Pages

Berita Randum: Sony Playstation Phone



Sony akhirnya telah menggabungkan teknologi gaming dengan telefon bimbit. Setelah lama mendesas desus, akhirnya persoalan ini telah terjawab. Sony bakal menlancarkan Sony Playstation Phone. Dikabarkan juga, bakal mengunakan sistem operasi terbuka Android 3.0 dan akan dikustomkan dengan Sony Marketplace. Gambar diatas, dikatakan Smartphone itu masih lagi dalam prototype.

Apa-apa pun, tiada lagi maklumat lanjut dari pihak Sony. Tapi ini buleh dikatakan berita gembira bagi peminat game dan handphone!

Sumber: Engadget

BW

Oh. Baru saya faham apa itu BW yang biasa orang tulis dekat shoutbox. Selama ini saya ingat benda lain.

BW itu adalah Blog Walking. Dan bukannya Brood War. Brood War adalah sebuah judul permainan elektronik dan nama panjangnya Starcraft: Brood War.

Ini lah maksud BW yang saya ingat selama ini.


Akhirnya ini telah merungkai semua permasalahan saya selama ini. Susah jugak jadi geek ni ya. Bila banyak benda minat, term-term susah jadi terhafal. Benda mudah jadi susah.

Sebab itu, UrbanDictionary sentiasa digunakan apabila mengular di internet.

Benda Baru

Bila kita jumpa sesuatu baru yang mahu ditunjukkan atau dikongikan kepada rakan-rakan lain, pasti ada suara sumbang yang mengatakan benda itu sudah lapuk atau lama.

Sekali sekali, terbakar juga bila dapat respon macam tu. Tapi kita kewl down. Kita bidas balik,

"Maaflah. Saya dulu tak ada masa nak tengok semua benda dalam internet. Hari ini baru jumpa. Kira nasib baik lah. Kamu dulu ada nasib baik macam saya? Ada? Ada?"

p/s: masa saya menulis entri ini, saya sudah lambat ke kelas 28 minit.

Tag Gambar Fesbuk

Kamu ada fesbuk? Kalu ada, kamu pasti memahami fungsi tag. Fungsi tag ini digunakan meluas dalam fesbuk. Kita buleh tag orang melalui status, notes, video dan link. Tapi tag melalui gambar merupakan fungsi yang paling popular digunakan. Tag ini amat berguna untuk memberitahu siapa yang ada didalam gambar tersebut. Dengan adanya tag ini, maka senang lah seseorang itu untuk berkenalan dengan awek/pakwe baru kerana tag dapat membuat kita pergi terus ke profile awek/pakwe tersebut. Kita juga buleh tahu yang gambar kita sudah dipaparkan di fesbuk apabila orang itu mengtag gambar kita. Kebiasaannya, tag ini gunakan apabila melibat gambar berkumpulan, berdua, gambar bertiga atau pun gambar solo yang bukan melibatkan diri pengetag itu.

Tapi apa pula fungsi tag diri sendiri untuk gambar solo sendiri yang sememangnya di bawah album gambar sendiri di profile sendiri.

Saya merungkai persoalan ini.

Orang itu bakal lupa macam mana muka sendiri. Apabila dia melihat kembali album gambar profile sendiri, dia tidak cam macam mana rupanya. Dia pasti tertanya-tanya. Siapakah yang ada di dalam gambar solo yang berada dalam album gambarnya. Tapi dengan hasil tag yang dia lakukan pada masa lepas, dia pasti berkata, "Oh. Ini aku rupanya"

Apakah Ini Saya Tidak-



Anda laparkan cabaran ? Jika ya, maka saya cabar anda habiskan satu tiub penuh kerepek kentang Blueberry & Hazelnut dari Pringles. Ada berani ?

p/s 1 : ini bukan entri advertorial. sumpah.
p/s 2 : juga terdapat dalam perisa Lemon & Sesame. Ini baru betul snek 'pencuci mulut'.

Overview Cincai: Anime Musim Luruh 2010

Berikut ialah senarai pendek anime mesti tonton musim ini [ Fall 2010 ] bagi mereka-mereka disini yang minat ataupun gemar menonton anime. Oh, dan harus di ingat yang tak semestinya selera anda sinonim dengan selera saya jadi sebelum anda tonton mana-mana siri yang tertera dalam senarai ni, sila pastikan terlebih dahulu yang antara mereka-mereka ini ada yang menepati citarasa anda; saya sudah serik dikejar kehulu kehilir dengan api dan serampang oleh mereka-mereka yang tertipu serta kecewa :3


01. Ore no Imouto ga Konna Ni Kawaii Wake ga Nai
siri komedi / slice of life yang paling menarik perhatian ramai audiens anime musim ini, dengan jalan cerita yang menarik serta produksi visual yang gempak. sangat direkomen bagi mereka yang menggemari anime ringan seperti K-On ! dan Azumanga Daioh.


02. Sora no Otoshimono : Forte
sekuel bagi siri komedi romantik / harem Sora no Otoshimono. masih dengan lawak kurang senonoh yang amat, amat, amat kelakar. antara siri harem yang diklasifikasikan sebagai berada di dalam kelasnya yang tersendiri. amaran : sila jangan tonton sambil minum.


03. Shinryaku ! Ika Musume
seorang [?] sotong comel dari lautan dalam yang berimpian untuk menakluki dunia di daratan hanya kerana manusia terlalu asyik mencemar lautan tempat asalnya. dengan komedi gaya tersendiri dan juga telatah Ika Musume yang boleh mengundang tawa durjana. sangat direkomen.


04. Yosuga no Sora
yang ni, agak bahaya kerana menyentuh subjek yang agak taboo, tapi jalan cerita serta produksi visualnya adalah antara yang paling menarik bagi musim luruh 2010. hanya direkomen kepada mereka yang berminda terbuka dan bukan dari kaum kerabat Kosmo ! mahupun Harian Metro.

05. MM !
watak lelaki utama adalah merupakan seorang masochist tahap kronik, manakala watak perempuan utama pula adalah seorang sadist. selebihnya, sila bayangkan sendiri :D


06. Panty And Stocking With Garterbelt
the most underrated series bagi musim luruh 2010, hanya kerana ia menyerupai siri-siri kartun buatan Amerika [ Dexter's Laboratory / The Powerpuff Girls ] dari segi visual. gaya penceritaan yang amat, amat unik serta komedi yang sangat out of the box, walaupun tersangat kurang senonoh. amat direkomen kepada mereka yang gemarkan komedi diluar batasan norma. amaran : sila jangan makan atau minum semasa menonton.


07. Bakuman
anda berimpian untuk menjadi pelukis komik terkenal ? sekiranya ya, maka siri ini adalah khusus untuk anda. diadaptasi dari manga shonen hasil karya artis yang sama terlibat dalam pembikinan siri Death Note dan Hikaru no Go, Bakuman bermula agak biasa-biasa sahaja namun tetap menarik bagi penggemar siri dari genre shonen. juga direkomen.


08. Motto To Love-Ru
sekuel dan juga reboot bagi siri terdahulu yang agak kurang berjaya, musim kedua bagi karya adaptasi daripada siri manga harem terkemuka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding musim pertamanya yang hambar dan juga teruk dicemari oleh filler.


09. Otome Youkai Zakuro
anime bagi penggemar fiksyen fantasi dengan perisa shoujo [ genre yang lebih mengkhusus kepada audiens dari kalangan gadis ] yang agak pekat, tetapi masih boleh dilayan oleh mereka-mereka yang maskulin. Menampilkan karakter wanita utama yang agak tsundere, yang mana merupakan daya tarikan utama bagi siri ini.

siri-siri lain yang juga menarik untuk ditonton musim ini; To Aru Majutsu no Index II, The World God Only Knows / Kami Nomi zo Shiru Sekai, Letter Bee : Reverse, Stardriver, Fortune Arterial.

Sepatutnya Reviu Cincai...

Tapi saya buleh pulak pergi buang masa dekat kedai mainan dan hobi. (Ya, siapa minat Gundam, Gameboard, dan CardGame di sekitar Melaka. Buleh lah check it out kedai ni. dekat Bukit Beruang) Tengok Gundam dan bermain gameboard. Tak lupa jugak, saya menonton orang bermain Magic The Gathering TCG. Sepatutnya, saya ke Putrajaya hari ini. Tapi memandangkan tidur pun dah pukul 7 pagi dan berkesudahan bangun 12.30 tengah hari, gara-gara menonton upacara pembukaan Blizzcon secara video streaming. Saya pun tak jadi nak pergi Putrajaya dan membuat rancangan backup iaitu menonton filem Red yang sahaja Primier Khamis lepas.

Malangnya, rancangan back up saya turut gagal. Menonton Red gagal. Pergi Putrajaya lagi lah gagal. Ini buat saya malas nak merancang. Kerana, saya end up membuat sesuatu yang luar rancangan lagi randum.

Tapi nasib baik lah rancangan makan tengah hari saya tak tergendala. Kalau tak misti saya sudah mati kelaparan sekarang.

p/s: header baru "Avakadabra: Hidup itu Randum" baru saja naik semalam. Simple lagi malas saya buat. Kutuk lah kalu berani. Saya gigit.

I Wish..



source: collegehumor

Randum: Encik Yunus dan Esaimen

Encik Yunus, seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam telah menghabiskan separuh dari hayatnya mengkaji perihal komputer. Kepala hotaknya di penuhi dengan bit bit data memori, perisian perisian komputer mau pun yang lembut(soft) atau pun yang keras(hard), dan kebarangkalian akan kewujudan teknologi baru dunia komputer.

Dalam hayatnya, Encik Yunus dibelenggu soalan-soalan yang sering terlegar dibenaknya. Soalan-soalan yang sering mengganggu tidurnya. Soalan-soalan yang sering memenuhi ruang tandas diwaktu penyempurnaan proses pencernaannya. Soalan-soalan yang kerap melintas didepannya pada ketika lampu isyarat merah ditunggu bertukar ke hijau.

Untuk menjadikan pelajar-pelajarnya bangsa yang berfikir, seraya menyahut seruan Perdana Menteri Negara yang ke-empat. Beliau telah memberikan soalan-soalan itu kepada pelajar-pelajarnya sebagai esaimen.

Soalan esaimen:

1. Nyatakan cara-cara menyampaikan aroma kentut anda melalui internet supaya anda tidak lagi perlu menangkap aroma tersebut dan menekupnya ke hidung kawan anda untuk membalas perdajalan yang dilakukannya sebelum ini.

2. Dengan bantuan diagram, lakarkan formasi imej untuk penglihatan manusia dan nyatakan berapakah kadar gelombang cahaya diperlukan mata manusia untuk melihat menembusi ketebalan visibiliti pakaian.

3. Sila dikodkan koding baineri yang berikut:

010000110110010101101100011000010110101101100001001000011

Siapa Yang Bertanggungjawaban.

MALAYSIA - Kegembiraan beberapa pengunjung salah satu pasaraya terkemuka di negara ini bertukar tragedi apabila peristiwa malang menimpa mereka. Pasaraya itu terkenal dengan kecanggihan sistem troli otomatiknya, mula beroperasi sekitar tahun 2010.

Tragedi bermula apabila semua troli otomatik pasaraya itu mula bertindak sendiri dan menawan seluruh pasaraya itu. Beberapa pengunjung pasaraya itu telah menjadi tebusan dan dipercayai seorang pengawal keselamatan telah mati ditembak. Pengawal keselamatan yang berkawal di sebuah kedai emas adalah mangsa pertama dalam kejadian itu.

Menurut salah seorang tebusan yang dibebaskan, kesemua troli itu bergerak sendiri dan merampas senjata senjata dari semua pengawal keselamatan di pasaraya itu.

"Perkara terakhir yang saya ingat ialah kepala saya diketuk dengan objek keras berupa sebuah alat pemadam api." - pengawal yang dibebaskan.

Menurut polis, motif kejadian berkemungkinan adalah dendam kesumat. Pihak polis juga tidak menolak unsur jenayah terancang terbabit dalam penawanan pasaraya ini. SMS ugutan juga diterima pihak polis yang menyatakan bahawa penjenayah mahukan gaji troli dinaikkan dua kali ganda dari gaji pengawal keselamatan atau salah seorang tebusan akan dibunuh dan dibakar serta abu mayatnya akan dibuang didalam sungai.

Dipercayai terdapat 20 orang tebusan lagi didalam pasaraya itu.

Di tempat lain, seorang orang kurang siuman bernama Joyah Troli mendakwa dia dapat memahami bahasa troli kerana sudah lama bekerja menolak troli untuk menyara hidupnya.

Jerebu di Melaka

Hari ini, Jerebu. Teruk sangat di Melaka.

Mula-mula saya ingatkan ada orang bakar sampah pagi-pagi dekat rumah saya atau mungkin ada orang cina bakar kertas sembahyang. Tapi lama-lama, asap makin teruk. Ramai kawan mula tulis status pasal jerebu di fesbuk. Ada yang ugut tak mahu pergi kelas lah. Ada yang nak mintak cuti kerja separuh hari lah. Ada orang kata dah macam London lah. Ada yang kata hisap asap rokok lagi best dan tak lupa jugak yang kata ini taktik indon mahu serang melaka. Hahaha. Kelakar saja.

Jarak Penglihatan turun ke 5km. (Normal, 10km). Jadi sapa-sapa yang sedang bersesak-sesak tu. Elakkan mengunakan alasan Jerebu kalau tersentuh punggung orang lain.

okay lah. Saya dah tak pandai susun ayat. otak seni sudah berkarat. Babai.

Menjawab Pada Ketanggung Tak Berjawaban

Terasa letih dengan troli yang dibiar bersepah oleh ketakbertanggungjawaban manusia manusia yang kian hip dengan limpahan kurnia dari kemajuan teknologi masa kini?

dR. Rozmey tak ada jawapannya. Tapi saya ada. Dengan kemahiran ilmu robotik dan perenjinan yang ada pada manusia manusia seperti darkk dan kawan-kawan. Saya sarankan penciptaan troli automatis perlulah diadakan.

Daripada terus menerus mencipta ketidakbertanggungjawaban manusia dengan mengadakan troli yang secara automatis mampu kembali ke tempat asalnya sekiranya dibiarkan terbiar di parkir lot. Eloklah kita adakan troli yang mempunyai kelengkapan mini meriam yang mana mampu meletupkan mana mana kepala yang merasakan kepala mereka sudah cukup keras. Idea ini lebih bernas dari idea "pulangkan troli dapat lima puluh sen".

Dua tiga kucing berlari.
Mana nak sama si "kucing belang".
Kenapa kucing belang tak sama.
Kerana kucing belang makan orang.

Sekian.

Entri asal: Tanggung Tak Berjawab (Lyla.F)

Belajar Di Bawah Sinaran Lampu Jalan

Belajor Molek budok!

Dua orang adik beradik di China. Terpaksa belajar di bawah sinaran lampu jalan kerana keluarganya sangat miskin. Kerjaya ibubapa meraka adalah pengutip sampah. Malah, buku yang mereka guna pun dikutip dari sampah. Sedih kan? Kalu kat Malaysia ni, ada lampu xeon pun belum tentu nak stadi.

sumber: http://news.qq.com/a/20101015/001191.htm (dalam bahasa cina dengan kuasa yahoo! translate)

Tanggung Tak Berjawab

Sakit hati.

Sangat sakit hati bila dah tawaf keliling parking lot mencari parking, nampak nun jauh di sana ada kosong. Bila dah dekat, tengok- tengok elok je terparkir sebuah troli! Menyusahkan orang lain!

Kalau dah guna nak letak balik kat tempat asal. Jauh sangat? Anggap je lah sebagai senaman terutama bagi mereka yang selalu cakap tak ada masa nak bersenam. Kononnya urban kalau lepak kat kedai kopi berlogo ikan duyung tu. Katanya hip kalau pakai telefon pintar berjenama buah-buahan ni. Tapi bila tinggal troli berpanas hujan bermandi embun urban sangat? hip sangat? Benda mudah pun tak boleh nak bertanggungjawab.

Kalaulah kedai makanan segera buat polisi baru, kena kemas meja sendiri lepas makan macam kat luar negara, mesti ramai yang take away je. Eh kata nak urban, nak hip, tak nak pulak ikut budaya macam ni? heh!

p/s: terima kasih daun betong, nanti belanja calong, ye encik darkk! :)

Sticky: Cari Penulis Jemputan

Untuk entri terbaru, sila rujuk entri dibawah.

Saya buka penyertaan untuk penulis blog yang mahu menulis entri di blog ini tanpa ada speksifikasi. Tulis lah apa kamu mahu. Cinta, sajak, syarahan, lawak lucah orang kawen, apa saja yang terlintas. Entri yang tak payah fikir panjang.

Nak tulis entri yang kena fikir panjang pun buleh. Saya tak kesah. Fakta, Sejarah, Matematik, Teknologi, Sains Fiksyen. Coding ASM. Coding C#. Java. Oracle. Apa saja.

Yang penting, anda rasa enjoy dengan menulis entri itu.

Kalu berminat, hantarkan repson anda ke alamat emel di bawah;

bincutastoarmy[at]gmail[dot]com

atau;

twit saja saya di twitter; @darkkadabra

Sertakan alamat emel blogger anda sekali untuk memudahkan saya menghantar "author invitation"

Hal ini disebabkan saya nak mencapai objektif blog ini iaitu Hidup itu Randum. Atau bahasa bakunya, Hidup itu Rawak. Tak semistinya saya je post entri dalam blog ni. Kadang-kadang nak jugak orang lain. Topik jugak tak semistinya sama. Lain orang lain lain entrinya.

Satu je saya mintak, jangan lah tulis shortform seperti contoh, baby jadi bb. Saya baca babi.

p/s: Makwe pun buleh mintak. Sekali sekala blog ni dapat sentuhan makwe orait lah jugak eh?

Billboard Ads Yang Kewl

Kreativiti buleh berlaku di mana-mana sahaja. Bila kita tidur pun kita buleh kreatif. Apatah lagi Ads Billboard di serata dunia.



Cingular

Rejoice

Panasonic

Mentol Lampu: The Economist

Adidas

Cat Tumpah
Dahaga? Turun tangga. Minum Coke.

Lampu Limpah yang 3D.

source AdsOfTheWorld

Zaman Petualang Dahulu Kala.

Video ketika kami ingin pergi menyelamatkan kapal Mavi Marmara.


Reporter : "Apakah perasaan encik sekiranya kita selamat tiba disana nanti?"
En. Darkk : "إذا كنت لا تفهم ما قلته من فضلك لا تسألني للجلوس في المرة القادمة على حافة محركات الزوارق"

Namun perjalanan kami terbantut kerana kapal itu berpatah balik ke pengkalan setelah 30 minit perjalanan kerana memang kapal itu hanya kapal persiaran untuk pelancong.

Kami cuba membina rakit sendiri namun tali untuk mengikat buluh tidak mencukupi dan kedai runcit Ho Mei tutup ketika itu.

Akhirnya kami pasrah dan pulang ke kolej masing masing.

Mari Belajar Bahasa Jepun

Di dalam blog RedNema, beliau telah bersungguh-sungguh mengarang karangan untuk mengajar Aizat (Bukan Nama Sebenar) untuk bertutur dalam dalam bahasa Jepun. Hal ini kerana Aizat mahu mengorat makwe cun multilanguange dan dia memilih bahasa Jepun sebagai medium bahasa pengoratannya.

Saya sebagai orang dua paling kuat dalam usaha Aizat untuk mengorat makwe cun multilanguage, ingin juga membantu Aizat dalam memfasihkan bahasa Jepunnya.

Di bawah saya telah berjumpa video tutorial "Bagaimana mahu bertutur dalam bahasa Jepun tanpa perkataaan"



Okay? Dah terer Aizat?

Kita mulakan dengan lesson part 2.




Dah setel? Good.

Saya harap dengan video ini Aizat dapat mengorat makwe cun Multilanguage itu.

Nostalgia Blog: Android

android

Ulang entri lagi. Haha. Kali ini, diolah dengan aksi gambar. Hey, at least ade effort nak buat entri lama kasi nafsu baru. Hehe.

Bila dah lama tulis blog. Idea pun kurang nak tulis apa. Kan?

Nostalgia Blog: Entri Selingan Tajaan

*Ulang post entri lepas.

Latar Tempat: KFC berhampiran dengan Tempat Anda.

Masa: Bila-bila tetapi Lebih Sesuai Waktu Puncak.

Situasi Satu

"Selamat Datang Ke KFC"

"Makan Sini atau Bungkus?"

"Makan Sini" sambil membuka kasut bersedia untuk duduk bersila di atas kaunter.


Situasi Dua

Setelah makanan yang dipesan dihidangkan di atas dulang.

"Apa-apa lagi boleh saya bantu?"

"Bantu saya angkat tray ini ke meja saya. Saya Malas"


Situasi Tiga

"Orginal atau Hot Spicy?"

"Awak ke? Saya rase awak Hot la. Jom dating dengan saya"

Sambil menunjukkan ibu jari tanda isyarat bagus.

"Tumbuk rusuk kamu" - Lelaki pertama dari kiri
"Siku balik dagu kamu" - Kolonel KFC (tengah)

Life

Makcik Nasi Berlauk

Saya cukup mengamuk dengan kosistensi makcik jual nasi lauk ala booth dekat tempat saya ni. Kadang-kadang dia bukak awal. Kadang-kadang dia bukak lambat. Kadang-kadang dia tak bukak. Buat saya hati panas je. Macam mana nak membangun kalu tak kosistensi dalam perniagaan.

Tempat makcik tu dah strategik. Depan hostel pelajar perempuan. Depan pangsapuri kos rendah. Kompem ramai orang datang beli. Tapi makcik buat perangai. Saya yang berkobar-kobar nak pegi nasi pun kecewa bila makcik tak bukak lagi booth. Dah la perut lapar, tak mandi, panas hati. Itu semua buleh buat saya terbalikkan meja gerai pisang goreng sebelah gerai makcik tu. Takkan nak suruh saya beli pisang goreng makan tengah hari. Saya nak makan nasi untuk makan tengah hari.

Ada peluang nak jadi kaya, itu pun tak nak ke.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails