Pages

"Potong la Rambut tu, Serabut la Tengok."

"Potong la Rambut tu, Serabut la Tengok." Mak bersuara lebih kurang.

Itu lah ungkapan yang selalu aku dengar pagi-pagi. Buleh kira lah berapa kali sehari. Ya, Mak, yang prihatin dengan kekemasan anaknya ketika baru bangun tidur pagi - pagi aku adalah dari pukul 11 hingga pukul 2, waktu pejabat, memang cukup berserabut dengan rambut aku ini.

Biasalah. Hati remaja. Suka melawan. Sikap ingin mencuba masih tinggi. Tapi dalam hati sebenarnya kisah juga dengan hati dan perasaan perempuan yang 24-7 fikirkan perasaan dan hati aku ini [24-7 bermaksud 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Setiap Masa]. Takut-takut lah terguris angkara aku ini. Tapi Memandangkan kes ini bukan kes serius sangat, bukan kes terpencil. Aku biarkan. Dan pekakkan telinga, dan terus berlalu ke dapur, menyelongkar peti sejuk untuk mencari sarapan pagi - sarapan pagi aku adalah pre-lunch.

Kisah ini berulang untuk tiap-tiap pagi. Hari-Hari. Kecuali Hari-Hari untuk dating. [Kadang-kadang hari dating pun terlupa]

Tapi, entah kenapa satu malam itu. Dalam tidur. Macam ada mimpi, atau satu suara-suara halus yang mahu kontrol otak-otak aku. [Perlu sebut otak-otak kerna aku punya dua otak, otak kanan dan otak kiri]. Kononnya, mimpi/suara halus menyuruh aku memotong rambut esok hari. Ada Puteri Beria-ria mahu lihat aku berambut pendek. Heh.

Kononnya, lagi. Aku bakal memperisterikan puteri itu jika berambut pendek. Kemudian separuh harta Ahmad Albab akan menjadi harta aku. Aku jadi pelik, bila mimpi/suara halus itu masuk part Ahmad Albab. Apa musibah mimpi/suara halus masuk ke dalam tidur aku. Apa kaitan aku dengan manusia yang dahulunya nyaris dinamakan dengan nama Ahmad Pintu. Aku terjaga.

Dan kemudiannya, aku tidur kembali.

Esoknya, kisah yang sama berulang kembali. iaitu Kisah;

"Potong la Rambut tu, Serabut la Tengok." Mak bersuara lebih kurang. Macam Selalu.

Kali ini, kisahnya ditambah dengan;

"Sarapan di mana, Mak?" Aku. Bangun awal hari itu. Pukul 8. Tak pergi dating.

4 comments:

macha_sezs said...

owh.dah pandai kasik huraian sekarang.bagus.

jom pd?

FarhanaLicious said...

patut la rambut dah 'mawi' sekarang. haha

@tune® said...

i ske rambut panjang...
tp kalau botak lg senang urus

arnamee said...

Salam ziarah..
*blogwalking

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails