempunyai hati. Hati untuk menyayangi orang lain. Terutama sekali aku sayang adalah kamu. Ya, kamu. Kamu yang sedang membaca ni. Ha, Jangan malu. Mengaku sahaja yang kamu sayang aku. Aku tahu. Sayang juga sama kamu. Jadi aku tidak sanggup meninggalkan kamu. Aku setia. Selamat Tinggal Tiada Dalam Kamus Hidup ku.

2. Aku bukan muka plastik, hipokrit.
-Aku tak suka statement Selamat tinggal internet. Buat statement awal-awal cakap nak blah. Tapi tak blah-blah. Eii..tolong la, Geli la anak telinga En Sordi. En Sordi pun tak sanggup nak tinggalkan internet ini. Nanti camne dia nak antar duit kat anak dia, kalau tidak mengunakan perbankan menerusi talian. En Sordi malas tetapi setia. Tidak plastik.

Buduh aku, sejak-sejak akhir ni, aku emo sikit. Tipu la sikit. Banyak pun ada. Jadi sesiapa yang terasa dengan entri aku, duduk,duduk. Yang belakang tu, buat barisan baru.

Kala Mentari Muncul Semula

Pendebatan belum berakhir. Canang sini sapa bagus. Canang sana sapa hebat. Hei aku tak kesah la. Semua orang boleh buat.

Sepak Samad kena Raju. Raju balas kena Chong. Dey tambi. Bukan nak racist sekadar nak bercerita.

Cerita yang aku tak pernah share kat sape. Bace sendiri simpan sendiri xpayah la nk link sana. Link sini. Menyampah. Hiporikit nk kutuk aku. Diri sendiri tak sedar.

Budak kecik lari langgar aku. Pastu pandang tak puas hati. “Apa pandang-pandang??”. Ceh, tak respect langsung. Bukan mintak lebih. Sori pun jadi. Nak je balas dengan penyepak.

Pagi-pagi cam ni sedap kena teh, roti. Tapi emo kalo dapat mee goreng , milo ais. Mana tak nya. Order lain dapat lain. Telinga Pekak ke Apa. Nak cakap ye, tak dak lak tanya nak order apa dalam bahasa isyarat.

Naik motor, meter minyak jarum tunjuk kat E. E for Empty. Argh, Minyak VS Money. Dua-dua tak tahu kalah. Dua-dua Adik beradik. Ingat lagi kat kelas. Enery is Heat. Heat is Fuel. Fuel is Money.

Pergh Exam pulak. Masing-masing kencing. Tak terer kencing. Rosak masa depan. Tak Jujur, Tak Cool. Tak Cool Bukan la Best. Semua nak jadi The Best. The Best of Haprak.

Mintak patikal kilang besar. Diri tak sedar pointer rendah. Bila tak dapat emosi tak tentu pasal. Heboh kilang Cam Bagus. Tepon HR kena “Adek, Adek Belajar Rajin-Rajin Ye. Kitorang nak 3 pointer je”. Haru muka. Padan Muka.

Saje nk emosi hari ini. Kepala pening teguk Nescafe. Saje nak kasi havoc, nak kasi chaos. Nak bagi tahu dunia yang Darkk boleh emo. Emo tak emo. Masing masing punya kepala. Punya idea.

p/s: dari kutuk orang lain.baik kutuk diri sendiri.nnt aku kutuk diri sendiri dlu.pastu kaw2 kutuk org lain.boleh?

Lily

Lily, aku tahu aku tak akan punya diri mu. Tetapi terimalah salam persahabatan dari ku. Sejak ku bertemu mu, aku tahu. Kau lah yang bakal mengubah persepsi diri ku terhadap dunia. Dunia yang kejam dan durjana telah menjadi sesuatu yang indah dan menyeronokkan bagi ku.

Lily, ingatkah mu ketika diri mu ku hadiahi dengan seekor beruang palsu yang berbunyi. Sumpah, aku tidak tahu yang beruang itu boleh berbunyi. Malah, tukang beli itu pun tidak tahu beruang itu berbunyi. “I Love You” ,”I Love You” katanya. Itu pun ku tahu daripada salah seorang kawan ku. Ikhlas ku beri demi mu.

Lily, jantung ini mula berdegup pantas bila terlihat mu. Gerak geri menjadi perhatian ku, inspirasi ku. Pedoman ku hanyalah untuk mu. (Aku tidak tahu maskud pedoman. Aku gunakan sebab cam best je.) Akan tetapi, Aku hanya dapat memerhatikan mu dari jauh.

Lily, aku pernah menulis luahan rasa yang sepatutnya disimpan oleh aku sahaja. Tetapi aku ingin mu tahu bahawa aku ingin kan mu. (Aduh apa yang ku tulis ni. Ayat ulang-ulang.) Demi itu ku sorok luahan rasa di bawah meja mu agar kamu dapat membaca bila terjumpa. Semua aku lakukan agar dapat melembutkan hati mu menerima ku.

Lily, tika tanggal tarikh lahir mu. Aku menghantar mesej hari jadi pada jam 12 malam. Kerna, aku ingin menjadi orang yang pertama yang mengucapkan selamat hari jadi kepada mu. Supaya mu sedar bahawa aku seorang yang setia, mampu memberi apa yang termampu untuk kebahagiaan mu.

Lily, hati ku selalu berzikir nama mu. Tidak pernah sekali pun aku cuba mengubah turutan zikir itu. Yang hanya ada hanya nama mu. Tidak pernah hati ku meronta-ronta kan “Noura, Noura, Noura” atau pun “Farah, Farah Farah”. Hanya ada nama mu. Hanya nama mu.

Lily, aku takut kehilangan mu. Pernah sekali aku berasa amat takut sekali akan kehilangan mu. Ketika ku tahu mu dihantar ke utara. Aku di timur. Aku rasa amat chuak. Menalifon mu berkali-kali agar dapat ku sampai kan pesanan dan amanat. Tika itu juga, aku secara tidak sengaja terpancul “Saya Sayang Awak”.

Lily, aku tahu jiwa mu keras bagaikan batu. Aku kerap berdiskusi dengan rakan ku. Siapakah yang bakal dipilih oleh mu. Menjadi jantung hati mu. Kerana sudah berkali aku mencuba dan mencuba. Gagal semuanya.

Lily, untuk menambahkan simbolik nya karya ku ini. Aku telah menyebut namamu sebanyak 9 kali. Ya, 9 . 9 cubaan ku memikat hati mu dalam masa 5 tahun telah gagal. Kini aku hanya memerhatikan mu tanpa perasaan inginkan mu. Aku telah gagal. Tiada lagi cubaan ke 10. Keputusan ku keputusan muktamad. Akan tetapi…

Gagal Sembilan Kali, Bukan Bermakna Gagal Selamanya.


*oh lily ku *

p/s:hikmat copypasta peringkat ke 6 digunakan untuk entri kali ini. Nampak sikit aku ni jiwang. hati ropol-ropol

Bintang

Ya, Bintang. Terima Kasih kepada juejah yang meminta idea dari ku. Tetapi aku sendiri yang menggunakannya.

*bintang dalam imaginasi pengarang*

Okay. Bercakap pasal bintang, ramai orang fikir satu benda yang bercahaya di waktu malam. Ya, aku mula-mula fikir begitu juga. Tetapi setelah hidup selam 0.2 abad, aku tahu perkataan "bintang" ini banyak digunakan di mana sahaja. Tak kira tempat atau pun waktu. Antara contoh, Bukit Bintang. Nama Tempat. Mengapa tempat itu dinamakan Bukit Bintang? Aku menjawab mungkin kerana tempat itu selalu bercahaya di waktu malam oleh dek lampu-lampu neon yang bercahaya. Mungkin la, aku sendiri pun tak tahu.

Sebut pasal bintang juga, ianya mengingatkan aku pasal Rubiah Bintang atau lebih glamournya Rubiah Star. Beliau merupakan junior aku di masa aku sekolah dahulu. Dari sudut pandangan aku, aku merasakan beliau ini seorang yang kurang lawa, gedik dan agak menyampah. Tak tahu lah di sudut pandangan orang lain yang menganggap dia adalah seorang yang bercahaya, suci lagi murni, budi perkerti malahan semua sifat-sifat positive lagi. Beliau mempunyai misi.

Ya, misi. Bukan Misi Nurse, tetapi mission. Apakah Mission itu? Hmm..Misi itu adalah mengangkat semua senior-senior lelaki menjadi abang angkat beliau. Bukan setakat senior, malah budak junior yang baru masuk pun boleh diangkatkannya. Kawan-kawan ku turut menjadi mangsa. Bukan satu atau dua, malahlah lebih dari tiga. Aku terkesima. Aku terlepas dari menjadi mangsa kerana awal-awal aku masuk, aku telah mengatakan "bodo" kepada beliau.

Ah, begitu biadap aku dengan Rubiah Star, gadis idaman malaya. Haha..mampus. Ada ke nk urut kaki aku masa hari sukan? aku tahu ar terseliuh. tapi xyah ar beria-ia nk ambek plastik.Balut tangan dia.pastu urut aku. Aduh. memang tak leh blah. Terlepas perkataan bodo sudah. Ah, terkeluar sudah bahasa rojak ku. Marah betul aku nampaknya.

Kita abaikan pasal Rubiah Star. Kita berborak pasal bintang yang lain. Seperti Majalah Bintang Kecil. Ha. aku rasa aku tidak pernah mebelek-belek majalah ini. Tapi cover nya menyebabkan aku tahu semua isi kandungan. Yang pasti, dalam majalah tu. Tiada manga Naruto.

*bintang dan rapi; bila bertemu*

Banyak boleh aku coretkan pasal bintang ini. Tetapi akibat kekekangan waktu, aku hanya mampu menulis beberapa point. Kalau aku ada masa, akan ku update entri ini dengan pantas.

*bintang dan senja*


p/s:nantikan entri aku "tebu dan soya 3:tomb of the dragon king"

Berbual Dengan Kerepek Siri II

Siri II
darkk: emm..wahai kerepek, apakah kesukaan mu di waktu lapang?
kerepek: aku? lapang? apa itu lapang?

kerepek:ah...sudah..ko suke mempergunakan aku di waktu lapang.
kerepek:aku tak suka.
kerepek:nanti macam-macam kau kutuk aku.
darkk: emm..okay la wahai kerepek
darkk:Aku pegi tanya chaos-ranger. Mungkin dia boleh memberi aku idea.

Aku berlalu dengan sepantas again mencari chaos-ranger

darkk:emm..wahai chaos-ranger, apakah kegemaran mu di waktu lapang?

chaos-ranger: aku? lapang? suka tengok anime. Kadang-kadang aku pergi "kerja"
chaos-ranger:ko tahu aku kerja apa?
darkk: tak tahu
chaos-ranger: aku pergi kerja sambil pegi membawa awek-awek tengok wayang
darkk: wah..ko suka mengorat awek ya?
chaos-ranger: tak lah. aku suka "kawan" je
darkk: owh..camtu ek??
darkk: ko xtak nak bagi aku idea ke?

chaos-ranger: xde idea ar..
chaos-ranger: jap

chaos-ranger:aku ngh download 3gp
darkk: ko dload 3gp ape?
chaos-ranger: 3gp islamic.

chaos-ranger: hehe..
chaos-ranger:ok ah..aku nk main dokapon..bye2..

darkk:emm..okeh..bye..
Haha..tu la sedikit sedutan dari hasil perbualan kali ini. Aku suka bertanya kepada kawan-kawanku. Kadang-kadang kawan-kawan lah memberi aku untuk menulis entri ini. Korang semua mesti tertanya-tanya siapakah chaos-ranger ini. Misteri bukan? Jadi nya, entri kali ini adalah:

Siapakah Chaos-Ranger ?

Aku suka bagi point-point; jadi aku bagi aku bagi (ya. aku suka mengulang perkataan) 3 point untuk memperkenalkan Chaos-Ranger.

*adakah ini chaos-ranger?-sumber dari google image*

1.Seorang Pencinta Wanita
Beliau seorang yang amat menyukai gadis-gadis sahaja dan beliau tidak memilih. Tapi kebanyakkan beliau hanya memilih ikan-ikan kecil sahaja. Itu secara realiti. Tetapi di dalam dunia maya, dia hanya memilih ikan-ikan besar. Ikan kecik dia dissaprove dan terus block profile.

2.Pengumpul Anime Manga terhebat
Sebut sahaja tajuk Anime atau Manga. Pasti dia cakap "aku dah delete". Ya, beliau hanya mengumpul untuk di delete. Haha..ramai yang jenis ini. Termasuk la aku. Ya, aku. Tapi aku bukan la chaos-ranger. Aku darkk yang suka melihat dan delete. Aku tidak mengumpul. Hehe..Beliau suka memberi alasan hardisk penuh atau sebagainya;

3.Peminat .3GP
Pasti korang igt 3gp ehem-ehem kan? haha..aku tahu korang mesti ingat yang tu. Tapi sebenarnya tak, die memang suke cari video-video 3gp yang islamic. Tapi pernah ke korang tgk 3gp islamic? aku setakat ni ada la juga jumpa satu dua. Tapi masalahnya, dia ada banyak. Hmm..aku rase islamik terbalek kot.Hehe..

Haha..sebenarnya Chaos-ranger ini bukanlah indivindu. Tetapi sikap yang mungkin ada dalam diri sendiri. Aku tak cakap semua orang wajib ada. Sebahagian. Eh bukan 1/2 tapi segenlintir la. Mungkin dalam 0.02% aku rasa la. Jadi, musabah la diri masing-masing.

p/s:nantikan entri "tebu dan soya 2"

Saya Suka Nasi Ayam

Saya Suka Makan Nasi Ayam.Ya, semua orang suka nasi ayam terutama aku. Ramai orang suka makan nasi ayam. Eh, tiba-tiba rasa nak makan nasi ayam pula. Siapa boleh belikan? Cik Maimun? Pn Kah? Atau En Soleh? Haha. Kesian kepada meraka semua menjadi hamba kepada aku

*nasi ayam yang diimport dari Uganda*

Hari ini aku update entri pantas sahaja, Saya Suka Makan Nasi Ayam. Ya, itulah ayat time aku tak dak idea sangat atau pun blur tak tahu nak tulis apa. "Saya Suka Makan Nasi Ayam" juga menjadi ayat kalau nak test pen kat kedai. Aku suka tulis ayat itu.

"Saya Suka Makan Nasi Ayam"

Kalau korang pergi kedai nampak ayat itu kat test board. Maknanya, darkk was here

Selamat Mencuba. Apa ayat unik korang?

p/s:nantikan post aku bertajuk "Tebu & Soya"

Update Secara Rocket

Aku mengupdate secara pantas due to Exam Week

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails