Hari ini, hari yang tak bagus bagi Aiman. Aiman kena marah dengan mak dia. Kerana aiman pecahkan pinggan mak dia lagi. Mak dia marah-marah. Sangat Marah. Sampai satu kampung dengar mak dia marah. Dia malu. Aiman malu. Sangat Malu. Malu terutama kepada Zulaikha Abdullah. Aiman sangat suka pada Zulaikha Abdullah. Zulaikha Abullah merupakan cinta pandang pertama Aiman.
Tersedu-sedu Aiman kena marah dengan Mak dia. Mak dia kasi warning pertama kali terakhir. Aiman sudah berdebar. Bagaimana kalau dia pecahkan pinggan mak dia lagi? Adakah mak dia akan memberi dia amaran kedua kali pertama? Hal ini merunsingkan Aiman.
Jadi Aiman Nekad. Aiman Nekad Mahu Lari Dari Rumah. Biar pun tidak tahu destinasinya tetapi dia tetap mahu lari. Dalam kotak fikirannya, dia mahu mengajak Zulaikha Abdullah. Ajak lari bersama. Biar Bersama. Hidup sehidup semati bersama Zulaikha Abdullah.
Aiman kemas barang-barang dia. Letak baju Spiderman kesukaannya, Seluar-Seluar Kargo, Bulldozer Plastik, Kerete Tayar Panas dan beberapa helai seluar dalam. Aiman perlukan duit untuk lari. Jadi Aiman seluk poket bapak dia. Seluk poket belah kanan. Dapat lah Seringgit. Senyum Aiman lepas itu.
Sebelum keluar, Aiman sempat lagi pekena cekodok mak dia. Minum teh o panas. Makan dan minum dihayati. Aiman terasa nikmat. Ditambahnya lagi seketul cekodok dalam mulut. Kunyah-Kunyah. Telan. Kerongkongnya dibersihkan dengan teh o panas.Ah, Nikmat.
Kemudian, Aiman tengok jam dekat dinding. Sudah Pukul 10. Masa untuk menonton Tom Tom Bak telah hampir. Aiman sudah berkira-kira. Lepas abis Tom Tom Bak, baru la start lari dari rumah. Hidup dia tak terteram kalau tak tengok Tom Tom Bak Satu hari walaupun dah berapa kali ulang.
Sungguh teruja Aiman melihat Tom Tom Bak. Dia suka segmen tiru gaya artis. Memang dari dulu lagi, Aiman mahu jadi artis dan kalau boleh dia mahu masuk Tom Tom Bak, sebagai platform dia bertapak dalam industri hiburan. Aiman mahu jadi artis dan bila dia jadi artis senanglah nanti dia nak mengorat Zulaikha Abdullah guna duit.
Ralit menonton, Aiman hampir terlupa akan misi dia hari ini iaitu lari dari rumah. Lepas satu, satu dia tengok. Lagi pun hari itu merupakan hari maraton tom tom bak. 8 episod satu sesi berterusan. Jadi mengikut perkiraan Aiman, satu episod satu jam. 8 episod 8 jam. Maknanya mula pukul 10, habis pukul 8 jam seterusnya, Aiman malas mengira. Selagi tak hafal 1 hingga 10 dalam bahasa perancis. Aiman tak mahu belajar mengira. Begitu akalnya.
Atau lebih mudah, Aiman tak mahu belajar lagi dan mahu jadi artis. Begitu akalnya.
[Ini cerita terakhir yang aku tulis dan peram dalam komputer. Ah, bermakna aku perlu bertapa lagi untuk tambah koleksi cerita merepek aku]

4 comments:
tom tom bak? haha. mari e.j.a!
i hate tom tom bak.mak bapak budak2 tu mmg delusional ppl.
tom tom bak merupakan rancangan yg tidak pernah di miss oleh adikku..
kesannya aku tak dapat tgk EPL kekedang..hah
sungguh lah repekan kamu..
aku menghayatinyer..
kerna aku mahu lebih mengenal aiman..
Post a Comment