Pages

Bidadari

[Mula-mula kau kena bayangkan, satu bidadari yang sangat cantik, yang mukanya. Berupa kucing tempatan yang kiut, misai lentik. mata kuyu. Sedang pose mengatuk. Badannya gebu. Berbulu kelabu. Ekornya panjang, gerak sana-sini. Dan sudah tentu, mesti ada sepasang sayap putih mengepak besar dibelakangnya. - Atau kalau kau sukar bayangkan, cuba ingat kucing yang comel, dan ada kepak burung gagak hitam tapi berwarna putih..Err, Boleh bayangkan? - Narator]

Malam itu hujan. Hujan lebat. Cam selalu-selalu. Tika el Nino sedang melanda. Sejuk melanda. Aku seorang sahaja duduk di ruang tamu. Bermain PS3 pinjam. Orang miskin macam aku ini, mana larat beli PS3 yang mahal dan harganya mampu beri aku makan satu bulan. Kalau aku beli jugak, sarapan PS3 aku la tiap-tiap pagi.

Dan khusyuk bermain. Tiba-tiba, ada satu bunyi ketukan, dua bunyi ketukan, tiga bunyi ketukan, empatlimaenam ketukan, yang bunyinya lebih kurang macam ini;

"Dang, Dang, Dang, Dangdangdang"

Bunyi yang keluar dari hasil pertembungan bukuruas atau penumbuk atau batu atau lain-lain [Eh, mana la aku tahu. Bukan aku buat bunyi itu] dengan kayu pintu rumah aku. Bunyi ketuk yang seperti mendesak aku segera membuka pintu. Suspen erti kata lainnya.

Kemudian, aku menekan punat start. Bangun dari tempat duduk, dan kemudiannya berlari menunjuk ke arah pintu rumah. Bergegas seperti yang dimahukan oleh pengetuk pintu rumah aku itu, yang ketuk pintu macam orang gila ketuk pintu.

Kreeukk...pintu dibuka. Selang masa aku buka kunci dan tolak pintu adalah 3 saat. Dalam masa 3 saat itu lah, aku dapat rasakan seseorang yang bukan aku kenal telah datang malam-malam, mengacau ketenteraman aku. Hati aku mula berbisik, Celaka ler Kaco Memalam. Harap-harap bukan bebudak nak nyanyi Chrimas Carol..Sambil aku menjeling kalendar yang menunjukkan 24 haribulan disember. Kalau betul, sumpah aku kerat jari mereka dan buat perhiasan dalaman.

Kreeukk...

Pintu dikuak habis.

2 comments:

Rajuna said...

la cam ne ni
ada gula2?

Si Aizuddin said...

Kalau bangla jual karpet macammana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails