Pages

Selamat Hari Bapa

Hari ini aku dikejutkan dengan balingan kerusi. Bukan satu, tetapi dua kali. Dua kali bermaksud dua kerusi. Oleh, bapak aku.

Kemudiannya dia bising, keluar ayat marah-marah. Membebel orang tua. Dan tika itu, Aku masih berlakon tidur.

Habis membebel. Dia turun, [rumah aku dua tingkat dan aku tidur di bilik tingkat atas] dan mengamuk di tempat lain.

Dan berkesudahan di atas sofa, menonton tv.

Tak, dia tak bising atau marah-marah pada aku. Tapi pada adek aku. Kini, zaman adek aku kena marah.

Zaman-zaman aku kena marah, kena perli, kena curah air masa tidur. Baru sahaja berlalu dua-tiga minggu lepas.

Mungkin, esok lusa. Zaman aku kena marah, datang lagi.

Marah-marah dia, bebel-bebel dia, dia tetap bapak aku. Marah untuk jadi baik, bebel untuk jadi baek, Baling kerusi untuk jadi baik.

Hmm. Tak pa lah, ada lebih kurang 20 hari saja lagi nak kena marah. Lepas ini, duduk Universiti, tak dak sapa nak marah. Aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Masing-masing punya cerita.

Sekarang duduk di rumah, hati kena dalam posisi bertahan.

6 comments:

FarhanaLicious said...

balingan kerusi? dasat nyaaahhh.
walauapa pun, dia tetap ayah kita. eh bukan, ayah awak.

helomynameisjaye said...

setiap bapa ada macam2 perangai.

macha_sezs said...

aku sokong ayat last kau!!

fararusdi said...

lu memang sama ngan gua!

arfahadnan said...

betul...
tindakan ayah kamu sumer utk kebaikan dan menjadikan kamu manusia berguna..

selamat hari bapa pada sumer ayah di dunia nih..

amirahsyuhada said...

hati kena posisi bertahan, perhhh aku suka ayat tuh beb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails